BAB 21

Drama Completed 71272

"Uncle Burn??"ucap Tyara pada lelaki itu setelah mereka keluar dari kawasan itu.Uncle Burn duduk dikerusi.

Tyara masih bingung dengan apa yang jadi sebenarnya.Dia memandang Uncle Burn dengan muka meminta penjelasan.

"Kenapa kau pergi sana sorang-sorang"soal Uncle Burn.

"Kejap patutnya saya yang tanya Uncle Burn.Apa Uncle Burn buat dekat Sana?"soal Tyara.

"Macam Ni? Dua bulan lepas Inspektor Shahar ada hantar dua orang budak untuk training menembak dekat sini.Tapi Uncle ragu-ragu dengan niat Inspektor Shahar tu."jelas Uncle Burn.

"Maksud Uncle, Uncle dah tahu kegiatan dia selama Ni?"ucap Tyara.

"Uncle baru tahu sebab haritu Uncle nampak kereta Inspektor Shahar masuk kawasan tu.Kalau ikutkan kawasan tu kawasan tertutup.Jadi Uncle baru aje tengok tak dapat nak pastikan kegiatan apa sebenar diaorang buat"jelas Uncle Burn.

Tyara mengeluarkan sesuatu dan diletakkan di atas meja.

Mata Uncle Burn tertumpu pada logo yang diatas meja.

"Logo Ni?. Macamana kamu boleh ada logo Ni?"soal Uncle Burn.

"Logo ni nampak tak asingkan.See saya dah agak dah.Logo ni yang saya nampak dekat sticker kereta Inspektor Shahar masa dia datang sini dulu.Cara dia kaya pun pelik."ucap Tyara sambil menyelesaikan teka teki dalam fikirannya.

"Tyara Uncle rasa kita kena buat report pasal Ni.Setakat ni uncle terpaksa tolak kalau Inspektor Shahar hantar budak dia training menembak.Uncle takut kalau ada niat tak baik"ucap Uncle Burn.

Tyara buntu.Keselamatan semua orang berada pada bahunya sekarang.Dia harus cari dalang utama masalah ni.Kalau ada sarang tebuan nak alihkan kena cari ratunya baru lebah yang lain akan ikut.


**********

Pagi lagi Tengku Kriz ajak sarapan pagi sama-sama.Entah apa mimpi mamat ni ajak dia bersarapan berdua pulak tu.

"Makan Tyara jangan segan tak cukup boleh tambah lagi?"ucap Tengku Kriz.

"Kejap Tengku ni dah okay ke?"soal Tyara pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz menyuap makanan dalam mulutnya.

Bunyi mesej telefon Tyara masuk.Dia membuka pesanan mesej daripada Talha.Dia tersenyum-senyum membaca mesej dari Abangnya.

Tengku Kriz meletakkan sudu geram melihat Tyara tersenyum sorang-sorang.

"Awak mesej sama tersenyum-senyum.Awak tahukan sekarang waktu kerja"ucap Tengku Kriz.

Tyara tidak berganjak.

"Saya mesej dengan lelaki.Lagipun dalam kontrak waktu kerja saya pukul lapan setengah sekarang ni baru pukul lapan"ucap Tyara sambil menyambut makan sarapan.

Tengku Kriz meneguk air kopi yang panas sampai tersembur sebab terlalu panas.

"Tengku masuk pejabat ke harini?"soal Tyara lagi.

"Masuk kerja saya banyak tertangguh.Tapi awak kena tolong saya maklumlah tangan saya ni belum baik lagi"kata Tengku Kriz.

"Baik Tengku Patik menurut perintah "ucap Tyara menghabiskan sisa makanan yang masih ada dalam pinggannya.

*******

Habis saja kerja Tyara memandu seorang diri pulang dari kerja.Sampai disatu kawasan perindustrian ada sebuah kereta menghimpit keretanya ke tepi.Dia memberhentikan keretanya.

Seorang Lelaki keluar dari kereta itu sambil mengeluarkan sebilah pisau.Dia membuka pintu kereta Tyara.Tapi tiada orang di dalam, dia berpaling ke belakang.

Tyara terus menyepak tangan lelaki itu membuatkan pisau yang dipegang jatuh.Lelaki itu bersedia mahu menyerang Tyara.

Lelaki itu mahu menumbuknya tapi dia mengelak.Lagi sekali perut lelaki itu ditendang menyebabkan lelaki itu jatuh ke jalan.Lelaki itu terpandang pisau yang jatuh tadi.Dia bangun mahu mengambilnya tapi Tyara lebih pantas merampas dan menendang muka lelaki itu.

Lelaki itu mengerang kesakitan.Tyara melutut memandang lelaki itu.Dia menghunuskan pisau ke arah lelaki itu.

"Siapa ketua kau? Siapa upah kau?"soal Tyara.

"Aku tak tahu.."jerit lelaki itu.Tyara bangun dan tersenyum sinis.Lalu dia menendang lagi sekali membuatkan lelaki itu pengsan.Dia membuka topeng yang tersarung.

Telefon lelaki itu berbunyi, Tyara mengambil tertera nombor private.Dia menekan butang jawab.

"Kau dah settlekan perempuan tu? Kalau dah settle jumpa aku sekarang"soal lelaki dalam panggilan itu.

"Orang yang pengecut macam kau aje akan hantar orang untuk hapuskan orang lain.Kalau berani sangat apa kau sendiri yang hadap musuh kau Ni.Dasar penjenayah tak ada telur"ucap Tyara.

Panggilan itu terus dimatikan.Tyara memandang ke arah lelaki yang pengsan itu.Dia tersengih macam kerang busuk.

******

Haziq mengikat kuat lelaki itu sambil Tyara berpeluk tubuh memandang sahaja.

"Awak okay tak Tyara?"soal Haziq.Tyara membuat isyarat tangan.

"Woi bangun!!!"panggil Haziq sambil menampar muka lelaki itu.

Lelaki itu tersedar dari pengsan.Dia terkejut tengok dirinya berikat.

"Akak saya cuma ikut arahan saja.Saya tak sengaja"ucapnya.

"Sejak bila pulak bapak aku kahwin dengan mak kau.Kau nak berakak-akak dengan aku.Kau bagitahu aku siapa ketua kau Ni"ujar Tyara sambil menghunuskan pisau pada bahagian alat sulit lelaki itu.

"Kau dah kacau salah sorang tau.Ni bekas polis UTK.Dia dah hadap macam-macam.Ada mangkuk lagi teruk daripada kau pun ada.Baik kau bagitahu kitaorang siapa dalang sebalik semua ni"ujar Haziq.

"Saya takut kalau saya bagitahu nanti saya kena bunuh.Saya ada perjanjian dengan diaorang"ucap lelaki itu.

"Kau takut mati kena bunuh, tapi kau nak bunuh orang tak takut.Kau ingat kitaorang apa ayam, kau nak kejar bunuh macamtu.Kau jangan main-main.Jangan sampai aku buat kau makan bubur seumur hidup kau"ugut Tyara.

*******

Teropong digunakan untuk melihat kegiatan haram itu.Dia berjalan ke arah deretan kontena yang dijaga oleh beberapa orang.

Dia mengeluarkan dua taser ditembak ke arah dua lelaki yang menjaga depan kontena.Kedua-duanya pengsan terkena renjatan elektrik.

Dengan sarung tangan dia membuka kontena itu.Dan dia tersenyum manis.

********

*Dua penjenayah atau pengedar dadah diserahkan kepada pihak polis bersama satu kontena dadah bernilai lebih 2 juta ringgit serbuan besar-besaran giat dijalankan bagi mencari ketua geng kegiatan haram ini*

Tyara tercengang melihat berita dirumahnya.Dia dan Haziq baru merancang mahu ke sana malam ni.Tapi dah ada orang lain yang mendahului mereka.Bunyi loceng rumahnya berbunyi.

"Siapa pulak datang ni? Takkan Haziq kot?"ucapnya menuju ke pintu.Sebaik pintu dibuka Tyara ditendang oleh seseorang ke belakang.

Seorang lelaki berbadan besar berada didepannya.Lelaki itu mengangkat badannya.Dia tidak mampu kerana tenaga lelaki itu lebih kuat daripadanya.Satu kain ditekup kemulutnya menyebabkan dia pengsan tidak sedarkan diri.

*******

Tengku Kriz sedang duduk di meja kerjanya.Haziq masuk ke dalam biliknya dengan tergesa-gesa.

"Kenapa ni?"soal Tengku Kriz.Dia memandang wajah cemas Haziq.

Tengku Kriz cepat-cepat keluar dari biliknya diikuti dengan Haziq.

*******

"Umi tunggu siapa?"soal Talha pada Puan Adliza.

"Tak ada sesiapa.Umi saja tengok dah kunci pagar belum"ucap Puan Adliza kembali duduk di kerusi.

Talha duduk disebelah Puan Adliza.

"Umi tunggu adik balik ya.Adik kerja nanti hujung minggu dia baliklah"ucap Talha.

"Mana ada Umi tunggu dia, pandai-pandailah dia balik"ujar Puan Adliza.

*******

Tyara tersedar dari pengsannya.Tangannya tidak berikat.Dia cuba bangun tapi terasa pening akibat ubat pelali yang diberi.

"Long time no see, Tyara Adleena"ucap suara yang dia amat kenali.Dia memandang tepat ke arah suara itu.

Tengku Murshid duduk bersilang kaki menghadapnya.

"Jadi kaulah yang buat aku rugi.Kau dan bapak kau sama je kan.Suka menyusahkan orang lain"ucap Tengku Murshid.

Ayah??. Tyara mendongak memandang wajah Tengku Murshid yang angkuh dan sombong itu.

"Kenapa? Kau tak tahu bapak kau dulu sama macam kau tak boleh tengok orang senang"ucapnya lagi.

"Arwah Ayah saya pasti ada sebab halang orang macam kau ni.Dasar sampah masyarakat.Kalau aku kacau kerja kau apasal Tengku Kriz pun jadi mangsa"ujar Tyara.

"Kriz??? Aku cuma jadi bapa saudara yang terbaik untuk dia.Salah ke?"Tengku Murshid memprovoke Tyara.

"Steve kau uruskan dia"ucap Tengku Murshid.Lelaki tadi datang semula ke arah Tyara dia mencekik leher Tyara kuat.Tyara mengerahkan tenaga menendang alat sulit lelaki itu membuatkan pegangan tangan lelaki itu dilepaskan.

Tyara terbatuk-batuk cuba bangkit.Tengku Murshid mengeluarkan pistol mahu menembak Tyara.

Satu pisau melayang tepat ke arah kaki Tengku Murshid membuatkan dia mengerang kesakitan.

Tyara memandang ke arah mana datang pisau itu.

Seorang lelaki lengkap berjaket hitam dan topi tidak nampak jelas mukanya.

Semua orang suruhan Tengku Murshid menyerang lelaki berjaket hitam itu.Tyara mahu menolong tapi kakinya dipegang kuat lelaki tadi.

Lelaki itu mengangkat badan Tyara dan melilit Tyara dengan tali dengan kuat.Dia hampir kehabisan nafasnya.Airmatanya mula mengalir dan matanya terpejam.

Lelaki berjaket hitam tadi mengeluarkan pistol dan menembak tepat ke arah lelaki yang mencekik Tyara.Tyara rebah jatuh ke lantai.

Bunyi siren polis mengegarkan kawasan itu.Haziq berlari masuk mencari kelibat Tyara.Dia nampak Tyara terbaring tidak bergerak.

Lelaki berjaket hitam itu juga turut menuju ke arah Haziq.

"Tyara!!!! Tyara!!!"panggil Haziq yang mula takut.Lelaki berjaket hitam itu membuka topinya.Rupanya Tengku Kriz yang menolong Tyara.

"Tyara!!!"panggil Tengku Kriz melihat Tyara.Nafasnya tidak didengari.Tengku Kriz memegang muka Tyara yang pucat.

Pasukan medik datang turut memberi pernafasan pada Tyara.Mereka berusaha menyelamatkan Tyara.

Tengku Kriz meluru ke arah Tengku Murshid dan menumbuk muka bapa saudaranya itu.Tengku Mateen yang baru sampai ternampak cepat-cepat menghalang tindakan Tengku Kriz.

"Tyara Mateen!!!! Tyara!!!!"jerit Tengku Kriz pada Tengku Mateen.Dia melihat pasukan medik sedaya upaya menyelamatkan Tyara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience