BAB 19

Drama Completed 71272

Tyara sampai ke rumah agam milik keluarga Tengku Kriz.Sesampai dirumah itu, dia melihat Haziq menunggunya didepan tangga.Dia cuba tenangkan diri dan berjalan menuju ke arah Haziq.

"Asalamualaikum..Encik Haziq.Kenapa Ni?"soal Tyara pada Haziq.

"Walaikumusalam... Tengku kena bantai malam tadi"ucap Haziq perlahan.

"Apa?? Ada orang pukul Tengku?.Teruk ke?"soal Tyara pada Haziq.Dia rasa bersalah sebab semalam Tengku hantar dia balik.Kalau Tengku tak hantar mungkin semua ni takkan jadi?.Semua sebab aku ke?.

"Alhamdulillah muka dia masih hensem lagi.Luka sikit-sikit je.Ada doktor peribadi Tengku akan pantau dia"ucap Haziq yang sempat bergurau.

Tyara menempuk lengan Haziq kuat.Dia risau boleh pulak dia buat lawak.

"Orang risau boleh buat lawak pulak.Ni Tengku dekat atas ke?.Boleh ke saya nak tengok dia?"ucap Tyara pada Haziq.

"Sebelum awak jumpa dia, saya nak serahkan Ni"ucap Haziq menghulurkan sesuatu padanya.Dia mengambil dan mengamati apa yang Haziq bagi.

"Apa Ni?"soal Tyara pada Haziq lagi.

"Itu saya jumpa dekat tempat semalam dan saya yakin milik kumpulan atau sesuatu organisasi.Logo tu mesti ada maksud dia"ujar Haziq.

Tyara memandang logo itu.Kenapa dia rasa macam pernah nampak logo Ni.Tapi dia tak berapa ingat?.Dimana dia nampak atau ada dejavu pasal logo yang dipegangnya.

"Tak report polis pasal hal ni?.Lagi satu Encik Haziq ada check blackboard kereta Tengku tak?"soal Tyara pada Haziq.

"Tengku Kriz tak pernah percayakan polis.Dia anggap polis buat kerja kerana duit saja.Tengku nak siasat sendiri.Pasal kamera tu nanti saya tengokkan.Awak naik atas dulu tengok Tengku "ucap Haziq meninggalkan Tyara disitu.

Tyara menyimpan logo itu ke dalam poket seluarnya.

Dia menapak anak tangga menuju ke bilik Tengku Kriz.Tangannya mahu mengetuk pintu tak jadi muncul Mak Engku dan Pak Engku yang mahu keluar dari bilik.

"Tyara dah sampai?"ucap Tengku Mahzura.Tengku Kriz yang terdengar nama Tyara disebut terus dia melelapkan matanya yang berat akibat kesan ubat.

"Mak Engku Pak Engku saya minta maaf sebab saya Tengku jadi macam ni.Kalau Tengku Kriz tak hantar saya balik semalam mungkin benda ni tak akan jadi"ucap Tyara.Ya dia rasa penyebabnya dia.

Tengku Mahzura memegang tangan Tyara.

"Jangan salahkan diri kamu.Benda nak jadi akan tetap jadi.Lagipun Kriz tak ada apa-apa.Jangan risau"ucap Tengku Mahzura.

"Betul cakap Mak Engku tu.Kita jangan salahkan takdir Allah.Kalau itu yang dia nak uji redha saja"ujar Tengku Muhammad.

"Dah kamu pergi tengok Kriz.Kami nak turun dulu"kata Mak Engku.Mereka turun ke ruang tamu bawah.

Pintu bilik dibuka. Ini merupakan kali pertama dia melihat bilik Tengku Kriz yang besar dan luas.Malah perabotnya tersusun rapi dan berkonsepkan moden.

Dia memandang ke arah katil yang menempatkan Tengku Kriz yang masih lagi tidak sedar mungkin kesan ubat masih ada lagi.Dia memandang kepala Tengku Kriz bertampal dan tangannya berbalut.

Wajah pucat itu masih lena.Dia rasa serba salah.

"Tengku.... Tengku..."panggil Tyara dengan perlahan.

Tapi Tengku Kriz masih tidak respon."Saya nak minta maaf pada Tengku.Saya rasa saya penyebab semua ni.Tak pasal-pasal Tengku dapat sakit"ucap Tyara sambil memandang wajah Tengku Kriz.

Dia memandang tangan Tengku Kriz yang berbalut disentuh."Mesti sakitkan?"ujar Tyara sambil menyeka air matanya yang tiba-tiba mengalir.

Tengku Kriz membuka perlahan matanya.Dia melihat Tyara menundukkan wajahnya.

"Arghhhh sakit..."ucap Tengku Kriz sambil memejamkan matanya.

Tyara mahu bangun panggil Mak Engku tapi tangannya ditarik dan dipegang oleh Tengku Kriz.

"Jangan...jangan tinggalkan saya"ucapnya sambil memejamkan matanya.

Tyara gelabah.

"Tak Tengku saya tak tinggalkan Tengku.Saya ada dengan Tengku"ucap Tyara memegang kemas jari Tengku Kriz.

********

Tengku Kriz tersedar dari lenanya.Dia memandang arah kanannya melihat Tyara tersengut-sengut terlelap sambil tangannya masih tidak lepas memegang tangannya.

Haziq masuk ke dalam melihat Tengku Kriz sudah bangun.

"Tengku!!"panggil Tengku Kriz memandang Haziq.

"Shhh...saya okay je.Awak boleh keluar tapi pintu biar buka"ucap Tengku Kriz pada Haziq.Haziq hanya menurut arahan.

Dia memandang Tyara yang lena sambil tersenyum nipis.Dia memegang rambut Tyara.Tyara rasa sesuatu dia membuka matanya dan memandang Tengku Kriz yang sudah sedar.

Tangannya menyentuh dahi Tengku Kriz.Risau kalau-kalau Tengku Kriz dapat demam.Tapi nasih baik tak demam.Tengku Kriz terkebil-kebil dengan kelakuan Tyara.

Tyara memandang tangan kirinya masih memegang tangan Tengku Kriz.Laju dia menarik tangannya.Risau apa pula kata Tengku Kriz nanti.

"Saya tuangkan air kejap untuk Tengku"ucap Tyara bangun menuju ke meja.Terdapat segelas air dan cawan.Tengku Kriz menyandarkan tubuhnya di kepala katil.

Tyara menghulurkan segelas air pada Tengku Kriz.

"Tengku minumlah rasa saya dah lama Tengku tidur.Minum air banyak sikit nanti tekak Tengku kering"ucap Tyara sambil menghulurkan segelas air.

"Saya tak nak minum"ucap Tengku Kriz memalingkan wajahnya.

"ahhh..mana boleh macam tu.Kalau Tengku minum saya akan ikut apa saja permintaan Tengku"ucap Tyara.Tengku Kriz memandang.

"Tengku kan dah besar bukan lagi budak tiga tahun nak kena pujuk baru boleh minum"ujar Tyara pada Tengku Kriz.

Tengku Kriz mengeluh dia mengambil gelas air ditangan Tyara dan meneguk air dalam gelas sampai habis.Tyara meletakkan sesuatu dalam mulut Tengku Kriz.Tapi Tengku Kriz rasa manis saja dalam mulutnya.
"Apa Ni?"soal Tengku Kriz.

"Gula-gula favourite saya.Gula-gula ni arwah ayah saya selalu umpan saya kalau nak makan ubat.Macam mana Tengku dah rasa okay?"ucap Tyara pada Tengku Kriz sambil mengangkat keningnya.

Tengku Kriz mengangguk perlahan."Saya rasa baru ni saya rasa dijaga oleh awak sebagai bodyguard saya"kata Tengku Kriz sambil memegang tangan Tyara.

Dia menarik tangannya perlahan.

"Memandangkan Tengku dah sedar, saya balik dululah"ucap Tyara bingkas bangun tapi tangannya ditarik lagi.

"Ehhh...kejap awak tak tunaikan permintaan saya lagi?"soal Tengku Kriz.Aduh!!!! tulah pandai sangat kan dah kena.Kau ingat kau ibu peri nak tunaikan permintaan orang macam sinetron bawang putih bawang merah.

"Saya cakap saja.Tak ambil serius pun"ucap Tyara.

"Tak saya nak juga awak tunaikan permintaan saya"ucap Tengku Kriz.

Tyara mahu bangun tapi dihalang dengan tangan Tengku Kriz.

"Sebenarnya awak risaukan saya, kan?.Saya dengar apa yang awak cakap tadi"ucap Tengku Kriz pada Tyara.

Tyara mengelak memandang mata Tengku.Dia menundukkan pandangannya."Tak..saya tak tahu..saya tak tahu apa yang Tengku cakap Ni"ujar Tyara.

Bunyi suara berdeham membuatkan Tyara dan Tengku Kriz memandang ke arah pintu.Muncul Tengku Mateen yang memeluk tubuh memandang ke arah mereka berdua.

Tyara cepat-cepat keluar dari bilik Tengku Kriz.Tengku Kriz memandang Tengku Mateen dimuka pintu.

*******

Tyara mencari Haziq yang sedang duduk ditaman mini Tengku Mahzura.

"Kenapa ni Tyara? Macam kena kejar dengan hantu je?"soal Haziq.

"Kena kejar dengan Dracula.Macamana dah jumpa?"soal Tyara.

Haziq menunjukkan iPad ditangannya pada Tyara.Tyara melihat rakaman kamera kereta Tengku Kriz.

Kereta yang berhenti dihadapan kereta Tengku Kriz itu Nissan X-Trail berwarna hitam."Stop!!! kejap"ucap Tyara.Dia mengeluarkan telefonnya menyalin nombor plat yang tertera pada kereta tersebut.

"Awak nampak ke nombor platnya?"soal Haziq.

"Nampak.Betullah cakap Encik Haziq.Mereka Ni macam organisasi.Tapi saya tak nampak jelas mukanya sebab dipakai topeng separuh muka.Encik Haziq rasa Tengku Mateen ke yang arahkan diaorang pukul Tengku Kriz?"ujar Tyara.
"Saya rasa tak rasa Tengku Mateen akan buat.Mereka berdua gaduh pun selalu gaduh mulut atau bertumbuk pun sesama diaorang aje.Awak nak siasat benda ni sorang ke?"soal Haziq.

"Takpe ni salah saya, jadi saya kena betulkan semuanya.Encik Haziq jangan bagitahu Tengku"ujar Tyara.

Haziq berbelah bahagi.Dia risaukan keselamatan kedua-kedua mereka ini.Tyara nekad mahu mencari siapa dalang disebalik semuanya.Siapa yang pengecut sangat buat kerja-kerja Ni?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience