Completed
71272
Tahun 2001
Mont Kiara International School....
Seorang budak lelaki dengan sedang duduk menunggu seseorang untuk menjemputnya pulang.Dia memandang langit yang mula gelap dengan awan bertompok-tompok berkumpul satu tempat.
Dia memandang sekeliling semua kawan-kawannya sudah mula dijemput oleh keluarga masing-masing.
Satu motor Honda Ex5 ditunggang oleh seorang lelaki dalam usia 40 an sebaya dengan Ayahandanya.
Lelaki itu tersenyum memandang ke arahnya.Dia melabuhkan punggung di sebelah Tengku Kriz.
"Maaf Tengku... Pakcik Marzuki lambat harini sebab Tengku kata nak naik motor kan"ucapnya dengan teruja.
"Ya pakcik Marzuki.Kriz bosanlah naik kereta.Naik motor lagi seronok boleh dapat angin"ucapnya dengan begitu gembira.
Pakcik Marzuki melihat langit mula turun hujan rintik-rintik kasar.
"Alamak Tengku hujanlah.Kita tunggu hujan reda nanti kita balik boleh?"ucap Pakcik Marzuki.
Tengku Kriz angguk perlahan.
Tengku Kriz memandang wajah Pakcik Marzuki.
"Pakcik Marzuki...ambil Kriz balik sekolah anak Pakcik balik dengan siapa?"soal Tengku Kriz tiba-tiba.
Pakcik Marzuki memandangnya.Celoteh mulut petah Tengku Kriz kadang melucukan hatinya.
"Anak Pakcik sekolah depan rumah aje.Makcik selalu ambil diaorang balik sekolah.Kenapa Tengku tanya?"soal Pakcik Marzuki semula.
"Kesian diaorang Pakcik ambil Kriz tak ambil diaorang"ucapnya lagi.
Pakcik Marzuki mengeluh kecil.
"Takpe mereka akan faham suatu hari nanti.Tengku pernah jumpa anak Pakcik Marzuki?"soal Pakcik Marzuki pada Tengku Kriz.
Dia menggelengkan kepalanya laju.
Pakcik Marzuki mengeluarkan dompetnya dan terdapat sekeping gambar didalamnya dikeluarkan.Gambar itu ditunjukkan kepada Tengku Kriz.
Tengku Kriz melihat gambar yang berada ditangan Pakcik Marzuki.
"Ini anak Pakcik ke?.Siapa nama dia?"soal Tengku Kriz ingin tahu.
"Yang lelaki nama dia Adzrin dan puteri kesayangan Pakcik yang kecil nama dia Tyara"jawab.
Tengku Kriz menggaru kepalanya.
"Tyara??.Bukan ke tiara tu perhiasan yang cantik yang Bonda pakai kalau masuk istana.Kenapa Pakcik bagi nama dia Tyara?"soal Tengku Kriz.
"Cuba kamu tengok betul-betul.Pakcik namakan dia Tyara sebab dia cantik orangnya macam perhiasan tiara"ucap Pakcik Marzuki sambil tersenyum.
Tengku Kriz memandang gambar itu lama.Seorang budak perempuan dengan gaun merah jambu dan senyuman manis terukir dalam gambar itu.
Dia pun turut tersenyum melihatnya.
********
Gambar itu dihulurkan pada Tyara yang sedang menyusukan anak mereka.
Tyara memandang gambar itu dan memandang suaminya.
"Macamana gambar ni boleh dengan awak?"soal Tyara.Tengku Kriz melabuhkan punggung diatas katil berhadapan dengan Tyara.
"Gambar tu terjatuh masa arwah ayah tergesa-gesa nak balik.Dan Abang tak sangka rupanya itu kali terakhir Abang jumpa dengan arwah Ayah sayang.Itu hari terakhir dia bertugas dengan keluarga Abang sebelum dia balik pada keluarga Sayang"cerita Tengku Kriz sambil memegang tangan Tyara.
"Arwah Ayah selalu bawa gambar ni kemana saja dia pergi.Sebab bagi dia anak-anak dan isteri itu satu semangat untuk dia mulakan hari dia.Dan setiap yang apa yang dia ada itu milik isteri dan anak-anak dia"ucap Tyara sambil menitiskan air matanya.
Tengku Kriz mengesat air mata Tyara.
"Betul tu dan saya tak sangka arwah Ayah yang selalu puji anak perempuan dia cantik rupanya dah jadi isteri saya sekarang.Dan saya nak berterima kasih pada arwah Ayah awak yang selalu bahagiakan saya dengan cara paling sederhana"ucap Tengku Kriz sambil tersenyum.
"Saya pun sama terima kasih sebab layan arwah Ayah saya macam ayah awak sendiri.Takdir dia menjumpakan kita.Semua ni perancangan Allah tanpa kita sedar"ujar Tyara.
Tengku Kriz menggenggam tangan Tyara.
"Lepas ni Sayang tak perlu jadi bodyguard Abang.Bodyguard Untuk Encik Tengku dah resign sebab Mummy dia kena jaga Junior Tengku Kriz ni.Sekarang ni waktu Abang untuk jadi bodyguard keluarga kita"ucap Tengku Kriz sambil mencium-cium pipi Tengku Omar Marzuki.
Terus menangis anaknya digomol oleh Tengku Kriz.Tyara menepuk belakang badan Tengku Kriz.
"Abang ni tengok dia nangis.Siapa nak pujuk ni?"soal Tyara sambil menepuk belakang anaknya.
"Alah-alah...anak Daddy ni.Muka je macho tapi nangis kuat"ucap Tengku Kriz.
"Ahh Daddy tu muka je macho tapi lemah semangat.Kalau macam ni Mummy lambat sikitlah nak dapatkan awak adik ya"ucap Tyara sambil mencebikkan bibir.
Tengku Kriz sudah tersenyum sambil mendekatkan dirinya.Tubuhnya ditolak perlahan oleh Tyara.
"Jangan nak mengada ya.Ingat pesan Bonda dengan Umi.Kalau tak saya minta dengan Bonda bilik asing dengan awak"ucap Tyara mengugut suaminya.
Tengku Kriz ketawa terbahak-bahak dapat mengusik isterinya yang sudah merah mukanya.
Percayalah
Bahawa Allah itu maha adil
Dalam setiap keburukan
Pasti ada kebaikan dan dalam setiap Kesedihan pasti akan muncul kebahagiaan.
Sebaik-baik rencana yang kita punya
Pada akhirnya hasil
Terbaik dari-Nya adalah yang terindah.
Alhamdulilah tamat sudah kisah Mereka.Saya mohon ampun sekiranya ada terkurang dan typo dalam penulisan saya.Terima kasih pada yang sentiasa menyokong dan memberi reaksi positif.Teruskan menyokong karya saya yang akan datang. Nantikan next story saya akan diupdated nanti..... thank love you guys
Share this novel