Completed
71272
Pagi lagi panggilan daripada Haziq sedikit mengganggu lenanya.Haziq memberitahu akan menjemputnya dalam satu jam lagi.
Dia memandang cermin membelek mukanya yang sedikit kering.Dia mengambil botol pelembap muka jenama kegemarannya Simple dan diteruskan dengan pelindung UV.Dia mengoles sedikit bedak dan dicalit liptint pada mulutnya.
Dia mengambil begnya dan berjalan turun ke bawah.Dia melihat Hana sedang sibuk membuat kerja diruang tamu.
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi.Stokin dipakai terlebih dahulu.
"Aik selalu kalau hujung minggu kau lambat bangun? Ni bukan main awal lagi?"soal Hana.
"Haziq telefon katanya ada benda penting nak buat.Kalau ikutkan aku malas tapi dah tu arahan dari Tengku Kriz."kata Tyara.
Bunyi hon didepan rumah menandakan Haziq sudah sampai depan rumah.
"Aku pergi dulu Hana"kata Tyara menuju ke pintu rumah.
Dia menyarung kasut Nike dan berjalan ke arah Haziq yang sedang menunggunya dalam kereta.
"Asalamualaikum encik Haziq "ucap Tyara semasa masuk dalam kereta.
"Walaikumusalam.... sorry ganggu Tyara.Tapi Tengku terlupa sesuatu"kata Haziq sambil memandu.
"Lupa apa?.Cakap pasal Tengku, mana dia?"soal Tyara.
"Kiddarl Technology akan adakan makan malam untuk tahun Ni.Jadi Tengku Kriz arahkan saya bawa awak pergi tengok baju dekat butik.Tengku dah ada dekat sana"ujar Haziq.
Tyara memandang Haziq dengan penuh persoalan.
"Kejap saya kan bodyguard? Kenapa saya perlu ada baju juga? Tak boleh ke saya pakai baju macam biasa saya pakai?"soal Tyara pada Haziq.
"Ini arahan Tengku Kriz.Bukan arahan saya.Nanti sampai sana awak tanya dia sendiri?"soal Haziq sambil kembali fokus pada pemanduannya.
*******
Mereka sampai di satu lokasi yang sedikit asing buat Tyara.Papan didepan tembok itu dipandang berkali-kali.Tertera disitu nama Alia Bastamam.Ni mesti butik designer terkenal Alia Bastamam.
" Encik Haziq betul ke tempat ni?"soal Tyara pada Haziq yang mulanya laju berjalan.
"Betullah ni butik kawan Tengku Kriz.Jom Tengku dah tunggu lama"kata Haziq.
Tyara yang tidak tahu apa-apa melangkah ke arah Haziq.
Pintu butik dibuka dan Tyara mencari kelibat Tengku Kriz.Dihujung dia nampak Tengku Kriz membelek majalah sambil menyilangkan kaki.
"Tengku Kriz"panggil Haziq.Dia mendongak memandang Tyara yang berdiri disebelah Haziq.
"Okay duduk dulu.Kejap lagi Alia datang"kata Tengku Kriz.
Haziq mengundurkan diri untuk keluar.
Tyara duduk di kerusi yang disediakan.Dia melihat sekeliling butik designer ini.Susun atur nampak menghijau.Dengan bunyi air terjun diluar.
Dia menoleh ke arah Tengku Kriz."Tengku Kenapa saya kena fitting baju juga?"soal Tyara.
Tengku Kriz melirik ke arah Tyara.
"Sebab saya nak malam tu semua sama.Tiada perbezaan dari segi jawatan dan awak akan duduk dengan saya malam tu"ucap Tengku Kriz.
"Tak boleh ke kalau saya duduk dengan Alice ke.Seganlah saya sebab guest Tengku semua VIP atau VVIP.Saya nak bodyguard je"ucap Tyara sambil merenung tepat ke anak mata Tengku Kriz.
"Tak ada bantahan"ucap Tengku Kriz menyambung pembacaannya.
Muncul seorang wanita didepan mereka.Mungkin ini Alia Bastamam yang selalu aku tengok dalam TV?.
"Tengku are you ready?"soal Alia pada Tengku Kriz.
Tengku Kriz menangguk perlahan.
Alia Bastamam menarik Tyara masuk ke dalam untuk fitting baju.
"You try this one?"soal Alia.Tyara terpaksa akur.
Dia merenung tepat ke arah cermin.Baju berwarna biru gelap dengan design potongan leher turtleneck itu.Dia memandang lengannya yang berparut itu.Gaun ni dah cantik tapi sayang kerana parut ini menampakkan ia buruk.
Tengku Kriz menunggu Tyara diluar.Tirai dibuka dan Tengku Kriz memandang Tyara yang nampak cantik dengan persalinan berwarna rona biru gelap itu.Pertama kali dia melihat Tyara mengenakan pakaian sebegini.
Tyara menundukkan kepalanya dan tangannya menutup lengan berparut itu.Dia segan kalau Tengku Kriz nampak parutnya.
"Stand properly Tyara and be confident"ucap Tengku Kriz.
Tyara memandang Tengku Kriz.Dan dia melepaskan tangannya yang tadi menutup parut itu.
Tengku Kriz beriak biasa tidak terkejut atau buatkan dia tak suka.
"How Tengku? Do you like it?"soal Alia.
"The dress is nice but not suitable for her that extra beauty.Can you find something close because her beauty is very exclusive"ucap Tengku Kriz sambil menggaru keningnya yang tak gatal.
Betul ke apa aku dengar Ni?. Boleh tak minta dia siar ulang semula apa dia cakap tadi?.What!!!! Because her beauty is very exclusive.Dia maksudkan aku ke?.Nampak memang aku sorang je tengah fitting?.
Setelah sepuluh minit, Tyara kembali dengan persalinan kedua yang lebih membuatkan dia berkeyakinan.Potongan boat neck dan lengan bishop.
Tengku Kriz mengeluarkan telefon pintarnya dan mengambil gambar Tyara dalam persalinan kedua itu.
Tengku Kriz mendekati Tyara dan berjalan mengelilingi Tyara.
"Okay I take this, Alia proceed"kata Tengku Kriz pada Alia Bastamam.
Tyara hanya mengikut saja kehendak Tengku Kriz.
*******
Tengku Kriz menyerahkan dress yang dia cuba tadi.Dia mengambil dress itu.Tengku Kriz terus berjalan menuju ke keretanya tanpa berbicara apa-apa lagi.
Tyara menghalang laluan Tengku Kriz mahu masuk ke dalam kereta.Tengku Kriz mengundurkan diri sedikit.
"Kenapa?"soal Tengku Kriz sambil memeluk tubuh.
"Erm...saya...saya...."Tyara tergagap-gagap mahu berbicara.
"Kalau tak ada apa-apa nak cakap jangan buang masa saya"ucap Tengku Kriz sambil menolak lembut badan Tyara.
Tengku Kriz menghidupkan enjin kereta dan terus meninggalkan Tyara yang masih tidak berganjak.Haziq menunggu Tyara dibelakang.
"Tyara jom saya hantar awak balik?"soal Haziq pada Tyara.
********
"Encik Haziq boleh saya tak soalan tak?"soal Tyara pada Haziq.
"Tanya jelah bukan saya minta bayaran pun"ucap Haziq.
"Kenapa Tengku Kriz layan saya kadang elok kadang macam nak tak nak aje.Dia ada masalah ke?"soal Tyara.
Haziq mengeluh kecil.
"Tengku memang macam tu kadang saya yang dah kerja lama pun tak predict sikap dia"kata Haziq.
Tyara memandang ke arah luar tingkap.Cuba membuang perasaan itu jauh.Perasaan ingin tahu.
*******
Acara makan malam anjuran Kiddarl Technology telah berlangsung.Tyara agak gementar sedikit.Bukan apa ini pertama kalinya dia terlibat dengan acara besar.
Dengan dress yang dipakainya dan solekan yang disolek khas oleh Hana ini.Dia hanya mampu berdoa semoga semuanya berjalan lancar.
Dia mencari kelibat Tengku Kriz didalam keramaian itu.Dengan bertumit tinggi membuatkan dia beberapa kali mahu terjatuh.
Dia terpandang sesuatu pada tengah ruang tetamu.Ya itu Tengku Kriz.Dengan mengenakan tuxedo berwarna putih menambahkan aura lelaki itu.
Dia mahu melangkah ke arah Tengku Kriz tapi langkahnya terhenti saat ada seorang wanita yang tidak dikenali mendekati Tengku Kriz dan memeluk tubuh lelaki itu erat seperti sudah lama kenal.
Siapa wanita itu? Kenapa dia rasa sedih? Dia cemburu ke?.
Sepasang mata memandang Tyara dan Tengku Kriz bergilir-gilir.Tyara menarik nafasnya supaya bertenang.Dia berjalan ke arah Tengku Kriz dengan penuh gaya.
Dan melabuhkan punggung di atas kerusi yang sudah disediakan untuknya.Tengku Kriz turut duduk disebelahnya sambil berbual dengan wanita itu.
Dia tidak ubah ibarat lalang disitu.Dia hanya banyak diam dari berbual.Dia memandang ke arah lain dan ternampak abangnya Talha tidak jauh dari mejanya.Dia hanya tersenyum melihat Talha.
Talha turut membalas senyuman Tyara.Dan apa yang membuatkan Tyara kaku apabila Tengku Murshid duduk disebelahnya dengan bunyi siulan.
Tyara cuba menarik nafas beberapa kali.Dia langsung tidak memandang sebelah.Tengku Kriz habis saja berbual.Dia memandang Tyara yang sedikit terganggu.Dia perasan ini bukan kali pertama Tyara berkelakuan begini.Tempoh hari dipejabatnya semasa uncle Murshid datang pun Tyara semacam aje.
Tengku Kriz melihat Tyara menggengam kedua tangannya.Dia buat-buat memandang tempat lain.Tangannya menarik tangan Tyara dan menggengam jari jemari Tyara.
Tyara memandang Tengku Kriz yang masih beriak biasa.Tyara memandang tangan Tengku Kriz mengenggam kemas jari jemarinya dibawah meja.
Share this novel