BAB 16

Drama Completed 71272

Balik saja dari kerja Tyara terperap dalam biliknya.Dia rasa sakit kepala sejurus balik tadi.Dia tidak tahu Tengku Kriz perasan atau tidak dia banyak diam tidak bersuara sepanjang perjalanan balik tadi.

Dia memegang kedua-kedua lututnya.Dia menghentak kepalanya dikepala katil berkali-kali.

Hana berdiri didepan bilik Tyara.Sejak balik tadi Tyara terus masuk bilik.

"Tyara jom makan.Aku dah siapkan makanan"panggil Hana mengetuk pintu bilik Tyara.

Diam tidak bersuara.Hana mengetuk lagi sekali.

"Tyara kau ada masalah ke? Kalau ada kongsi dengan aku?"soal Hana didepan pintu.

"Aku tak lapar, Hana.Aku penat aku nak rehat"balas Tyara.

"Kau kalau perlukan apa-apa cakap tau"ujar Hana sebelum berlalu turun ke bawah.

Tyara menunduk menangis.

"Ayah.... Tyara rindu Ayah"

*******

Tengku Kriz sedang menonton perlawanan bola sepak didalam biliknya.Bunyi mesej masuk berkali-kali membuatkan dia mengambil telefonnya yang sedang dicas.

Mesej daripada Hana.Dia memang ada simpan nombor Hana incase kalau ada apa berlaku pada Tyara.Dia boleh hubungi Hana.

~ Maaf ganggu Tengku malam-malam Ni.Boleh saya tahu kenapa dengan Tyara?~

Tengku Kriz membalas mesej Hana.

~ Kenapa dengan Tyara?~

~ Tyara lain macam balik petang tadi.Ada apa-apa jadi dekat pejabat ke?~

Tengku Kriz pelik.Rasanya tiada apa yang berlaku.Cuma dia pun perasan Tyara banyak diam masa dia hantar balik petang tadi.Takkan sebab Uncle Murshid?.Tyara kenal uncle Murshid ke?.


******

"Ayah adik dah besar nak jadi polis macam Ayah"ucap Tyara pada Encik Marzuki yang sedang mengosok kasut kerjanya.

"Perempuan mana boleh jadi polis? Lagipun adik lembiklah macam nak lawan orang?"soal Talha yang sedang membuat kerja sekolah.

"Ayah tengok Abang ni?.Ayah perempuan boleh jadi polis kan?"soal Tyara lagi sekali.

"Boleh sayang.Tapi kalau nak jadi polis tak boleh nangis.Kena kuat macam Ayah"ujar Encik Marzuki.

Puan Adliza yang sedang melipat baju menggelengkan kepalanya.

"Tyara jangan nak mengada jadi polis.Banyak lagi kerja yang Tyara boleh kerja?"jawab Puan Adliza.

"Alah Tyara nak juga jadi polis.Tyara nak lindung keluarga kita daripada orang jahat macam Uncle Murshid"ucap Tyara terlepas.Encik Marzuki menutup mulut Tyara.

Puan Adliza sudah memandang suaminya.

"Mana ada Tyara ni kalau nak bergurau pun"ucap Encik Marzuki.

"Kalau nak jadi polis kena belajar rajin-rajin macam Abang"ucap Talha.

"Abang sokonglah sangat anak tu ikut jejak Abang.Nak tunggu jenazah sampai rumah baru Abang nak menyesal"ucap Puan Adliza sebelum masuk ke dalam bilik mengangkat pakaian yang sudah dilipat.

Tyara memandang wajah Encik Marzuki.

"Ayah dosa ke kita kalau kita jadi polis?"soal Tyara pada Encik Marzuki.

Encik Marzuki hanya tersenyum dan memeluk satu-satunya anak perempuannya.

Tyara rasa dahinya basah.Dia membuka matanya luas.Dalam samar dia melihat Hana berada dalam biliknya.

"Hana kau buat apa ni?"soal Tyara.Hana meletakkan tuala basah pada kepalanya.

"Aku risaukan kau.Aku buka pintu bilik Ni.Aku tengok kau tidur tapi badan kau panas"kata Hana yang risau.

"Aku okaylah, Hana"jawab Tyara.

"Okay macam ni.Macam ni okay ke Tyara?"soal Hana pada Tyara.

Tyara menundukkan kepalanya.

"Mana Tyara yang kuat dulu, Tyara yang tak takut dengan semua benda"

Tyara mendongak memandang Hana.Matanya berkaca.

"Aku tak kuat Hana...."ujar Tyara.Hana memeluk tubuh sahabatnya itu.Tangisannya pecah begitu juga Hana.Dia mengosok belakang Tyara.

*******

Pagi lagi Tengku Kriz mesej Tyara.

~ Harini saya bagi cuti dekat awak.Lagipun saya tak masuk pejabat harini~

"Wah dapat cuti lah.Kalau macam tu jom ikut aku pergi sesuatu tempat"ujar Hana pada Tyara.

Tyara memandang Hana dengan muka pelik.

"Kejap kau pun tak kerja ke harini?"soal Tyara pada Hana.

Hana tersenyum nipis.

*******

Riuh rendah suara dan jeritan Hana di KL EAST Mall bermain ice skating.Tyara tergelak tengok Hana asyik tergolek.Dah tahu tak pandai main nak juga main.

"Cepatlah Hana tadi kau yang nak main"ujar Tyara sambil tergelak besar melihat Hana berusaha untuk seimbangkan badan.

Di sebalik dinding, sepasang mata memandang arah Tyara.Dengan hanya mengenakan hoodie hitam demi mengaburi dirinya dia mengikut Tyara dari rumah tadi.Dia senang melihat senyuman Tyara.

Dia teringat semalam Hana ada menghantar mesej kepadanya dan mengatakan Tyara tidak berapa sihat.Jadi dia buat keputusan untuk memberi Tyara cuti.

Tengku Kriz mengikut mereka berdua dari satu kedai ke satu kedai.Sampailah mereka berhenti disebuah kedai pakaian.


Tyara dan Hana berjalan ke arah sebuah kedai pakaian."Kau pilih kejap aku nak pergi tandas?"soal Hana meninggalkan Tyara dikedai pakaian itu.

Tyara membelek beberapa pakaian tapi dia rasa seperti ada yang memerhatinya.

Tengku Kriz menyorok dibalik dinding.Dia risau Tyara nampak mesti kantoi nanti.Dia memandang semula pada kedai pakaian itu tadi.Tapi Tyara sudah hilang.

Dia mengeluh kecil.Dia berpaling ke belakang terkejut melihat Tyara sedang berpeluk tubuh sambil memandangnya.

Tyara mengangkat keningnya.Tengku Kriz hanya mampu tersengih.

*********

Air minuman yang mereka pesan sudah sampai.Tengku Kriz menyedut laju minumannya.

"Haus betul ya Tengku?"soal Tyara sambil memandang tepat ke arah Tengku Kriz.

Tengku Kriz tersedak minumannya.

"Dah lama ke Tengku buat kerja Ni?"soal Tyara sambil memandang Hana disebelahnya yang dari tadi diam.

"Patutlah kata tak kerja.Rupanya bukan kebetulan"kata Tyara.

"Eh mana ada betullah saya cuti harini.Tadi saya pergi gym kebetulan nampak awak"kata Tengku Kriz yang mahu menipu.

"Pergi gym pakai seluar jeans.Bolehlah percaya"kata Tyara.

"Awak nak makan apa? Harini saya belajar awak?"soal Tengku Kriz mengambil menu mengubah topik perbualan mereka.

"Aik Tengku saya ni ada dekat sini takkan Tyara sorang je Tengku belanja.Penat saya kerjasama dengan Tengku"kata Hana.

"Sekalilah Ni.Pilih-pilih menu yang awak nak"ujar Tengku Kriz menyerahkan menu pada Tyara.

Tyara mengerutkan dahinya.Tapi Tengku Kriz tersenyum penuh menunjukkan barisan gigi yang tersusun cantik.

*******

Selesai makan Tengku Kriz membayar makanan mereka.Tyara dan Hana berjalan keluar dari restoran.

"Aik korang tak nak sambung shopping ke?"soal Tengku Kriz yang melihat mereka berdua hanya berjalan tanpa membeli apa-apa.

"Kitaorang memang macam ni.Suka jalan daripada beli.Itulah terapi kami"kata Hana pada Tengku Kriz.

"Kejap korang berdua tunggu sini kejap"kata Tengku Kriz pada mereka berdua.Hana dan Tyara memandang sesama sendiri.

"Tyara!!"panggil seseorang dari belakang.Suara itu sangat dikenalinya.Dia berpusing dan betul tekaannya.

"Tengku Mateen"ucap Tyara.

Tengku Mateen berdiri di depan Tyara dan Hana.Tyara mengosok hidungnya bukan kerana bau busuk tapi dia sedikit sensitif dengan haruman minyak wangi yang kuat.

"Awak shopping ke?. Saya tak tahu pulak awak minat shopping?"soal Tengku Mateen.

"Saya jalan-jalan je dengan kawan saya Tengku Mateen pulak sorang je ke?"soal Tyara pada Tengku Mateen.

Tengku Kriz membawa dua beg kertas menuju ke arah Tyara dengan senyuman.Tapi senyuman itu hanya sementara.Dia rasa menggeletis melihat Tengku Mateen yang berada bersama Tyara dan Hana.

"Mana aku pergi ada je dia Ni?"soal Tengku Kriz berjalan ke arah mereka.

"Macam yang awak tengok saya sorang je? Kenapa kalau awak nak temankan saya pun boleh?"soal Tengku Mateen semula pada Tyara.

"Ermmmm...."teragak-agak Tyara mahu menjawab.

Bahu Tengku Mateen dipeluk oleh Tengku Kriz.Dia memandang tajam Tengku Mateen.

"Kalau kau nak aku temankan kau beli peti jenazah kau jomlah.Aku temankan.Kau Ni memang tak ada kerja lain.Kau nampak tak aku tengah shopping dengan Tyara dan kawan dia"kata Tengku Kriz sambil flex dengan dua beg kertas ditangannya.

Tyara dan Hana menahan ketawanya melihat gaya Tengku Kriz.

Tengku Mateen menggigit bibirnya mengawal riak mukanya yang marah.

"Jom ladies kita balik.Ada langau dalam Mall ni"kata Tengku Kriz memusingkan badan Tyara dan Hana untuk mengikutnya.

"Kenapa kau mesti ada setiap kali aku nak bercakap dengan Tyara?.Pastu aku buat apa dekat sini sorang-sorang"ucap Tengku Mateen sendiri sambil orang dikawasan itu memandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience