Completed
71272
Tyara memandu tenang menuju ke rumah sewanya yang jarak hanya lima belas kilometer dari cafe.
Corong radio yang dari tadi hanya lagu kini bertukar azan magrib.Dulu kalau senja-senja begini, aku orang paling takut kalau balik lambat bukan sebab hantu tapi sebab takut kena rotan dengan Mak.
Aku anak paling ikut suka kepala sendiri.Semua benda buat keputusan sendiri dan yang selalu sokong keputusan aku arwah Ayah.
Dia memasuki taman perumahan.Matanya terpandang cermin sisi kiri terlihat ada sesuatu yang pelik.Ada sebuah kereta berwarna hitam mengekori keretanya.Baru dia perasan, lalu dia berhenti dihadapan rumah sewanya.
Dan menunggu kereta tersebut lalu, hati mula tak sedap.Takkan ada orang nak merompak dia.Dia melihat lagi tapi tiada kereta itu hilang.Dia mematikan enjin kereta dan bergegas keluar dari kereta.
Dia melihat sekeliling rumah sebelum masuk ke dalam rumah.Pintu dibuka dan cepat-cepat dia menutup semuanya.
"Arghhhhhhh!!!!!"sergah Hana dibelakangnya.Nasib jantungnya kuat kalau tak mahu mati sia-sia dekat sini.
Hana melihat kelakuan pelik kawannya itu.Seperti dikejar hantu pulak.Tyara melabuhkan punggung di atas sofa.
"Asal kau ni? balik macam kena kejar hantu?"soal Hana.Tyara memandang wajah Hana.
"Tak ada apalah cuma aku rasa macam ada orang follow aku itu aje"kata Tyara.
"Seriuslah mana tahu dia nak merompak ke?"soal Hana.
"Tak adalah aku dah tengok tadi.Kau dah makan belum?"soal Tyara.
Hana tersengih sambil menggelengkan kepalanya tanda dia belum makan.
"Kejap aku mandi dulu.Aku masakkan kau nasi goreng sosej"kata Tyara bingkas bangun dan menuju ke biliknya.
*******
Pintu bilik ditutup dan topi disangkut pada penyangkut dinding.
Beg silangnya dicampak atas katil.Jaket dibuka dan diletakkan di dalam bakul pakaian kotor.Dia membelek parut lengannya.Parut yang akan kekal sampai bila-bila.
Tuala diambil lalu dia masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.
******
Selesai mandi Tengku Kriz mengeringkan rambutnya yang basah.Sambil tangannya ligat mengambil krim malam disapukan pada mukanya yang agak kering selepas dicuci.
iPad dimeja diambil dan dia melabuhkan punggung di atas katil sambil menyilangkan kaki.
Dia membuka paparan email yang baru dihantar oleh Haziq sebentar tadi.
Dia membaca satu persatu maklumat tentang gadis pagi tadi.Mukanya sedikit berkerut.
Menurut maklumat dari Haziq, nama gadis itu Tyara Adleena berumur dua puluh enam tahun dan bekas polis UTK.Sekarang part time jurulatih menembak.
Tengku Kriz mendongak dagu.Dia berdepan dengan orang yang bukan biasa-biasa.
"Patutlah dia belasah mamat pagi tadi tu macam kacang je.Rupanya bukan calang-calang orang dia ni.Nice background.Tapi takkan Haziq tak bagi gambar dia"kat Tengku Kriz yang masih tidak dapat menangkap dengan jelas wajah gadis itu.
Pakaian gadis itu jauh beza dengan gadis lain yang sukakan fesyen dan solekan.Tiba dia teringatkan sesuatu pada mesyuarat pagi tadi.
"Kami tak mahu CEO syarikat terkait dengan isu perhubungan haram atau Gay seperti yang diwar-warkan oleh media"ucap salah seorang ahli lembaga pengarah.
Tengku Kriz mengigit bibirnya.Tangan dikepal menahan amarah.
"It's just a rumours.I think all board director just being quiet.I know who I am.Just ignore the stupid rumours.Tak sihat untuk otak"ucap Tengku Kriz tenang.
Haziq hanya memandang semua ahli lembaga pengarah yang tidak puas hati dengan Tengku Kriz.
"Aishhhh.....geram betul aku dengan ahli lembaga pengarah.Bukan diaorang buat kerja pun, tahu condemn je.Dah tua-tua ni baik duduk rumah ajelah tanam sayur ke bela burung ke.Semak betullah"ucap Tengku Kriz dengan geram.
*********
Tyara memakirkan keretanya bersebelahan dengan Uncle Burn punya kereta.Cahaya matahari pagi menusuk matanya dia mengenakan spek mata RayBan bagi mengurangkan silau.
Dalam dia berjalan menuju ke arah pintu masuk dia terasa seperti ada yang mengekori langkahnya.
Satu tangan memegang bahunya sebelum Tyara memegang tangan orang itu dan menterbalikkan orang itu ke jalan.Lelaki berpakaian sut hitam itu mengerang kesakitan.
Tyara menjarakkan diri sedikit."Encik ni siapa? Kenapa ikut saya?"soal Tyara dengan nada serius.
Lelaki itu gagahkan diri bangun dari jalan.Tyara terkesima melihat gerangan lelaki itu.Mukanya nampak familiar.
"Minta maaf Cik"ucap lelaki di bank haritu.
Ya! Ni lelaki yang dia terserempak dekat bank dengan malaun lagi seorang tu.Kenapa lelaki ni ada dekat sini?.
Haziq membetulkan badannya yang sakit akibat diterbalikkan oleh gadis dihadapannya ini.Terasa sakit punggungnya.
"Cik Tyara" panggil Haziq.
Tyara tercengang macamana dia tahu nama aku pulak Ni.
"Macamana awak tahu nama saya? Awak ni siapa? Kalau nak curi saya tak ada duit?"soal Tyara dengan laju.
Haziq menyeluk ke dalam sutnya.Tyara menjarakkan diri risau kalau keluar pistol ke?.Lelaki itu mengeluarkan sekeping kad dan dihulurkan kepada Tyara.
Tyara teragak-agak untuk mengambil daripada lelaki itu.Tapi dia capai juga dan membaca isi kad itu.
"Encik Haziq Amzar."ucap Tyara.
Haziq mengangguk kepala.
"Soalan saya macamana awak tahu nama saya? Awak scammer ya?"soal Tyara.
Haziq garu kepala yang tak gatal.
"Saya Haziq Amzar.Cik Tyara boleh panggil saya Haziq.Saya pembantu peribadi Tengku Omar Mukriz.Majikan saya yang Cik Tyara selamatkan pagi semalam"ucap Haziq memperkenalkan diri.
"PA rupanya aku ingat gangster mana.Ialah kalau drama korea along kutip duit pun pakai sut hitam"ucapnya dalam hati.
"Arghh....pasal pagi semalam tu.Saya okay tak ada apa-apa.Kenapa Encik Haziq cari saya sampai ke sini?"soal Tyara musykil.
Haziq senyum sedikit.
"Saya ada benda nak bincang dengan Cik Tyara.Tapi bukan dekat sini, kita pergi tempat lain"kata Haziq mencadangkan tempat.
Tyara memandang dari atas ke bawah.
********
Tyara memandang tempat yang dicadangkan oleh Encik Haziq.Jauh berbincang Encik Haziq ni sampai ke Pavilion Hotel Kuala Lumpur.
Minuman dihidangkan kepadanya.Dia berasa tidak selesa sedikit.
"Encik Haziq bawa saya ke sini nak jual saya ke?"soal Tyara.
Haziq tersedak minuman bila Tyara berkata sebegitu.
"Bukan sebab saya ada tawaran untuk Cik Tyara.Hadiah untuk Cik Tyara sebab selamatkan majikan saya"ucap Haziq.
Tyara mengerutkan dahinya terlebih dahulu.
"Tawaran? Maksud Encik Haziq apa? Saya tak faham"soal Tyara.
Haziq mengeluarkan fail dan diserahkan kepada Tyara.Fail itu disambut oleh Tyara sambil membelek isi fail itu.
"Majikan saya Tengku Omar Mukriz benar-benar buat keputusan mengejut semalam untuk tawarkan jawatan bodyguard dan pembantu peribadi kedua kepada Cik Tyara Adleena"ucap Haziq.
"Saya rasa majikan Encik Haziq menyedihkan betul.Muka ada badan ada tapi perlukan tenaga yang ramai"ucap Tyara.
"Sorry?" Haziq terpinga-pinga.
"Maksud saya..kalau dia nak saya jadi bodyguard dia dan pembantu peribadi kedua dia.Kenapa dia sendiri tak datang jumpa saya? Kenapa perlu hantar Encik Haziq jumpa saya?"soal Tyara.
"Argh...macam ni anggap saja ni pusingan pertama interview awak"ucap Encik Haziq.
"Pusingan pertama? Encik Haziq ingat ni apa wrestling? Jadi Encik minta saya jadi bodyguard untuk majikan encik itu?.Saya Ni biasa kerja timing yang tak flexible tau.Saya tak tahu kenapa Encik tawarkan pada saya? Saya minta maaf saya terpaksa tolak" kata Tyara sebelum berdiri dan mahu berlalu.
"Kami tawarkan dua puluh ribu ringgit pada Cik Tyara" ucap Haziq automatik.
Langkah Tyara terhenti.Dua puluh ribu ringgit?. Uishhhh aku boleh tukar kereta baru terus dengan gaji macam ni?.
"Tambah bonus sekali"ucap Haziq.
Bonus???. Tyara mengira-gira dalam kepalanya walaupun bab matematik dia gagal tapi duit dia tidak pernah gagal untuk mengira.
Tyara berpaling dan memandang wajah Haziq."Encik Haziq ni bukan scammer ke atau??? Kenapa bayarannya banyak? Encik Haziq bukan tahu apa-apa tentang saya pun? atau Majikan Encik Haziq sukakan saya?" soal Tyara sambil duduk semula di kerusi.
Haziq tercengang seketika.
"Bukan macam tu Cik Tyara"ucap Haziq.
"Kenapa dia berkeras nak saya jadi bodyguard bukan lelaki ada ramai sado-sado dekat luar sana?"soal Tyara masih tidak habis.
Haziq mendekatkan dirinya dan Tyara menjarakkan diri sedikit.
Haziq membisikkan sesuatu pada Tyara.
"Tak mungkinlah.Apa nama syarikat Ni?"soal Tyara.
"Kiddarl Technology"ucap Haziq pada Tyara.
Tyara terdiam seketika memandang ke arah luar.
Haziq memandang telefon pintarnya yang dari tadi menyala kerana Tengku Kriz mahu mendengar perbualan mereka berdua.
Tengku Kriz berpeluk tubuh menanti apa jawapan gadis bernama Tyara Adleena itu.
Jawab????.
Share this novel