BAB 25

Drama Completed 71272

Tengku Eliza mengetuk pintu bilik anaknya.Dia mengetuk berkali-kali tapi tiada respon.

"Mateen... Mateen buka pintu ni?. Mummy nak cakap sikit ni?"panggil Tengku Eliza.Dia mengambil kunci yang berada diatas meja didepan bilik Tengku Mateen.

Pintu dibuka tapi ruangan bilik itu kosong.Keadaan katil yang tidak berusik.Dia menuju ke almari Tengku Mateen lalu membukanya.Alangkah terkejutnya melihat tiada baju-baju Tengku Mateen didalamnya.

Dia berlari keluar daripada bilik.Dia mencari Talha tapi tiada juga.

"Mak nang sini cepat!!!" jerit Tengku Eliza.

Mak nang berlari ke arah Tengku Eliza.

"Kenapa Tengku? Tengku nak apa-apa ke?"soal Mak Nang.

"Kamu nampak Mateen tak? Baju-baju dia semua tak ada dalam almari.Talha mana?"soal Tengku Eliza.

"Saya tak tahu Tengku.Saya buat kerja dibelakang"ucap Mak nang.

"Ish..Dah pergi sana"marah Tengku Eliza cuba menghubungi nombor Tengku Mateen tapi tak jawab.

*******

Suasana didalam kereta sedikit canggung.Tengku Kriz tidak bersuara begitu juga dengan Tyara.Pandangan lelaki itu hanya tertumpu pada jalan sahaja.

Semasa dirumah tadi, Tengku Kriz elok sahaja berborak dengan Umi dan Talha.

"Kenapa awak nak teman saya buat rawatan?"soal Tyara memecah kesunyian.

"Awak tanggungjawab saya.Apa yang jadi pada awak sebab saya jadi saya kena pastikan awak sihat macam dulu.Lagipun saya kena pastikan juga kalau jadi pekerja saya kesihatan nombor satu"ucap Tengku Kriz tanpa memandang.

"Saya minta maaf kalau saya susahkan Tengku.Lagipun saya boleh pergi sendiri.Tengku tak perlu nak hantar saya"ucap Tyara sedikit bergetar.

Tengku Kriz memandang tajam padanya.Dia mengalihkan pandangan ke luar.Dia memejamkan matanya sejenak sementara nak sampai hospital.Dia malas nak lawan mulut dengan Tengku Kriz.Buat penat saja.

Tengku Kriz tahu Tyara sedikit terkesan dengan perangainya.Dia tahu gadis itu sedikit kecewa dengan kelakuannya.

Tengku Kriz memakirkan keretanya.Tyara membuka tali pinggang keledar dan terus melangkah keluar dari kereta tidak menunggu Tengku Kriz.

Tengku Kriz mematikan enjin kereta dan keluar mengejar langkah kaki Tyara.Tyara berjalan dengan cepat menuju ke pintu masuk hospital.

Dia menunjukkan kad rawatan kepada petugas kaunter.Dia tahu Tengku Kriz memerhatinya dari tadi disebalik cermin mata hitam itu.

"Awak tunggu dekat sini? Nanti saya panggil Cik"ucap petugas kaunter.Tyara berpusing mahu duduk tapi hampir melanggar badan Tengku Kriz.

Dia mengelak dan melabuhkan punggung di kerusi.Tengku Kriz duduk disebelahnya sambil bersilang kaki.

"Lama ke rawatan awak?"soal Tengku Kriz pada Tyara.

"Kalau Tengku rasa tak boleh tunggu Tengku boleh balik?"ucap Tyara dengan nada marah.Dia memandang ke arah TV yang sedang menyiarkan bual bicara pagi.Malas dia nak layan angin kus-kus Tengku Kriz.

Namanya dipanggil oleh jururawat.Dia bangun diikuti dengan Tengku Kriz.

"Tengku tak payah ikut saya.Saya boleh pergi sendiri.And don't worry saya akan pastikan saya sihat"perli Tyara meninggalkan Tengku Kriz dalam keadaan marah.

Tengku Kriz kembali duduk di kerusi.Dia sengaja nak buat Tyara marah padanya.Dia mengeluarkan telefon untuk mengisi masa sementara menunggu Tyara habis rawatan.

"Alhamdulilah Cik Tyara.Saya boleh katakan Cik Tyara hampir pulih sepenuhnya.Lepas ni saya akan tukar ubat Cik Tyara"ucap Doktor Devan.

Tyara tersenyum manis.Alhamdulilah dia tak sabar rasanya nak mula bekerja setelah sekian lama dia berehat.

********

Tengku melihat jam tangannya.Rasanya sudah lama Tyara buat rawatan.Dia berdiri menuju ke kaunter pertanyaan.

"Ya Encik ada apa-apa saya boleh bantu?"soal petugas kaunter.

"Saya nak tanya Cik Tyara lama ke buat rawatan?"soal Tengku Kriz.

"Cik Tyara dah siap buat rawatan.Rasanya dah lima minit dia keluar"ucap jururawat itu.Tengku Kriz terus berlari keluar.Dia mencari Tyara diruang luar hospital.

Tyara berjalan ke arah perhentian bas.Dia duduk menunggu pesanan grab yang disudah tempah.

Langit sudah berbunyi, kalau lambat sikit mesti dia bakal basah nanti.

Tengku Kriz mencari Tyara disekeliling hospital.Matanya ternampak Tyara duduk diperhentian bas.Dia menghentikan keretanya dan keluar dari kereta.

"Tyara!!!!"panggil Tengku Kriz.Tyara memandang ke arah lain.Tengku Kriz berdiri di depan Tyara.

"Kenapa awak tinggalkan saya dekat situ?"soal Tengku Kriz.

"Saya ingat Tengku dah balik.Sebab saya nak balik sendiri"ucap Tyara.

"Jangan nak mengadalah, pergi dengan saya balik dengan saya"ucap Tengku Kriz.

"Saya tak nak!!! full stop "ucap Tyara.Tengku Kriz bercekak pinggang.

"Okay fine saya minta maaf pada awak"ucap Tengku Kriz memandang wajah Tyara yang masih tidak mahu memandangnya.

Tyara melihat ada sebuah kereta berhenti didepan perhentian bas tempat dia menunggu.Dia bingkas bangun tapi ditarik oleh Tengku Kriz.

"Awak nak pergi mana?"soal Tengku Kriz.

Tyara menarik lengannya semula."Saya nak balik ke rumah saya Tengku.Sebab saya perlu buat persiapan untuk kerja dengan Tengku.Nanti Tengku cakap saya ni lemah pulak"ucap Tyara berlalu pergi.

Dia membuka pintu kereta tapi dihalang Tengku Kriz.

"Apa yang Tengku nak dari saya lagi?"jerit Tyara dengan mata mencerlung memandang tepat wajah Tengku Kriz yang masih tenang.

Hujan mula turun dari langit.Dia menolak tubuh Tengku Kriz lalu masuk ke dalam kereta.

"Jalan Encik"ucap Tyara.

Tengku Kriz berdiri di tengah hujan.Dia membiarkan Tyara pergi.Dia menyalahkan dirinya.

Tyara mengesat air mata dengan kasar.Dia tak mahu menangis sebab dia lagi.Tapi airmatanya tetap terus mengalir.Dia benci perasaan yang wujud dalam dirinya sekarang.

*******

Tengku Kriz balik ke rumah dalam keadaan basah kuyup.Haziq yang berdiri didepan tidak berani mahu bertanya.Dia mahu bertanya tentang Tengku Mateen?. Sekarang ni Tengku Mateen menghilangkan diri tidak tahu kemana.

Tengku Kriz menutup pintu biliknya.Dia terduduk dilantai biliknya.Dia menghentak kepalanya pada pintu berkali-kali.Dia kecewa dengan diri sendiri.Dia sakitkan hati Tyara lagi.

"Awak nak apa dengan saya lagi"

"Saya nak awak Tyara.Saya perlukan awak Tyara.Saya salah Tyara....saya salah Tyara.Saya yang salah"jerit Tengku Kriz membaling pasu yang berdekatan dengannya ke dinding bilik.

Haziq menunggu didepan bilik Tengku Kriz.Dia risau apa-apa akan jadi pada Tengku Kriz.

*******

Puan Adliza risau melihat Tyara yang tidak keluar daripada bilik selepas balik dari hospital.

Dia hanya memberi ruang kepada Tyara untuk bersendiri.Dia tahu mesti ada perkara yang Tyara tidak mahu kongsikan padanya.

"Adik mana?"soal Talha yang tidak nampak Tyara dari dia keluar tadi.

"Jangan kacau dia.Dia penat tu.Jom teman Umi tengok tv lagi bagus"kata Puan Adliza pada Talha.

**********

Tengku Kriz termenung di kolam renang.Pandangannya kosong tanpa tujuan.

"Mana Kriz?"tanya Tengku Mahzura.Haziq menunjukkan jarinya ke arah kolam renang.Tengku Mahzura menggelengkan kepalanya.

"Dah tahu buat salah pergilah pujuk balik.Ini duduk mereput dekat sini buat apa.Lain kali cakap biar berlapik.Tak pasal-pasal Tyara merajuk dengan kamu.Kamu ingat perempuan ni akan nak berlembut saja.Kalau Bonda pun, Bonda marah"ucap Tengku Mahzura.

"Bonda ni bukan nak membantu lagi menyakitkan hati Kriz lagi ada.Kriz nak buat apa lagi?.Bonda pun tahu kan Kriz ni bukannya pandai sangat nak memujuk"ujarnya memandang Tengku Mahzura.

"Pergilah jumpa dia.Lagipun esok dah nak mula kerja.Nanti rezeki tak masuk kalau bermasam muka pagi-pagi"ucap Tengku Mahzura.

"Betul tu Tengku lagipun saya tak sukalah Tengku dengan Tyara bergaduh macam ni"ucap Haziq mencelah perbuatan Tengku Mahzura.

"Habis kau ingat aku seronok sekarang.Kau nampak aku tengah berzumba ke?"soal Tengku Kriz.

"Bonda lupa nak cakap.Mateen lari dari rumah aunty Eliza kamu bagitahu"kata Tengku Mahzura.

"Lari????.Alahai Mateen ni pun satu"ujar Tengku Kriz yang pening dengan masalah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience