BAB 2

Drama Completed 71272

Malang betul aku rasa hari ni! Penat aku keluar awal, semata nak uruskan sesuatu dekat bank.Malang sebab jumpa dua mangkuk ayun yang berlagak macam bank tu dia punya.

Mulut pun dah lenguh membebel bermacam bahasa apabila menghadap kesesakan lalu lintas.Cun dia boleh selesai cepat tak pasal tolong orang yang tak kenang budi macam dua mamat tadi tu.Dia melihat tangannya ada sedikit calar mesti pedih kena air nanti.

Apa aku nak buat harini? Kat rumah confirm sunyi.Hana dah pergi kerja.Tulah kau orang lain kerja ikut masa, kau ikut suka hati kau macamana nak maju.Nasib ada duit pencen lepaskan makan minum.Tinggal dekat rumah sendirian sumpah bosan.

Aku dah tahu aku nak pergi mana selepas Ni. Angel For Coffee Cafe's.Dah lama tak pergi.Dia mengubah haluan keretanya melalui jalan lain.

*******

Hampir sebulan juga aku tidak menjejakkan kaki di Angel For Coffee Cafe's.Suasana masih sama seperti dulu.Masih awal pagi, jadi tak peliklah kalau bilangan pengunjung bolehdibilang dengan jari.

"Amboi.... Relaks nampak?"

"Oh Jesus!!!"

Brian masih sama.Pantang kena sergah,habis berterabur barang.Aku terus gelak.

"Aduh..... terkejut saya Tyara Ni?"ucap Brian.

"Ala....bukan selalu saya terkejut awak.Saya pun rindu nak tengok Brian terkejut macam tadi" balasku sebelum tergelak kecil.

"Lama tak nampak, Tyara? Ingatkan dah tak ingat kita dekat sini?"tegur Brian.Kembali menyambung kerjanya.

"Mana ada tak ingat.Takkanlah saya lupa kafe Ni.Busy sikitlah.Maklumlah....training banyak sangat.Harini kebetulan free so tu yang muncul dekat sini"ceritaku.

Angel For Coffee Cafe's sangat istimewa buat aku.Hanya ini kenangan yang aku ada dengan Grace.Kafe ini merupakan cita-cita Grace sekiranya dia berhenti kerja.Kini Brian abang kepada Grace menghidupkan hasrat Grace membuka kafe ni.Sebab itulah kafe ini mempunyai nilai sentimental tersendiri meskipun kafe ni biasa sahaja.

Bila bercakap tentang mendiang Grace, sedikit sebanyak aku sebak.Kerana ia mengingatkan aku pada arwah Ayah aku.Lebih menyedihkan aku tak dapat lihat wajah Ayah saat terakhir dia sebelum dikebumi.

Mak sangat marah dengan aku.Berkali-kali dia minta aku pulang untuk berjumpa Ayah tapi sebabkan tugas yang secara tiba-tiba memaksa Dia akur dengan takdir.Akhirnya, hanya jasad Ayah yang sudah dikebumi sahaja aku melihat.

"Ahhh.... Kau tengok ni, handsome kan?"Kalau jadi pakwe aku, bahagia hidup"

Perbualan kecil itu menarik minat Tyara.Lantas kepala dijengah kepada majalah yang dibaca oleh dua orang gadis itu.

"Handsomenya. Tengku Omar Mukriz.Tengok Ni bergambar dengan kuda kesayangannya"

"Amboi...taste taraf bangsawan.Sedar la diri tu sikit.Tinggi pun macam budak sekolah rendah ada hati nak orang bangsawan"

"Tapi lagi handsome sepupu dia"

"Tengku Mateen Izzuddin"

Aku tak kenal siapa diaorang.Hahaa.

"Minta maaf tanya awak berdua bualkan pasal apa Ni?"soal Tyara.

Mereka berdua memandang Tyara.

" Tengku Mateen Ni sepupu Tengku Kriz.Pemilik Kiddarl Technology".

Mateen! Kriz!. Mendengar sebaris nama itu.

"Kriz? As in K-R-I-Z? Bukan S, kan?" soalku balik.

"Haaah K-R-I-Z"

Bunyi loceng menandakan ada pelanggan baru menapak masuk ke dalam kafe.Kami semua terdiam seketika.Gadis yang rancak berbual tadi bertukar ke mood bekerja.

Seorang lelaki tinggi hampir mencecah enam kaki tegak berdiri di depan kaunter.Kepala terdongak sikit merenung dengan serius menu dibelakang kaunter.Nampak macam kacukan.

"Yes sir may I help you?"

Lelaki itu senyum dahulu.

"One Hot Capuccino, and Espresso please"Garau lelaki itu memesan order.Terselah kepekatan pelat bahasa bila bercakap.

"Repeat order.One Hot Capuccino and Espresso?" pelayan mengulang balik.

"Nope...only One Hot Capuccino but One Shot "

"Huh?"Tercengang-cengang pelayan dibuatnya.

"Maksud dia mungkin One Hot Capuccino and One shot Espresso"celahku.

Lelaki itu menoleh ke arahku.Senyuman agak menggoda dihadiahkan kepadaku.

"That correct, That what I mean"

Aku senyum sekadar untuk berbahasa.Pelik macamana aku boleh faham apa dia nak atau mungkin aku baru tersedar dari mimpi?.Lantaklah janji apa aku teka tu betul.

Aku cuma belajar bab coffee ni sebab Grace je dulu suka buat testing coffee kalau masa lapang.

"Are you Malaysian?"soalku.Sejak bila pulak aku suka beramah mesra dengan orang aku tak kenal ni.Argh....pening kau Tyara?.

"Yes Of course I'm Malaysian.Kenapa saya bukan macam orang Malaysia ke?"soal lelaki itu.

"Sikitlah sebab muka awak macam rojak"kata Tyara terlepas cakap.Dia menampar mulutnya berkali-kali.

Lelaki itu gelak besar.Semua yang berada di kafe itu memandang ke arahnya.Lebih pulak mamat Ni.

"Are you flirting with me?"soal lelaki itu kembali.

"No...No.... I'm just curious"jawab Tyara.

Setelah itu kedengaran buzzer lelaki itu berbunyi menandakan pesanan dia sudah siap.

"Nice to me you, Dame"

"Seronok jumpa awak.Enjoy your drinks"

"Je veux en savoir plus a propos de toi"ucap lelaki itu.

"Apa?"

Dia senyum.

"Never mind, I'm already late"

"Datang lagi Encik.."

"Mateen.My name is Mateen.."

******

Mateen....Kenapa aku macam pernah dengar nama Ni.Nama ni macam baru tadi aku dengar.Dia terpandang majalah diatas meja kaunter tadi.Dia mengambil perlahan-lahan sebelum menyorok-yorok membelek muka surat tadi.

Dia membuka dan rahangnya jatuh.Betul!!! tadi tu dia.Tengku Mateen Izzuddin.Jadi aku bercakap tadi dengan Tengku Mateen ni.

"Tyara! Amboi...Fall in love ke?"Mentang-mentang Handsome.Dia tenung majalah tu sampai nak koyak"Terasa rusukku disiku seseorang.

"Apa dia, Brian?"soalku balik.Mohon ulang sekali lagi.

"Aku tanya bukan main lagi kau sejak jumpa mamat tadi tu.Dah jatuh cinta ke?"kata Brian sekali lagi.

"Mana ada, Brian.Cuma aku rasa muka dia macam familiar tapi ni versi tangkap leleh yang aku jumpa versi tangkap muat"kataku ragu-ragu.

"Kawan Kau Ke Tyara masa kau bertugas dulu atau Kau pernah tangkap dia seludup dadah dulu?" suara Brian kelihatan serius.

"Entahlah...malas fikir.Kejap lagi hilanglah dia dari ingatan aku".

Brian menghulurkan air putih kepada Tyara.

"Tak mungkinlah penjenayah handsome macam tu.Kalau dia buat jenayah pun mesti dia berjaya curi hati orang.Lagipun tengok cara mengayat saya tadi entah guna bahasa apa saya pun tak tahu"

"Crush kau kot Tyara? Manalah tahu dia pernah minat Tyara dulu atau Tyara pernah nampak dia dekat mana-mana?"kata-kata Brian itu membuatkan dia terdiam.

"Mengarutlah Brian Ni.Mana ada orang yang suka dekat saya Ni.Dahlah kasar tak cantik pun.Kalau dicampak dalam kolam ikan pun, ikan lari"Aku geleng kepala.

Dia mengigit jarinya.Mungkin ada betul kata Brian itu.Maksud aku....Mungkin aku pernah nampak dia.Arghh....asal pulak aku fikir pasal mamat tu.

Air putih dalam gelas itu disedut sampai habis menghilangkan dahaga memikirkan tentang tadi.


******

Fail ditangannya dicampak atas meja.Mesyuarat harini kesemuanya menanyakan soalan yang menguji kesabarannya.

"Tengku okay tak Ni?"soal Haziq yang berlari anak ke arah Tengku Kriz.

Kerusi ditarik dan dia melabuhkan punggung di kerusi.Fikirannya sedikit terganggu dengan kejadian pagi tadi.Ya gadis itu.Aku kena cari dia.

"Haziq aku nak kau dapatkan maklumat tentang gadis pagi tadi?"soal Tengku Kriz.

Haziq mengerutkan dahinya terlebih dahulu.Dia memandang Tengku Kriz yang turut memandangnya.

"Maksud Tengku Kriz... gadis yang tolong Tengku pagi tadi?"soal Haziq.

Tengku Kriz mengangguk tanda betul.

"Boleh saya tahu untuk apa Tengku Kriz mahu saya cari maklumat tentang gadis itu?"soal Haziq semula.

"Ada benda aku nak buat dengan dia.Kau cari dia sampai dapat"arah Tengku Kriz pada Haziq.

Haziq menangguk tanda faham.Tengku Kriz memalingkan wajahnya ke luar tingkap.

Kalau kau teruskan permainan ni maknanya kau takkan kalah Kriz.Kau kena atur strategi baru untuk diri kau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience