BAB 1

Drama Completed 71272

Dia memandang cermin sambil membetulkan butang bajunya.Dia memakai kot berwarna biru gelap.

"Selamat pagi Tengku Kriz.Macamana dengan pagi Tengku okay?"soal pembantu peribadinya Haziq.

"Selamat pagi.Good as usual.Apa yang trending harini?"soal Tengku Kriz.Haziq mengambil iPad yang ada diatas meja.Lalu menekan sesuatu.

"Saham syarikat Tengku masih diatas.Tapi...."Haziq terhenti apabila melihat satu artikel asing padanya.

Tengku Kriz turut berhenti memakai tali leher.Dia memandang Haziq yang berkerut menghadap iPad lalu tangannya menyambar iPad ditangan Haziq.

Dia membaca petikan artikel itu.

"CEO KIDDARL TECHNOLOGY seorang Gay"

"Siapa yang keluarkan artikel Ni?"soal Tengku Kriz pada Haziq.

Haziq mengambil semula iPad ditangan Tengku Kriz.Dia melihat satu persatu.

"Kejora Publication Sdn Bhd bukan ke ni media untuk keluarga Tengku Mateen"ucap Haziq.

"Memang dialah tu.Baguslah dia cakap macam tu.Aku bukan apa aku rimas dengan perempuan yang tergedik-tergedik nak dekat dengan aku.Aku tahulah aku ni hensem dan smart"puji Tengku Kriz sendiri.

Haziq hanya mampu terdiam saja.

"Aku sure diaorang buat semua ni nak tengok aku jatuh.Supaya nama anak diaorang naik mencanak-canak"kata Tengku Kriz.

"Tengku Kriz lama lagi? Kalau lama saya nak turun dulu?"kata Haziq.

"Asal kau bosan dengar aku bebel pagi-pagi buta?"soal Tengku Kriz.

"Tak Tengku tadi Mak Engku minta saya tolong dia dekat bawah.Saya pergi dulu"kata Haziq mengundurkan diri menghilang dari biliknya.

"Kejap Haziq tu Personal Assistant aku asal pulak Bonda minta tolong dia.Ni lain tak bukan suruh intip aku buat apa ni?"soal Tengku Kriz mencapai telefon pintarnya sebelum turun ke bawah.

*********

"Baik Mak Engku saya akan perhatikan"jawab Haziq pada arahan Tengku Mahzura.

"Apa yang Bonda minta dekat Haziq Ni?"soal Tengku Kriz berjalan menuruni tangga menuju ke meja makan untuk bersarapan.

Dia menghirup kopi panas yang sudah dihidangkan kepadanya.

"Bonda minta Haziq ni perhatikan kamu.Kamu tak nampak artikel yang keluar pagi ni.Malu betul Bonda tau.Kriz bukan macam tu kan.Kriz masih straight kan?"soal Tengku Mahzura.

Tengku Kriz tersedak mendengar pertanyaan Tengku Mahzura kepadanya."Bonda can you stop talking about this.Kriz nak breakfast Ni."kata Tengku Kriz.

Haziq yang turut bersarapan pagi bersama-sama hanya mampu mendengar sahaja dua beranak ini berbual.

"Bonda bukan apa Kriz.Bonda risau anak Bonda yang hensem Ni tiba-tiba bengkok.Malu Bonda, muka dah mix Chinese tapi jangan mencampur aduk kan hubungan yang tak elok"kata Tengku Mahzura.

Selera Tengku Kriz mati terus.Dia meletakkan roti mentega kacang yang sudah separuh dimakan diatas pinggan.

"Dahlah Bonda Kriz pergi pejabat.Kau Haziq makan dulu.Aku tunggu dalam kereta"kata Tengku Kriz meninggalkan ruang makan setelah bersalaman dengan Tengku Mahzura.

Haziq mencepatkan suapannya.

*******

"Tyara....." Kedua-kedua kelopak mata terus terbuka.Airmata mengalir dipipinya tanpa dipinta.Dia duduk di kerusi

Cahaya menerangi ruang tamunya.Sunyi.Mungkin Hana sudah pergi kerja tanpa mengejutkannya tidur.Dia tertidur selepas balik berjogging.Seperti selalu Hana tidak akan mengejutkannya kerana Hana tahu tidur malamnya tidak pernah lena.

Empat tahun.Empat tahun yang penuh perit buat Tyara.Dan boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan bermimpi perkara yang sama dan kesedihan di wajah Puan Adliza sering menghantui hidupnya.

Aku mengeluh lagi.Mungkin Allah berikan mimpi itu supaya dia sentiasa mengingati apa yang pernah jadi pada dirinya.Ibarat itu satu hukuman buatnya.

Mungkin aku kena terus berdoa semoga suatu hari nanti akan lapang dada Puan Adliza memaafkan dia.Mungkin doa aku masih belum cukup lagi.Tapi aku tak pernah putus ada, aku yakin Allah sentiasa ada untuk aku disaat orang lain menghindar darinya.

Dia bingkas bangun dari sofa menaiki tangga menuju ke biliknya untuk mandi dan bersiap ke bank untuk menguruskan akaun peribadinya.

**********

"Tengku kita dah sampai bank?"soal Haziq pada Tengku Kriz yang khusyuk melihat iPad dari tadi.

Haziq menoleh badannya ke belakang.Nampaknya Tengku Kriz masih tidak perasaan.

iPad ditangan dirampas oleh Haziq.Tengku Kriz sedikit blur.

"Dah sampai Tengku Kriz"kata Haziq.Tengku Kriz membuka tali pinggang sebelum melangkah keluar.Dia berjalan dengan yakin ke dalam bank.

Membuka pintu utama bank untuk bertemu dengan pengurus bank diikuti dengan Haziq dibelakangnya.

Selesai sahaja urusan Tyara mahu melangkah keluar tapi langkah kakinya terhenti disaat seorang lelaki menghalang laluannya dengan tangan.

Tangan lelaki itu hampir mengena mukanya.Tyara memandang dari atas ke bawah.Sosialitik betul! Kau fikir kau siapa?"soal Tyara dalam hati.

Lelaki itu menjeling sedikit ke arahnya.

"Minta maaf Cik"sapa seorang lelaki dibelakang lelaki itu.Tyara rasa panas hati pulak pagi lagi ada orang cari pasal dengannya.
Dia mengikut langkah mereka mahu menghambur marah tak jadi apabila dia nampak seorang lelaki mencurigakan berjalan ke arah lelaki yang menjeling dia tadi.

Arghhhhhhh......

Lelaki itu mengangkat sesuatu menghala ke arah lelaki didepannya.Tengku Kriz yang tidak sedar terkejut dengan perbuatan lelaki itu yang mahu menikamnya.

Tyara menyepak tangan lelaki itu membuatkan pisau yang dipegang lelaki itu jatuh.

Lelaki itu geram mahu mencapai semula pisau itu.Tapi pantas diambil oleh Tyara, Tengku Kriz melihat gadis bertopi itu melawan lelaki yang mahu menyerangnya tadi.

Lelaki itu mahu menyerang Tyara.Dia memegang tangan Tyara tapi Tyara lebih pantas membalikkan badan lelaki itu.Pengawal keselamatan yang ada dipejabatnya dan seorang anggota polis menahan lelaki itu.

Tyara menyerahkan pisau tadi pada anggota polis bank itu.

"Cik tak apa-apa?"soal anggota polis itu.

"Tak ada apa-apa.Awak patut tanya yang belakang tu?"soal Tyara menunjukkan isyarat pada Tengku Kriz dan Haziq yang masih berdiri tercegat disitu.

Tyara mengambil begnya yang dilepaskan tadi semula.

Tengku Kriz berjalan ke arah gadis bertopi itu.

"Awak dengan dia kena upahkan?"soal Tengku Kriz tiba-tiba.

Muka Tyara berubah dengan kenyataan lelaki itu.Dari mukanya hensem otak jatuh rupanya mamat ni.

"At least ucap terima kasihlah orang dah tolong ini tuduh yang bukan-bukan pulak"kata Tyara membebel.

Haziq mendekatkan dirinya risau ada tuduh menuduh pulak nanti.

"Maaf Cik bos saya ni tak sihat harini"ucap Haziq kepada gadis itu.

Tengku Kriz memandang wajah Haziq.Dia cakap aku tak sihat.

"Lain kali kalau keluar bank perhatikan sekeliling orang zaman sekarang sanggup buat apa saja demi duit.Dan saya harap ni kali terakhir saya jumpa orang macam encik berdua.Kalah dengan perempuan.Lemah!!!"kata Tyara sebelum berlalu pergi.

Tengku Kriz panas hati melihat gadis itu.Dengan gaya pakaian jauh beza dengannya.

"Siapa dia nak sound aku macam tu? Dia ingat dia terror lah berlawan tadi.Aku terkejut je tadi tak sempat nak buka kuda-kuda aku"ujar Tengku Kriz.

"Sebab Tengku yang mulakan dulu"bisik Haziq perlahan.

Tengku Kriz menjeling tajam ke arah Haziq.Dia berjalan ke arah kereta dengan pantas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience