Completed
71272
Tyara berdiri di depan pintu bilik Hana.Dia hanya memerhati kawannya mengemas baju masuk ke dalam bagasi.
"Hana betul ke kau nak pergi outstation Ni?"soal Tyara yang melompat baring di atas katil Hana.
"Betullah Aku kan dah lama tak outstation.Ni pun diaorang pilih ikut team.Kenapa kau takut duduk sorang ya?"soal Hana pada Tyara.
"Alah bukan apa seminggu tu lama tau.Selalu kau tinggal aku tiga hari paling lama"kata Tyara buat muka kesian.
Hana berfikir sejenak sambil mendongak dagu.
"Apa kata kau cakap dengan Tengku Kriz yang kau nak tumpang rumah dia?"soal Hana.
"Memang taklah aku sanggup duduk harimau daripada duduk dengan dia tau.Dia tu kadang aku tengok macam tikus kejap macam buaya"kata Tyara rasa seram sejuk.
"Ceh....kutuk orang.Entah-entah Tengku Kriz tu bukan gay tapi tu cara dia tak nak orang sebarangan dekat dengan dia"kata Hana.
"Entahlah tapi kejadian dekat pejabat tadi betul aku terkejut.Minah yang jerut leher aku tu datang pejabat harini nak tampar aku yang kena Tengku Kriz"cerita Tyara.
"Pastu apa jadi? Mesti sakit kan kena tamparan wanita"kata Hana.
Tyara tergelak kecil.
"Mahu tak sakit.Aku cuba bayangkan dia tak ada gigi aje"kata Tyara.
Bunyi mesej masuk, dia memeriksa mesej daripada Haziq.Dia membuka dan membaca jadual minggu yang baru Tengku Kriz.
Dia menggosok matanya berulang Kali.
"Hana kau cuba tengok jadual ni betul ke?"soal Tyara sambil menghulurkan telefon ke arah Hana.
Hana mengangguk setelah melihat jadual itu.
"Kenapa macam pelik jadual ni?"soal Tyara lalu dia menekan nombor Haziq.
Tidak lama kemudian Haziq menjawab.
"Ya ada apa Tyara?"soal Haziq.
"Saya nak tanya jadual baru ni betul ke? Sebab macam banyak kosong aje"kata Tyara.
"Betullah tu Tengku Kriz arahkan saya untuk masukkan aktiviti sosial untuk dia.Lagipun tu cadangan awak kan?"soal Haziq.
Tyara dari baring terus duduk.
"Ya saya ada cadangkan.Tapi saya tak tahu pulak yang Tengku Kriz terima cadangan saya"ujar Tyara.
"That's means.Dia terima cadangan awak.But you have to follow all the activity, Dame"kata Haziq.
"Okay "jawab Tyara ringkas sebelum menamatkan panggilan tersebut.
********
Pagi lagi Tyara sudah tercongok dekat Equestrian Centre Putrajaya.Dari jauh dia nampak Tengku Kriz berkaca mata hitam dengan pakaian lengkap ala ala orang nak berkuda berjalan ke arahnya.
"Assalamualaikum Good morning"ucap Tengku Kriz.
"Walaikumusalam good morning"ucap Tyara.Dia melihat penampilan Tengku Kriz dari atas ke bawah.Tak ubah macam putera raja.
"Tengku nak main kuda sorang je?"soal Tyara pada Tengku Kriz.
"Mana ada sorang dengan awaklah"ucap Tengku Kriz.
"Ahhhh saya....saya naik kuda sekali"ujar Tyara tergagap-gagap.
Tengku Kriz mengangkat keningnya.Dia mengikut langkah Tengku Kriz menuju ke kandang kuda.
"Tapi Tengku Kriz saya..saya aduh macamana Ni?"soal Tyara perlahan.
Tengku Kriz memeluk tubuh memandang Tyara yang tergagap-gagap.
"Awak takut dengan kuda ke?.Macamana awak boleh jadi polis UTK sedangkan awak takut dengan kuda?"soal Tengku Kriz akhirnya.
Alah Tengku ni masa aku latihan dulu.Ini semua mana ada.Dia ingat aku kerja perhilitan ke.Tak semua yang masuk polis UTK tu tak ada kelemahan.
"Saya takut sikit aje"ucap Tyara.
Tengku Kriz berpaling dia mengeluarkan seekor kuda yang saiz sangat besar.Tangannya mengusap perlahan-lahan muka kuda itu.
"Ni nama dia Kristal.Kuda kesayangan saya"kata Tengku Kriz.
"Hai Kristal"ucap Tyara tapi makin jauh.
"Awak pernah cakap dengan saya nak ajar saya menembak kan?"soal Tengku Kriz.
Tyara laju mengangguk kepala.
"Kalau nak saya setuju, saya nak awak main kuda harini dengan saya.Tapi sebelum mula awak kena berkenalan dan rapat dengan dia dulu"kata Tengku Kriz sambil mengusap perlahan-lahan badan Kristal.
Tyara tergamam.
********
Haziq memberi ikan dalam kolam makan.Tengku Muhammad mendekati Haziq.
"Kamu tak ikut Kriz pergi main kuda ke?"soal Tengku Muhammad.
"Tak Pak Engku, Harini Kriz dia nak berkuda dengan orang Tyara"kata Haziq.
"Pak Engku tengok Kriz bukan main sekarang.Selalu dia melekat dekat rumah aje"kata Tengku Muhammad.
"Alhamdulillah sejak Tyara ada Ni.Saya perhati dia lebih nak cuba benda baru"ucap Haziq.
"Bagus budak Tyara tu melayan kerenah Kriz yang kejap okay kejap tak okay.Ni nanti suruh Kriz tu bawa Tyara datang sini.Haritu masa Tyara datang Pak Engku tak ada.Kalau tengok Mak Engku bercerita bukan main rancak lagi"kata Tengku Muhammad.
"Insyallah Pak Engku nanti saya maklumkan pada Kriz"
******
Tyara cuba mendekatkan tangannya pada Kristal tapi dia masih ada takut.Tengku Kriz hanya perhati tindak tanduk Tyara.
Tangan Tyara disambar Tengku Kriz.
"Awak tak boleh macam ni? Kuda ni dia ada sense sendiri.Dia boleh tahu kalau seseorang tu takut atau tak?.Awak kena relaks"marah Tengku Kriz.
Tyara menarik lengannya lalu dia berjalan keluar dari kandang kuda meninggalkan Tengku Kriz sendiri.
"Aku bukan nak pun datang sini.Kau yang paksa aku"kata Tyara membuka helmet yang dipakai sejak tadi.Terasa makin panas pulak hatinya.
Dia duduk dibangku berdekatan dengan kawasan kuda berjalan.
Dari jauh dia nampak Tengku Kriz sudah menunggang kuda masuk ke dalam kawasan berkuda.
"Tahu pun main sendiri.Lantak kau situ tak kuasa aku nak teman kau"katanya dalam hati.
Tengku Kriz menunggang kuda mengelilingi kawasan sambil tu dia memandang wajah Tyara yang marah dengan perangainya tadi.
Tyara memandang arah lain tidak mahu ambil tahu.Dahlah aktiviti berkuda ni tak seronok langsung, cuba bawa pergi tengok wayang ke, main boling ke, atau pun tidur dekat rumah lagi best.
Tyara terdengar bunyi orang jatuh dia berpaling ke belakang melihat Tengku Kriz sudah terbaring di atas pasir.Laju dia berlari ke arah lelaki itu.
Dia melihat Tengku Kriz tidak sedarkan diri.Alamak ni apa aku nak buat? Mati ke?.Habislah aku tak sempat minta maaf sebab kutuk dia tadi?".
"Tengku Kriz....bangun.."Tyara mengoncang badan Tengku Kriz.Dia memeriksa hidung lelaki itu masih bernyawa.
"Tengku.... jangan buat macam ni.Saya takutlah"kata Tyara lagi sambil menampar lembut muka Tengku Kriz.
Lelaki itu masih tidak sedarkan diri.Takkan aku nak buat CPR dekat sini?.Terang-terangan buat maksiat dekat tempat lapang ni.
Tenang Tyara...
"Barghhhhh"sergah Tengku Kriz dengan gelak tawa besar melihat wajah cemas Tyara.Tyara terkejut dengan perbuatan lelaki itu.
Dia rasa panas hati dengan kelakuan Tengku Kriz.Lalu dia melayangkan penumbuk ke muka Tengku Kriz.Lalu meninggalkan Tengku Kriz yang menahan sakit pada pipinya.
Lelaki itu segera mendapatkan Tyara.Dia mengenggam tangan Tyara kuat.
"Kenapa awak tumbuk saya? Saya cuma bergurau je?"soal Tengku Kriz.
Tyara memandang Tengku Kriz dengan dada berombak kencang menahan marah.
"Habis Tengku ingat saya suka apa yang Tengku buat tadi.Saya pernah tengok kawan saya mati depan saya Tengku.Dan Tengku bergurau dengan saya!!!" marah Tyara.
Tengku Kriz terdiam.Dia tidak menyangka gurauannya berubah buruk.Gadis didepannya menyimpan sesuatu yang sakit pada dirinya.
"Tyara....saya tak sengaja"ucap Tengku Kriz pada Tyara.Dia memegang kedua-kedua lengan Tyara supaya dia bertenang.
Tengku Kriz betul-betul tak tahu gurauannya akan menyebabkan Tyara teringat kisah silamnya.
Share this novel