BAB 13

Drama Completed 71272

Dari semalam Tyara hanya duduk di pejabat.Dia perasan sejak tempoh hari Tengku Kriz banyak menyuruh Haziq sahaja dengannya.Manakala dia banyak uruskan kerja Haziq di pejabat.

Dia pun jarang bertembung dengan Tengku Kriz sebab lelaki itu sentiasa sibuk.Dan kalau melihat jadualnya memang padat.

Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil mengeluh kecil.Perutnya terasa lapar sebab pagi tadi dia tak sarapan apa pun.Dia berjalan ke pantri.Dia memilih jenis kopi yang dia mahukan.Apa yang menarik minatnya adalah chocochino.Dia memasukkan ke dalam mesin dan menunggu minumannya siap.

Dia melihat jam di tangan sekarang pukul sebelas lebih.Rasanya dah dekat dua jam diaorang keluar tak balik lagi.

Bunyi mesin kopi mengejutkan Tyara.Dia mengambil minumannya dan menuju ke ruang rehat terbuka di atap.Dia melihat dulu takut ada orang lain.

Cawan kopi diletakkan di atas meja.Dia menarik kerusi dan duduk menikmati pandangan diatas atap.

Cuaca agak mendung harini, sama macam hatinya mendung.Dia melihat telefonnya tapi tiada sebarang mesej daripada Tengku Kriz.

Haziq dan Tengku Kriz baru sahaja selesai mesyuarat di Cyberjaya.Bertemu dengan klien yang berminat mahu bekerjasama dengan Kiddarl Technology.

Matanya terpandang meja Tyara yang kosong.Alice yang sedang menyusun kertas didekati.

"Tyara mana?"soal Tengku Kriz.

Alice memandang Tengku Kriz.

*******

Talha menyerahkan sampul berisi maklumat tentang Tyara kepada Tengku Mateen.Tengku Mateen tersenyum nipis.Dia membuka dan membaca isi sampul itu.Tapi mukanya tak puas hati dengan apa yang dia baca.

"Ini je yang kau jumpa?"soal Tengku Mateen kepada Talha.

"Maaf Tengku.Cik Tyara maklumat dia sangat rahsia.Itu je saya jumpa"tipu Talha.

"Lebih susah lagi aku suka"sebut Tengku Mateen sambil menyilangkan kakinya membaca maklumat tentang Tyara.

Talha mengepal penumbuknya menahan rasa panas hati.Dia berpaling dan keluar dari pejabat Tengku Mateen.

*******

Dia memejam mata menikmati angin yang menyapa mukanya.Dia tersedar sudah terlalu lama dia berada disini.Dia harus kembali semula ke mejanya mana tahu tiba-tiba Tengku Kriz mencarinya.

Tangannya mencapai mug tapi macamana mug itu terlepas dari tangannya.Jatuh berkecai dilantai mengejutkan Tyara.Dia menunduk mengutip serpihan kaca yang pecah dengan tangannya.

Tiba-tiba dia rasa sedih,dia menunduk menangis semahu-mahunya.Rasa sakit bila sendiri.Perasaan itu paling dia benci sangat ini.

Sepasang mata memerhati disebalik pintu pantri mendengar sahaja tangisan Tyara.Dia menunggu sahaja tidak mahu Tyara perasan.

Tyara kembali semula ke mejanya.

"Tyara lamanya awak dekat pantri.Tadi Tengku Kriz cari awak tau?"soal Alice.

Tyara mengerutkan dahinya terlebih dahulu.Kenapa pula Tengku Kriz cari dia?.

"Tengku ada cakap apa-apa tak?"soal Tyara pada Alice.

"Tak ada pulak.Tapi dia ada dekat dalam pejabat.Awak okay tak Ni Tyara?"soal Alice.

Tyara menangguk perlahan.

********

Talha menunggu Tyara diluar bangunan Kiddarl Technology.Dia melihat jam di tangan menunjukkan waktu Tyara balik kerja.

Tyara mahu berjumpa dengan Tengku Kriz tapi dia berhenti didepan pejabat tanpa bersuara.

Dia mahu mengetuk untuk masuk tapi dia batalkan niatnya.Dia anggap Tengku Kriz tidak mahu berjumpanya.

Dia berpaling dan menuju ke lif keluar dari situ.

Haziq yang ternampak Tyara depan pejabat Tengku Kriz hanya memandang.Sejak akhir Ni Tengku Kriz banyak menyuruhnya mengikut kemana saja urusan Tengku Kriz.

Malah dekat pejabat Tengku Kriz jarang berjumpa dengan Tyara.Seperti mengelak untuk berjumpa dengannya.

Talha nampak Tyara keluar dia berlari ke arah adiknya.

Tyara terkejut dengan kemunculan abangnya di sini.Dia menarik lengan Talha ke tepi.

"Apa abang buat dekat sini?"soal Tyara.

"Abang nak jumpa dengan adik.Dah lama kita tak jumpa, abang tahu adik ada datang rumah Mak"ucap Talha.

Tyara menarik nafas panjangnya.

"Kita tak boleh jumpa dekat sini.Abang pun tahukan sebabnya?" soal Tyara.

Tengku Kriz keluar dari lobi menuju ke kereta dan matanya terpandang ke arah tepi.Dia melihat Talha berjumpa dengan Tyara.Haziq turut menjadi saksi.

"Tahu Abang tahu.Tapi tolong jawab telefon kalau Abang telefon adik"kata Talha mengeluarkan sekeping kad dan diberikan kepada Tyara.

Tyara berat hati mahu terima tapi ini saja cara untuk dia berbaik dengan keluarganya.Dia mahu mencapai kad itu tapi ada satu tangan yang lebih pantas merampas kad itu.

Haruman itu menandakan itu Tengku Kriz.Tyara mendongak memandang wajah Tengku Kriz yang sudah mula berubah.Lelaki itu menjeling tajam ke arahnya.

"Tak cukup dengan bos kena tumbuk.Kau pun nak kena penumbuk aku ke?"soal Tengku Kriz pada Talha dengan nada sedikit menggelar menahan marah.

"Tengku sebenarnya...."Tyara mahu menjelaskan tapi jelingan tajam Tengku Kriz sedikit membuatkan dia kelu.

"Aku tanya kau apa kau buat dekat sini?"soal Tengku Kriz mencengkam kolar baju Talha.

Haziq yang dari tadi hanya pandang mula risau.Tyara memegang lengan Tengku Kriz cuba menghalang Tengku Kriz memukul abangnya.Tapi Tengku Kriz menolak Tyara menyebabkan Tyara jatuh ke jalan.

Tengku Kriz terkejut dengan tindakannya dia melepaskan kolar baju Talha dan mendapatkan Tyara yang berada di jalan.Dia melihat siku Tyara melecet.

Talha membetulkan sutnya dan memandang Haziq sebelum berlalu pergi meninggalkan Kiddarl Technology.

Tyara rasa pedih pada lengannya."Tyara awak okay tak Ni?"soal Tengku Kriz yang risau.

Dia membangunkan Tyara dari jalan.Tyara membelek lengannya."Saya bawa pergi klinik"ucap Tengku Kriz pada Tyara.

"Tak perlu saya okay.Apalah sangat melecet ni.Dua tiga hari eloklah ni"ucap Tyara sedikit kesal dengan sikap Tengku Kriz.

"Tak boleh nanti kena jangkitan kuman, kita pergi klinik"ucap Tengku Kriz pada Tyara lagi.

"Saya nak balik.Saya penat"ujar Tyara mengambil begnya dijalan sebelum berlalu meninggalkan Tengku Kriz disitu.

Tengku Kriz melurut rambutnya.Dia marah pada dirinya sendiri sebab buat tindakan bodoh sampai orang lain sakit.

Haziq rasa dia perlu siasat tentang Tyara lebih kerana dia begitu sangsi dengan cara Talha memandang Tyara tadi.

*********

"Hai Cik Tyara kita dah balik?"soal Hana membuka pintu rumah.Dia memandang wajah monyok kawannya itu.

Matanya terpandang siku Tyara yang melecet dan berdarah.

"Kenapa dengan siku kau?"soal Hana pada Tyara.

"Aku jatuh dekat tempat kerja"ucap Tyara.

Hana rasa pelik dengan sikap Tyara.Selalu dia balik kerja tak macam ni.

"Kau tunggu sini.Aku pergi ambil first aid kejap"kata Hana mencari first aid didalam almari.

Dia mencuci lengan Tyara.Lalu membalut lengannya dengan pembalut luka.

"Hana kau nak tahu rahsia tak?"soal Tyara pada Hana.

Hana hanya menanti.

"Pembantu peribadi Tengku Mateen iaitu Talha Adzrin sebenarnya Abang kandung aku"ucap Tyara.

Hana menutup mulut dengan telapak tangan.Maknanya sekarang Tyara dekat pihak Tengku Kriz dan Talha dekat pihak Tengku Mateen.

"Kecil dunia ni.Sejauh mana kau pergi dan cuba elak.Rupanya dekat dengan kau.Habis. Tengku Kriz tahu ke kau dengan dia adik-beradik?" soal Hana.

Dia memandang Hana.

"Tak dan aku tak nak dia tahu.Sebab kalau dia tahu mungkin dia akan ingat aku tipu dia atau berpakat dengan Tengku Mateen"ucap Tyara.

"Betul juga dahlah hubungan diaorang tak berapa baik"ucap Hana.

Tyara hanya mampu mengeluh kecil.Dia tidak boleh salahkan takdir juga kalau itu memang dah tertulis untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience