Completed
71272
Bunyi das tembakan dilepaskan satu persatu.Harini dia melepaskan gian menembak.
"Dah kenapa dengan budak ni? Lain macam je?"soal Uncle Burn melihat cara Tyara melepaskan tembakan.
Tyara memasukkan peluru ke dalam pistol sebelum menembak papan yang berada didepannya.Selesai menembak dia membuka sarung tangannya dan berjalan ke arah Uncle Burn.
"Kau kenapa Tyara?"soal Uncle Burn pada Tyara.
Tyara duduk dan meneguk air mineral.
"Lepas gian Uncle Burn.Lagipun dah lama tak datang sini sejak kerja"ucap Tyara.
"Betul ke Uncle dengar kamu kerja dengan Tengku Omar Mukriz anak kepada Tengku Muhammad?"soal Uncle Burn.
Tyara menangguk tanda betul.
"Mesti besar gaji kerja dengan dia.Tiga lipat kali ganda dari Uncle bayar Tyara.Tyara tak nak ajak dia datang sini ke?"soal Uncle Burn.
"Ada niat tapi kena tengok jadual dia dulu.Biasalah orang ada bisnes jadual penuh sentiasa"kata Tyara.
"Sepanjang Tyara kerja dengan dia tak rasa suka dekat dia ke?"soal Uncle Burn.
Tyara tergelak besar .
"Uncle buatlah ke? Orang macam dia mana pandang orang macam saya ni.Banyak kurangnya macam Nutella dan Kaya Pandan macam tulah"kata Tyara.
"Aiyoo orang tanya dia serius dia jawab main-main pulak"kata Uncle Burn meninggalkan Tyara berseorangan.
********
Tengku Kriz menghadap iPad ditangannya.Walaupun hari cuti dia tetap kena buat kerja yang boleh diselesaikan dulu.Rasanya sunyi pulak, selalu kalau hari kerja mesti riuh dengan keletah Tyara.
Dia tersenyum sendiri.
"Amboi anak Bonda ni senyum sorang-sorang nampak? Teringatkan siapa?"soal Tengku Mahzura yang duduk disebelah.
"Mana ada Bonda.Nampakkan Kriz tengah buat kerja"jawab Tengku Kriz.
"Kriz umur kamu dah dua puluh lapan tahun.Kamu tak nak kahwin ke?"ujar Tengku Mahzura.
Tengku Kriz memandang Tengku Mahzura pelik.Tiba-tiba sebut pasal kahwin pada dia.
"Bonda nak kamu cari calon isteri dalam tempoh tiga bulan kalau tak Bonda akan jodohkan kamu dengan pilihan Bonda sendiri?"ujar Tengku Mahzura.
"Apa ni Bonda?.Kriz tak pernah fikir pasal tu"kata Tengku Kriz.
"Noktah Bonda cakap A kena A faham"kata Tengku Mahzura.
Hilang terus mood Tengku Kriz mahu meneruskan kerjanya.Dia bingkas bangun dan keluar dari rumah.
********
Tyara melangkah masuk ke Kiddarl Technology.Dia berjalan ke arah lobi sebelum namanya di panggil.
"Tyara!!" jerit seseorang dari belakang.Dia berpaling dan ternampak Tengku Mateen dengan kaca mata hitam melambai-lambai tangannya ke arah Tyara.
Tyara memandang di sisi Tengku Mateen iaitu Abangnya turut ada bersama.
"Asalamualaikum.. Tengku Mateen.Tengku nak jumpa Tengku Kriz ke?"soal Tyara.
"Walaikumusalam. Tak saya datang nak jumpa awak"ujar Tengku Mateen dengan nada ceria.
"Jumpa saya? Untuk apa? .Setahu saya tak ada urusan dengan Tengku"kata Tyara.
Tengku Mateen tersenyum nipis.Dengan tangannya dalam kocek seluar.Dia memandang Tyara yang cantik didepannya.
"Saya nak ajak awak breakfast dengan saya.Kalau tak nak jauh dekat sini pun boleh?"soal Tengku Mateen.
Tengku Kriz baru sahaja sampai di pejabat.Kakinya melangkah mahu ke lif.Tapi dia berhenti mengejut menyebabkan Haziq hampir berlanggar dengannya.
"Kenapa Tengku?"soal Haziq.Dia memandang arah Tengku Kriz pandang.
"Apa dia buat dekat sini? Kenapa dia jumpa dia Tyara"soal Tengku Kriz.
Tyara rasa terganggu dengan kehadiran Tengku Mateen.Dia bukan apa dia tidak suka dengan pandangan Tengku Mateen terhadapnya.
"Ahh saya minta maaf Tengku.Saya puasa harini"jawab Tyara.
"Oh puasa ke? Kalau macam tu apa kata berbuka dengan saya?"soal Tengku Mateen masih tidak putus asa.
Tyara memandang Talha disebelah supaya menyelamatkan dia daripada Tengku Mateen.
"Tyara..."panggil Tengku Kriz yang berada dibelakangnya.
Dia berjalan ke arah Tyara dan Tengku Mateen.Sengaja dia rapat dengan Tyara.
"Kau tak sibuk ke? Bukan ke Bonda kau selalu sibukkan kau?. Macamana kau boleh terlepas dekat sini?"soal Tengku Kriz dengan nada serius.
"Aku tak sibuk sangat.Lagipun aku datang nak jumpa Tyara bukan kau"balas Tengku Mateen.
"Asal kau nak jumpa dia?.Dia ni staff aku tau.Apa-apa kaitan dengan staff aku, kau kena jumpa aku dulu"kata Tengku Kriz.
Tengku Mateen rasa panas hati.
"Suka hati akulah aku nak jumpa siapa.Kau tak ada hak nak halang aku"ucap Tengku Mateen sambil menarik tangan Tyara.
Tyara sedikit terkejut.Talha yang melihat turut terkejut Tengku Mateen menarik tangan adiknya.
Tengku Kriz bengang dengan sikap Tengku Mateen yang ceroboh.Dia menarik Tyara dari Tengku Mateen dan satu penumbuk dilayangkan pada Tengku Mateen.Tyara menahan Tengku Kriz dari terus menumbuk Tengku Mateen.
Semua yang berada di lobi memandang.Turun naik nafas Tengku Kriz menahan amarah.
"Aku dah lama pendam sabar dengan kau.Aku tak nak tengok kau kacau Tyara lagi.Kalau tak pecah muka kau aku buat"kata Tengku Kriz menarik kasar lengan Tyara meninggalkan Tengku Mateen yang menahan sakit.
Talha hanya membiarkan Tengku Mateen dilantai.Memang patut pun Tengku Mateen kena penumbuk dengan Tengku Kriz.
********
Semua dipejabat memandang Tengku Kriz menarik lengan Tyara masuk ke dalam pejabat.Haziq turut masuk ke dalam pejabat risau kalau apa-apa jadi pada Tyara pulak.
Tengku Kriz melonggarkan tali lehernya sedikit.Tyara memandang Haziq begitu juga dengan Haziq memandangnya.
"Tengku saya minta maaf sangat.Tak pasal-pasal...Tengku tumbuk.. Tengku Mateen"ujar Tyara tergagap-gagap kerana takut.
"Haziq kau settle hal tadi.Jangan sampai orang luar tahu pasal hal ni"arah Tengku Kriz pada Haziq.
"Saya minta maaf"ucap Tyara lagi sekali.
Tengku Kriz meluru ke arah Tyara.Dia memegang kedua-kedua tangan Tyara.
"Kenapa kau perlu minta maaf? Kau tak salah .Dia yang salah sekarang ni sebab kurang ajar dengan kau"ucap Tengku Kriz yang masih marah.
Tyara melihat tangan Tengku Kriz yang merah sebab tumbuk Tengku Mateen tadi.Dia memegang tangan itu tapi Tengku Kriz menarik tangannya semula.
********
Tyara menuam tangan Tengku Kriz dengan tuala yang dibalut dengan ais.Bagi meredakan kemerahan.
Tengku Kriz hanya membiarkan Tyara berbuat demikian.
"Saya minta maaf sebab marah awak tadi"ucap Tengku Kriz lembut nadanya.
"Takpe saya faham"jawab Tyara ringkas.
Tengku Kriz memandang Tyara disebelahnya dengan pandangan.Tyara mendongak memandang Tengku Kriz.Lagi sekali mata mereka bertembung.
Terdengar bunyi sesuatu yang kuat di halwa telinga Tyara.
"Bunyi apa tu Tengku?"soal Tyara pada Tengku Kriz.
Tengku Kriz bingkas bangun dari kerusi.Dia meletakkan tangannya pada dadanya.Dadanya berdegup kencang seperti dia berlari merentas desa.
"Kenapa Tengku? Ada masalah ke?"soal Tyara pada Tengku Kriz.
Tyara pelik dengan Tengku Kriz yang membelakanginya.
"Tak ada"jawab Tengku Kriz.
"Kalau tak ada apa-apa saya buat kerja saya dulu"kata Tyara.
"Awak boleh keluar"ucap Tengku Kriz tanpa memandang Tyara.Tyara berpaling dan keluar dari pejabat Tengku Kriz.
Bila dia yakin Tyara dah keluar.Dia berpaling dan mengurut dadanya yang laju bunyinya.
"Kau dah kenapa Kriz?"soalnya sendiri.Dia terasa panas walaupun bilik pejabatnya ada penghawa dingin.
*******
Tengku Mateen mengetuk kerusi belakang berkali-kali.Dia bengang dengan Tengku Kriz yang menumbuknya.
"Kurang ajar punya Kriz.Takpe kau tunggu.Betul kata Mummy..... Kriz adalah saingan paling kuat aku"kata Tengku Mateen dalam hati.
"Talha aku nak kau cari maklumat pasal Tyara"arah Tengku Mateen pada Talha.
Talha hanya mendiamkan diri.Dia dapat agak yang Tengku Mateen akan menyuruhnya mencari maklumat pasal Tyara.
Share this novel