BAB 18

Drama Completed 71272

Tengku Kriz dipanggil kedepan untuk berucap sebagai CEO Kiddarl Technology.

"Asalamualaikum...dan selamat sejahtera diucapkan.Pertama kali terima kasih kerana datang pada majlis makan malam anjuran Kiddarl Technology.Ini merupakan tahun kelima syarikat kami mengadakan makan malam.Agenda malam ini untuk melancarkan produk terbaru keluaran syarikat ini"ucap Tengku Kriz.

Tengku Mateen mendekati Tyara yang duduk berseorangan di meja utama.

"Asalamualaikum....Hai princess"ucap Tengku Mateen sambil tersenyum manis.

Tyara hanya tersenyum.

"Orang cantik macam Tyara ni rugi kalau ada orang yang tak hargai kecantikan Tyara Ni"ucap Tengku Mateen.

Tyara hanya mencapai segelas air dan diteguk bagi membasah tekaknya.

Tengku Mateen mendekat pada Tyara tapi Talha menghalang dengan tangannya.Tengku Mateen mendongak dia memandang Tengku Mateen.

"Kenapa?"soal Tengku Mateen sambil memandang wajah Talha.

"Sorry Tengku jaga sikit tingkah laku.Tengku Eliza pesan dekat sini banyak wartawan.Jangan timbulkan masalah"ujar Talha.

Tengku Mateen menjeling ke arah Talha.Dia bangkit dari kerusi dan mencengkam kolar baju Talha.

Tyara rasa tak sedap hati.Dia bingkas bangun dan menghalang Tengku Mateen dari bertindak lebih jauh.

"Maaf Tengku Mateen saya rasa betul cakap Encik Talha.Lagipun sini ramai wartawan tak elok untuk reputasi Tengku Mateen"ucap Tyara yang berdiri didepan Talha.

Tengku Mateen tersenyum nipis.Dia memegang kedua-kedua bahu Tyara.Tyara rasa Tengku Mateen perlu diberi pengajaran.

Dia memegang lengan Tengku Mateen dan dipulasnya.Menyebabkan muka Tengku Mateen berubah.Talha sedikit takut dengan tindakan Tyara.Dia memegang tangan Tyara dan membesarkan matanya.

Tyara melepaskan pegangannya.Tengku Mateen mengurut tangannya.Tyara terus meninggalkan mereka berdua dekat situ.Dia rasa sesak dengan perangai macam budak-budak.

Dia duduk dikerusi yang terletak diruang kolam renang luar hotel.Dia mengeluh banyak kali.

"Adik okay ke?"soal Talha pada Tyara.

"Okay cuma geram dekat Tengku Mateen tu.Abang okay ke?"soal Tyara.

"Abang okay je.Lagipun Tengku Mateen tu Abang dah masak dengan perangai dia"ucap Talha.

Tyara mengangguk perlahan.

"Umi sihat Abang?"soal Tyara yang sedikit resah mahu bertanya khabar tentang Puan Adliza.

Talha memandang wajah Tyara yang sedikit resah.

"Alhamdulillah Umi sihat je.Lagipun Abang kalau boleh nak bawa adik jumpa Umi.Tapi Umi tu.."ucap Talha terhenti.

"Takpe adik faham.Umi tak salah dalam hal ni.Tyara yang salah dalam hal ni"ucap Tyara menundukkan wajahnya.

"Nanti Abang akan usahakan pujuk Umi.Lagipun Abang tak sanggup tengok adik Abang macam ni"ucap Talha.

Tengku Kriz mencari kelibat Tyara didalam tiada.Dia berjalan ke arah pintu keluar ke kolam renang.

"Takpelah Abang masuklah nanti orang nampak.Timbul masalah pulak"ucap Tyara.

"Adik jaga diri.Kalau ada masalah tahu nak cari Abang dekat mana?"soal Talha.

Tyara senyum sahaja.Talha berlalu pergi meninggalkan Tyara disitu.

Tengku Kriz nampak Tyara duduk berseorangan di tepi kolam renang.Dia berjalan menuju ke arah Tyara.

"Apa awak buat dekat sini?"soal Tengku Kriz pada Tyara.Dia mendongak memandang Tengku Kriz yang sedang merenung wajahnya.

"Saya ambil angin kejap dekat dalam tu ramai sangat orang, saya tak berapa selesa"ucap Tyara.

Tengku Kriz membuka sutnya dan disarungkan ke badan Tyara.Lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi disebelah Tyara.

"Saya pun kalau ikutkan saya tak berapa minat majlis ramai orang.Kalau boleh nanti kalau saya kahwin, saya cuma nak orang penting saja hadir majlis saya"ucap Tengku Kriz.

Tyara memandang Tengku Kriz.Malam ini lelaki disebelahnya nampak ekstra kehensemannya dengan potongan gaya rambut ke atas.

"Apa Tengku akan buat kalau seseorang tu menipu Tengku?"soal Tyara.Dia mahu tahu reaksi Tengku Kriz kalau satu hari nanti rahsianya terbongkar.

"Kalau orang tipu saya?.Saya akan marah sebab saya tak suka orang tipu saya.Bagi saya orang yang menipu sekali selamanya dia akan menipu"ucap Tengku Kriz.

Tyara dapat agak dengan jawapan Tengku Kriz.

"Kenapa awak tanya soalan tu?"soal Tengku Kriz.

"Tak ada apa-apa saya cuma tanya aje"ucap Tyara pada Tengku Kriz.

"Saya perasan malam ni ramai pandang awak.Nampaknya orang dah mula kenallah siapa bodyguard Tengku Kriz sekarang"ujar Tengku Kriz.

Tyara hanya mampu tersenyum saja.

"Jom masuk dalam kejap lagi nak balik dah"ucap Tengku Kriz.Mereka bangun dari kerusi dan kebetulan masa mereka mahu masuk terdengar bunyi dentuman bunga api dilangit.

Tyara terhenti apabila melihat bunga api itu.Dia tersenyum ketika melihat percikan bunga api yang cantik.

Tengku Kriz memandang wajah Tyara yang tersenyum itu.

"Cantiknya"

"Cantik macam awak cantiknya"ucap Tengku Kriz.

Tyara memandang Tengku Kriz.Tengku Kriz pura-pura memandang ke arah lain bila menyedari Tyara memandangnya.

*******

Kereta Maserati Ghibli milik Tengku Kriz berhenti dihadapan rumah sewanya.Kedua-dua mereka diam sepanjang perjalanan pulang.

"Terima kasih Tengku Kriz sebab hantar saya balik dan nanti saya pulangkan baju ni"kata Tyara.

"Sama-sama tapi tak perlu pulangkan anggap saya bagi hadiah dekat awak"ucap Tengku Kriz.

"Takpe ke mahal ni.Kalau saya tak pakai dah lepas ni, saya simpan je dalam almari dekat rumah "ucap Tyara.

"Takpelah lebih baik simpan daripada awak jual dekat orang lain"kata Tengku Kriz.

Ketukan pintu kereta mengejutkan mereka berdua dalam kereta.Cermin tingkap kereta diturunkan terjengul wajah Hana sambil tersengih.

"Hai jangan duduk lama sangat dalam kereta.Nanti Pakcik janggut datang bagi salam tak pasal kahwin free"ucap Hana.

"Minta maaf Cik Hana lambat sikit hantar kawan Cik Hana Ni"ucap Tengku Kriz.

"Takpe saya tak kisah kalau Tengku dah kahwin dengan kawan saya"ucap Hana.

Tengku Kriz terbatuk-batuk dengan jenaka Hana.

"Takpelah Tengku saya masuk dalam dulu"ucap Tyara cepat-cepat keluar dari kereta.

Tengku Kriz turut keluar menghantar Tyara.Baju sut yang berada dibadannya di buka dan diberi pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz mengambil sut ditangan Tyara.

"Besok awak datang rumah saya dulu.Sarapan pagi dengan keluarga saya.Mak Engku lama sangat tak jumpa awak.Ada benda nak gosip dengan awak tu"kata Tengku Kriz.

Memang pun Mak Engku ada bertanya tentang Tyara.Katanya dia nak jumpa Tyara.Tapi bila ditanya untuk apa?. Tengku Mahzura hanya diam saja.

"Oh yeke, okaylah nanti saya pergi rumah Tengku besok.Kalau tak ada apa-apa saya masuk dulu.Asalamualaikum.Selamat Malam"kata Tyara sebelum masuk ke dalam rumah.

"Walaikumusalam.Selamat Malam"balas Tengku Kriz.

Tengku Kriz masuk ke dalam keretanya semula.Sut yang berada ditangannya dicium ada haruman minyak wangi Tyara melekat disut itu.

"Haruman ni Lancome La Vie est Belle"ucap Tengku Kriz sambil tersenyum.

Dia memandu keretanya mahu pulang ke rumah.Tiba di simpang lampu isyarat dia berhenti apabila lampu bertukar merah.Dia melihat jam di dashboard jam sudah menunjukkan pukul sebelas setengah malam.

Lampu bertukar hijau, dia baru mahu menggerakkan keretanya terkejut apabila ada sebuah kereta jenis nissan X-Trail berwarna hitam berhenti mengejut didepan keretanya.

Tengku Kriz terkejut lalu dia keluar untuk melihat sekiranya keretanya terkena kereta itu.Lelaki yang keluar dari kereta itu mengeluarkan kayu besbol dan memukul badannya sehingga dia jatuh ke jalan.

Darah keluar dari mulutnya, dia menyandar pada kereta.Dari jauh samar matanya dia nampak seseorang sedang melawan lelaki itu.Itu Haziq!!!.

Haziq berlawan dengan lelaki itu.Dia melayangkan tendangan kepada lelaki itu sampai membuatkan lelaki itu terjatuh menahan sakit.

Haziq berlari ke arah Tengku Kriz yang terduduk di jalan.

"Tengku... Tengku...."panggil Haziq sambil menampar muka Tengku Kriz.Tengku Kriz pengsan disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience