BAB 6

Drama Completed 71272

Kereta Maserati Ghibli milik Tengku Kriz meluncur masuk ke sebuah rumah agam yang sangat besar dan luas halamannya.Ini mahu hampir berapa juta.

Tyara memerhati sekeliling kawasan rumah hampir membuatkan lehernya lenguh.Dia memerhati Tengku Kriz yang tenang memusingkan stereng keretanya memasuki parkir dihadapan rumah keluarganya.

"So Awak dah ingat nama Bonda dan Ayahanda saya?"soal Tengku Kriz pada Tyara disebelah.

Tyara menangguk tanda sudah membaca.

"Okay buat macam biasa saja kalau Mak Engku tanya jawab macam biasa"ujar Tengku Kriz.

Tyara mengangguk tanda faham.Dia mengikut langkah Tengku Kriz keluar dari kereta.Dan matanya terpandang seorang wanita sedang menyiram pokok dilaman rumah.

Laju kakinya melangkah menuju ke wanita itu dan bertegur sapa.

"Asalamualaikum....Mak Engku"ucap Tyara pada wanita lebih kurang 50 an itu.

"Ikut sini..."ucap Tengku Kriz sambil berpaling ke belakang melihat kelibat Tyara tiada.

Wanita dihadapan Tyara mengerutkan dahinya terlebih dahulu.

"Saya bukan Mak Engku.Saya Mak Anom pembantu rumah ni"ucap wanita yang menggelar dirinya Mak Anom.

Tyara mengaru kepala tak gatal.Lengannya ditarik oleh Tengku Kriz yang menepuk dahi melihat Tyara menegur Mak Anom yang disangkakan Tengku Mahzura.

"Kenapa kau pergi tegur Mak Anom? Mak Engku ada dekat dalam"kata Tengku Kriz dengan nada sedikit tinggi.

"Sorrylah saya mana tahu Mak Engku mana Mak Anom mana.Lagipun Tengku Kriz cuma bagitahu nama tak bagitahu rupa"ucap Tyara untuk menutup malu dirinya.

Tengku Kriz menahan sabar sambil menarik lengan Tyara masuk ke dalam rumahnya.Tyara berdeham seketika melihat tangan Tengku Kriz tidak lepas dari luar tadi.

Pantas Tengku Kriz melepaskan tangan Tyara.

"Awak duduk dulu.Saya naik atas kejap"ujar Tengku Kriz sambil menunjukkan arah tempat duduk untuknya.

Tyara berjalan ke arah kerusi yang mahal dan empuk.Dia melihat sekeliling rumah itu.Besar memang besar tapi sunyi sangat tiada suara apa pun.

Matanya terpandang ke arah majalah yang ada diatas meja.Dia membelek majalah itu sambil mencarut dalam hati.

"Mukanya hensem perangai dengan otak tak selari"ujarnya dalam hati.

"Tengku Kriz memang segak kan?"soal seseorang dari arah belakangnya.Wanita itu sedikit bergaya dari Mak Anom tadi.Dari segi penampilan wanita itu mengenakan blouse kosong dan padanan tudung bermotif bunga dan yang penting sangat cantik walaupun Tengku Kriz kata Tengku Mahzura dah 60 an.

"Ahh...bolehlah daripada tak ada"ucap Tyara secara perlahan dan meletakkan kembali majalah tadi.

Tengku Mahzura memandang anak gadis dihadapannya itu.Penampilan anak gadis itu sangat ringkas tapi mempunyai aura yang dia tidak dapat menangkap jelas.

"Awak Tyara Adleena kan? Bodyguard Tengku Kriz?"soal Tengku Mahzura.

"Ya saya Tengku Mahzura.Saya bodyguard baru Tengku Kriz "ucap Tyara dengan tenang.

Tengku Mahzura duduk dikerusi diruang tamu itu.Tyara masih berdiri tercegat dihadapan Tengku Mahzura.

"Duduk Tyara jangan segan"ucap Tengku Mahzura.

Tyara melabuhkan punggung di atas kerusi sambil mengenggam tangannya.

"Awak dah tahu macamana Tengku Kriz bekerja?"soal Tengku Mahzura.

"Dah Tengku saya dah di briefing oleh Tengku Kriz sebelum sampai tadi"ucap Tyara.

Tengku Mahzura tergelak kecil.

"Nampaknya awak masih tak selesa panggil saya Mak Engku.Dalam rumah ni semua orang sama saja tiada perbezaan darjat.Jadi Tyara jangan segan kalau nak datang sini.Lagipun Haziq pun kadang datang sini tak makan atau pun nak tidur sini pun boleh sebab rumah ni banyak bilik"jelas Tengku Mahzura.

Tyara kagum dengan peribadi Tengku Mahzura.Selalu orang yang banyak duit dan ada pangkat mereka akan membezakan darjat.

"Tapi bukan tidur dalam bilik sayalah"ada suara menyampuk dari belakang iaitu Tengku Kriz yang datang dengan pakaian yang sudah ditukar lebih tidak formal.

Tyara hanya mampu tersenyum saja.

"Kriz jangan bagi kerja berat-berat sangat.Tyara kalau Kriz buli awak bagitahu dengan Mak Engku"ucap Tengku Mahzura.

"Aik...dengan Haziq Bonda minta report dengan Tyara pun minta report"ucap Tengku Kriz yang berdiri disebelahnya.

Tyara tidak tahu mahu bercakap apa dia hanya diam saja.

"Takpe Bonda tinggalkan kamu berdua"kata Tengku Mahzura sebelum meninggalkan mereka berdua.

"Tengku Kriz saya nak tanya soalan boleh?"soal Tyara sambil mengangkat tangannya seperti gaya budak sekolah bertanya.

"Apa dia?"soal Tengku Kriz semula.

"Tadikan saya tengok schedule Tengku.Pastu macam padat sangat saya rasa.Tengku memang tak ada life ke?.Maksud saya macam habis kerja jumpa kawan ke?"soal Tyara.

"Ya itu cara saya kerja jadi awak kena ikut.Titik"ucap Tengku Kriz memandang wajah Tyara.

******

Dah seminggu Aku bekerja dengan Tengku Kriz.Pada masa yang sama aku rasa tak ada life langsung.Tapi aku terpaksa bertahan.Nasib aku dah biasa masa Zaman aku bertugas dulu.

Aku cepat belajar dan Tengku Kriz juga percayakan aku boleh laksanakan tugas yang diberi.

Aku berjaya hafal peta Kiddarl Technology ni.Aku rapat dengan Haziq.Mungkin sebab hari pertama aku dah bekerja dengannya.

Seawal pukul lapan pagi aku dah tiba di Kiddarl Technology.Tapi suasana hari ini nampak berbeza sedikit.Nampak agak kelam kabut.Semua staf nampak sibuk.

Aku terus berlalu ke bilik rehat staf.Macam biasa aku mulai hari aku dengan minuman signature Kiddarl Technology iaitu hot chocolate with marshmallow.

Ketika aku keluar ada dua orang staf Kiddarl Technology iaitu Normah dan Alice.

"Hai Tyara awal sampai harini?"tegur Alice.

Aku cuma tersengih.Nampak tak aku selalu datang lima minit nak pukul lapan setengah.Haha.

"Datang awal mesti kena bertugas awal kan?"

Kali ini Normah bersuara.

"Bertugas awal? Saya tak faham"soalku.

"Eh Tengku Kriz tak bagitahu ke malam ni ada event mesti Tengku Kriz perlukan awak"

"Saya kena buat apa?"

Aku mula risau.Kenapa dia tak cakap apa-apa dengan aku?".

*****

Aku berdiri betul-betul dihadapan pintu pejabat Tengku Kriz.Teragak-agak mahu masuk ke dalam.Dua kali aku ketuk, kedengaran suara tegas Tengku Kriz memanggil aku masuk.

Aku masuk ke dalam dan terkejut rupanya bukan Tengku Kriz seorang dalam pejabat.Tapi terdapat seorang perempuan disebelah Tengku Kriz sedang memandang ke arahnya.

Dia tersenyum segaris bila melihatku.Aku terpaksa memberikan senyuman.

"Masuklah" ucap perempuan itu.

Lambat-lambat aku melangkah ke arah Tengku Kriz.Aku kaku setelah beberapa langkah.Aku melihat Tengku Kriz menyarung sut hitamnya dan rambutnya sedikit serabut.

Apa yang dilakukan mereka sebelum aku masuk? Jangan-jangan mereka....

"You boleh keluar Lily"suara dingin Tengku Kriz.

"I cuma nak tolong you je"

"Tugas you dah habis dekat sini .I need her right now"Tengku Kriz berkata lagi.Kepalanya didongakkan sekali ke arah ku.

"Next time don't bother coming here"tegas Tengku Kriz dengan nada suara agak tinggi.Aku memejamkan mata.

Cuaca dekat luar tu aku rasa elok je.Apasal tiba-tiba dia ribut dekat dalam ni.

"Okay fine"

Suara perempuan bernama Lily itu nampak marah lalu keluar dari ruang pejabat Tengku Kriz sambil menjeling ke arah ku.

"Cungkil mata kau tukar dengan buah mata kucing baru kau tahu"ucap ku dalam hati.

Lepas Lily keluar, Kami tinggal berdua.Dia pandang aku, Aku pandang dia.Apa aku buat dalam ni tadi?"

"Awak dah sarapan belum?"soal Tengku Kriz pada Tyara.

Tyara menggelengkan kepalanya tanda belum.Tengku Kriz berjalan ke arahnya.

"Jom breakfast dulu"ucapnya sebelum berjalan ke luar.

Tyara mengikut langkah Tengku Kriz yang agak laju.


******
Sampai di Cafeteria syarikat semua mata memandang arah mereka.Tyara pelik kenapa semua memandang dia dan Tengku Kriz makan.Tak pernah tengok orang makan ke?.

"Saya tak suka kalau kerja perut kosong.Nanti susah nak berfikir tapi kalau makan banyak nanti mengantuk"ucap Tengku Kriz sambil memandang pinggan nasi lemak Tyara.

Tyara yang baru nak menyuap nasi lemak ke dalam mulut terhenti.Dia perli aku ke?.Setan punya bos.

"Tengku tak nak buat aktiviti lain ke?"soal Tyara pad Tengku Kriz.

"Maksud awak apa?"soal Tengku Kriz semula sambil menghirup kopi panas.

Tyara meletakkan sudu dan garpu.Dia bersedia memberi cadangan pada Tengku Kriz.

"Maksud saya aktiviti sosial ke? sebab Tengku banyak habiskan masa dekat pejabat dan rumah"ucap Tyara.

Tengku Kriz memandang wajah Tyara.

"Saya pergi gym, berenang itu aktiviti sosial lah"ucap Tengku Kriz.

"Sosial apa macam tu? .Semua tu Tengku buat dekat rumah"ucapnya dalam hati.

"Maksud saya Tengku tak nak cuba belajar menembak ke? Saya boleh ajar Tengku"ucap Tyara sambil memandang Tengku Kriz.

"Tak minat.Buang masa saya aje"ucap Tengku Kriz selamba.

Tyara mengenggam sudu dan garpu dengan geram.Macamana dia nak ubah Tengku Kriz kalau macam ni?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience