BAB 28

Drama Completed 71272

Majlis akad nikah diadakan di rumahku.Majlis diadakan secara sederhana, dihadiri oleh kamu keluargaku dan keluarga Tengku Kriz.Itu sudah cukup buat riuh rendah rumahnya yang sudah lama tidak semeriah ini.

Tyara yang berpakaian serba putih hari ini.Dia memilih baju kebaya labuh dengan perinci tradisional.Ada veil yang menutup kepala ku yang bertudung.Dengan solekan diwajahku bagi menampakkan seri wajahku.Inai dijari-jemariku dan ada ukiran corak yang menaikkan lagi seri pengantin.

"Hana macam ni ke rasa nak kahwin?"luahku.Semalam punya aku tidur tak sedar diri harini macam-macam perasaan ada.Rasa tak selesa semacam.Jangan ini semua hasutan syaitan Tyara!.

"Relakslah Tyara walaupun aku belum kahwin tapi aku tahu kau punya nervous tu.Banyak-banyak selawat.Think positive okay"kata Hana.Dia bersyukur sangat Hana sentiasa ada untuknya.

"Tengku Kriz dah sampai!"Suara Hana teruja.

"Dah sampai? Hana elok tak mekap aku?"soal Tyara yang gelabah.

"Perfecto darling.Don't worry kau dah semulajadi cantik"ucap Hana.

"Dah jom kita keluar.Kau kena ada dengan aku masa nikah"

Rasa berdebar itu masih ada.Dalam-dalam aku menarik nafas sebelum turun ke bawah.

*******

Sebaik sahaja aku menuruni tangga menuju ke ruang tamu.Orang pertama yang aku cari adalah sudah tentu Tengku Kriz yang aku cari.Dia berbaju melayu putih sedondon denganku, bersamping songket serta bersongkok hitam.Duduk dengan penuh yakin, di hadapannya Abang Talha akan menikahkan aku dan Tengku Kriz.Dia rasa harini Tengku Kriz nampak lagi segak.

Bila mata kami berlagak, dia senyum.Senyuman yang memberi semangat pada aku yang sedang berlawan dengan gementar.Dia risau kalau tak dapat kawal dia mungkin boleh kena panic attack.

Aku mengambil tempat di pelamin diiringi Umi dan Hana menemaniku.Semua menunggu majlis dimulakan.Dapatku dengar bisik-bisik yang memuji bakal suamiku.

Aku dengar suara Abang Talha menyerahkan aku kepada Tengku Kriz untuk memperisterikanku.Dengan itu aku dengar suara maskulin Tengku Kriz menerima lafaz.Saksi turut mengesahkan,kini status aku sudah bertukar.Aku dah jadi milik sah Tengku Kriz.

Rasa sebak menjenggah diriku, kalau arwah Abah ada mesti dia akan jadi insan paling gembira melihat satu-satunya anak daranya dah jadi isteri orang.Tanggungjawab dia sudah besar selepas ini.

Tengku Kriz menunaikan solat sunat dulu sebelum memulakan sesi pembatalan air sembahyang.Makin Tengku Kriz menghampiri dia makin gugup.

Tengku Kriz duduk disebelah ku.

"Asalamualaikum...my Tun Teja".

Dan wajahku automatik menunduk malu.Tak peduli dengan usikan Tengku Mateen, Abang Talha dan Haziq.Selalu aku fikir situasi ini kalau orang kahwin mesti malu.Sendiri kahwin dapatlah rasa tu.

Tengku Kriz mengambil cincin.Nasib tak jatuh rahangnya, bila melihat cincin platinum diamond yang ringkas sesuai dengan kehendaknya yang tidak sukakan perhiasan.Cantik!

Giliran ku menyarungkan cincin ke jarinya.Tangan ku sedikit mengigil untuk menyarungkan cincin ke itu.Tapi nasib baik selamat disarungkan.

Aku bersalaman dengan Tengku Kriz.Lepas tu bibir Tengku Kriz buat pertama kali mendarat didahiku.Bermacam-macam bunyi kamera terdengar.Mereka meneruskan dengan sesi bergambar bersama.

Terasa tangan Tengku Kriz memegang pinggangnya.Hampir membuatkan dia melompat.Nasib dah jadi suami kalau tak mahu dia terbalikkan Tengku Kriz dekat pelamin ni.

Tengku Kriz menoleh ke arah ku.Mukanya menunjukkan kerisauan.Aku tahu dia tahu yang aku gementar.Dia risau kalau aku boleh kena panic attack dekat depan orang.Tangannya mengusap lembut pinggang ku.

Dan setelah itu, aku mula relaks.Aku mengukir senyuman padanya untuk memberitahu yang aku okay.Aku memegang tangannya di pinggangku.

*******

Rasa janggal bila ditinggalkan berdua dengan Tengku Kriz di dalam bilikku.Masih sedang menerima kenyataan bahawa Tengku Kriz sudah sah jadi suami aku.Tapi dada aku berdetak laju semacam.

Aku duduk dihujung katil membelakanginya.Apa aku nak buat ni? pertama kali aku satu bilik dengan lelaki?.Malam ni malam pertama aku dengan dia.Jangan keluar miang dia.

"Tyara!!"Tengku Kriz duduk disebelahku dengan sangat rapat.

"Ya?" aku menjawab.

"Kenapa diam ni?" soalnya lembut.

Aku tak ada jawapan.

Matanya memandang ke seluruh tubuhku.Kemudian rambut yang aku lepas diselitkan pada belakang telinga ku.

"You're so beautiful"puji Tengku Kriz.Aku tak tahu tu pandangan apa? Semacam pandangan Tengku Kriz?.

Tengku Kriz mendekatkan wajahnya hampir ke arah ku.Tubuhku automatik mengeras.Aku tahu apa yang cuba Tengku Kriz lakukan.

Tapi aku tak nak mengelak.Terus kedua-dua mata ku tertutup.Dia dapat rasakan Tengku Kriz makin dekat.Sehinggalah terasa bibir Tengku Kriz singgah di dahi.Kedua-dua keningku turut dikucup.Aku membuka mata ku.

Dia memandang redup pada aku.Sejenak itu dia mencium lembut bibirku.Ada dalam 30 tiga puluh saat sebelum dia mengeluh kecil.

"Tidur Tyara saya tahu awak penat.Saya pun penat"ujar Tengku Kriz sebelum menolak lembut tubuhku.

Tengku Kriz membuka t-shirt hitam yang dipakainya.Dan pertama kali dia melihat tubuh Tengku Kriz yang tegap.

"Awak nak buat ni?"suaraku sedikit kuat sebaik sahaja tangannya memegang seluarnya.

Tengku Kriz pandang aku.

"Awak nak tahu tak saya tidur dekat rumah macamana?"

Tyara tak mampu berfikir sebab dia rasa macam kejutan budaya sangat.

"Macam ni saya tidur, Baru selesa nak tidur"jelasnya sebelum melucutkan seluarnya.Dan hanya berboxer.

Dia dah masuk dalam comforter denganku.Tubuhku sekali lagi menggeras.Berdebar jangan cakaplah.

Aku menjarakkan diri sedikit dari Tengku Kriz.Dia memandang Tengku Kriz yang memalingkan badan padanya.

"Awak pernah cerita dengan saya.Tidur malam awak tak pernah lena.Jadi awakkan dah ada bantal peluk awak ni.Awak tak nak peluk ke? Tak baik tau tidur jauh dengan suami"soal Tengku Kriz.

Adui.....ni aku lemah bila bagi ayat-ayat deep ni.

Aku gigit bibir.Lalu perlahan-lahan mendekati Tengku Kriz.Dia dapat dengar nafas Tengku Kriz dengan jelas.

Tangannya mengusap pada pipiku.Aku hanya memandang wajahnya.Dan tanpa dia sedar tanganku berada di dada bidang Tengku Kriz.

"Kenapa awak pilih saya jadi isteri awak? Dekat luar sana ada ramai yang lebih layak jadi isteri awak?"

"Nope diaorang cuma layak pada pada perkataan sahaja.Tapi Tyara takdir untuk saya jaga dan cinta sepenuh hati saya"

Airmata ku mengalir tanpa sedar.

"Why you're crying Madam Tyara.You must be happy and proud cause I choose you more than others woman out there"air mataku di lapnya perlahan.

Terharu aku mendengarnya, Betul kata Kriz aku patut rasa bertuah kerana dia memilih aku.

"Touch me"

Aku tercengang.Tengku Kriz mencapai tanganku.Dan dia meletakkan tanganku dipipinya.

"Feel me Tyara"katanya.

Tanganku mengusap wajah Tengku Kriz.Bermula dengan kening lebatnya,turun ke hidungnya yang mancung, dan bibir merahnya.

Kemudian turun pada lehernya, dan terakhir dada bidangnya.Di dapat rasakan Tengku Kriz gemuruh sepertinya juga.

"Saya tak tahu kenapa saya rasa selamat bila ada dengan awak.Awak sentiasa ada untuk tenangkan saya"

Tengku Kriz mendekatkan jarak kami.Tangannya mula melingkar di pinggangku, menarikku supaya dekat dengannya.

Aku terus pejam mata Tengku Kriz tunduk mula menciumku.Seluruh wajahku menjadi sasarannya.

Tengku Kriz terhenti saat melihat Tyara yang diam.Dia memandang wajah Tyara yang nampak penat itu.Dia memelukku dalam pelukannya.

Dapat dirasa pipiku terkena pada dada bidangnya.Mata ku sudah layu mahu terlelap.

"Enough for tonight, you're look tired My Tun Teja.Sleep".

Kepenatan harini buatkan dia terlena cepat dalam pelukan Tengku Kriz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience