BAB 27

Drama Completed 71272

Pintu rumah ditutup rapat dia berjalan mahu naik ke bilik terdengar perbualan ditepi rumah.Dari suara dia boleh cam itu suara Tengku Eliza.Mesti datang cuba mencari Tengku Mateen lagi.

Dia mendekatkan diri pada langsir.

"Tolonglah saya suruh Kriz pujuk Mateen balik.Saya takut kalau dia tinggalkan saya terus Kak Zura"Ucap Tengku Eliza.

"Mateen takkan buat macam tu.Kita bagi dia tenangkan fikiran dulu.Mungkin dia perlukan masa.Lagipun Liza terlalu mengongkong dia"ujar Tengku Mahzura.

Tengku Eliza teringatkan gadis yang selalu Tengku Mateen jumpa.

"Kak Zura tahu mana Tyara?.Mateen jadi kurang ajar macam ni sebab Tyara Tau?"ujar Tengku Eliza menuduh Tyara punca anaknya lari rumah.

Tengku Kriz keluar bila nama Tyara disebut-sebut.

"Apa salah Tyara pulak?"soal Tengku Kriz yang berdiri dibelakang.

"Ialah dia punca semuanya Mateen lari"ujar Tengku Eliza lagi.

"Tak payah nak salahkan orang lain,kalau Aunty sendiri yang salah.Tyara tak ada kena mengena dalam hal ni"ucap Tengku Kriz dengan nada serius.

"Betul tu Liza.Tyara tak ada kena mengena dengan Mateen lari"ucap Tengku Mahzura menyokong kata-kata Tengku Kriz.

"Yang nak sokong sangat budak tu kenapa?"ucap Tengku Eliza.

"Kalau Aunty mengata saya, saya tak kisah tapi kalau sebut nama Tyara.Saya kisah sebab Tyara tu bakal isteri saya.Kalau Aunty burukkan dia bermakna aunty memburukkan saya"kata Tengku Kriz terus masuk ke dalam rumah.

Tengku Mahzura sudah tersenyum manis dengan pengakuan Tengku Kriz.Dia menjeling Tengku Eliza yang terdiam kena marah dengan Tengku Kriz.

*********

Tyara memandang tangannya.Dia tersenyum nipis.Terasa hangat setiap pegangan tangan Tengku Kriz padanya.Dia tidak tahu kenapa dia rasa begitu selamat bila dengan lelaki itu.

"Amboi....kawan kita ni tersenyum-senyum macam ada berita gembira je"ucap Hana yang datang membawa air untuk Tyara.

"Tak ada apa-apa.Cuma Tengku Kriz dah declare perasaan dia dekat aku"cerita Tyara.

Hana hampir tersedak air.Dia mengelap mulutnya.

"Serious...ni alhamdulilah akhirnya kawan aku yang keras macam tunggul ni dapat dipatahkan oleh Tengku Kriz.Cayalah hebat Tengku Kriz ya"ucap Hana.

Pipi Tyara sudah merah rasanya dengan usikan Hana.

"Tapi betullah Tengku Kriz tu kalau bab kau memang dia ambil serius.Aku perhati aje selama ni.Lagi-lagi masa pertama kali dia hantar kau balik masa kau sakit.Gelabah habis muka dia"cerita Hana dengan gayanya.

"Aku bersyukur sangat ada lelaki yang sudi terima aku.Kekurangan aku, kadang aku pelik ialah dia ada segala-galanya.Tapi dia still nak kejar aku yang biasa ni"ujar Tyara.

"Mungkin bagi kau biasa tapi bagi dia kau ni luar biasa.Lelaki ni pemikiran dia tak sama.Kadang kita fikir macam ni, tapi fikir lebih baik dari kita"ucap Hana.

Tyara mengangguk kepala.

"Tengku Mateen macamana ya?. Aku dengar dia lari rumah betul ke?"soal Hana.

"Dia ada dekat Port Dickson.Dia nak rehatkan diri buat sementara waktu.Kesian jugalah dekat dia sebab dapat ibu yang kuat mengongkong anak walaupun dah besar"ucap Tyara.

"Ialah tak semua orang takdir hidup dia akan sentiasa baik.Mesti akan ada ujian dalam hidup"ucap Hana.

*******

Harini Tengku Kriz membawa Tyara ke rumah keluarganya.Tapi dia tidak tahu tujuan dia kemari.Dia duduk ditepi kolam ikan yang besar.Ini kalau aku jual seekor mahu boleh bayar sewa rumah ni.

Tengku Muhammad melihat Tyara yang keseorangan ditepi kolam ikan.

"Tyara...Kriz mana?"soal Tengku Muhammad yang duduk dikerusi.

"Ahh Tengku Kriz dia masuk dalam kejap"ucap Tyara.

"Pak Engku tahu Tyara dan Kriz sekarang dalam fasa nak mengenal masing-masing.Terus terang Pak Engku tak kisah siapa pilihan hati Kriz.Dan Pak Engku pun dah lama tak tengok Kriz tu gembira macam tu" ujar Tengku Muhammad.

"Insyallah Pak Engku.Tyara akan belajar untuk jadi yang terbaik untuk Tengku Kriz"ucap Tyara.

"Ingat kalau ada apa masalah bagitahu Pak Engku.Kalau Kriz masalah pun bagitahu Pak Engku"ucap Tengku Muhammad.

"Terima kasih Pak Engku.Sebenarnya Tyara pun happy sangat sebab Haziq, Mak Engku dan Pak Engku layan Tyara baik sangat"ucap Tyara memandang Tengku Muhammad.Mungkin kalau arwah Ayah ada mesti dia akan seperti Tengku Muhammad.

"Sembang apa ni?. Interview ke?"soal Tengku Kriz yang berdiri dibelakang Tyara.

Tengku Muhammad hanya tergelak.

"Tak adalah ayahanda borak kosong dengan Tyara"ucap Tengku Muhammad.

"Okaylah Ayahanda kitaorang nak jumpa Bonda kejap sebelum keluar.Nanti lama pula Umi Tyara tunggu"ucap Tengku Kriz bersalam dengan Tengku Muhammad.

*******

Puan Adliza hanya diam tidak bersuara dari tadi.Tengku Kriz dan Tyara turut menunggu Puan Adliza bersuara.

Puan Adliza menghirup air yang dihidangkan oleh Tyara.Dia menenangkan hatinya.

Dia memandang Tengku Kriz dengan tenungan seperti mahu menelan.

"Kenapa kamu suka dekat Tyara?.Setahu Makcik Tyara jauh dari apa yang selalunya orang kaya seperti kamu mahu"ucap Puan Adliza.

"Saya ikhlas sukakan Tyara.Saya tak kisah pun tentang latar belakang dia, siapa dia sebelum ni.Bagi saya cukup Tyara dari apa yang saya nampak.Lagipun tak ramai gadis dekat luar sana macam Tyara.Saya ikhlas cintakan Tyara"ucap Tengku Kriz.

"Keluarga kamu boleh terima Tyara?"soal Puan Adliza.

Tengku Kriz memandang Tyara dan Puan Adliza.

"Alhamdulilah Keluarga saya boleh terima Tyara lagipun Bonda saya sukakan Tyara"ucap Tengku Kriz.

Puan Adliza menghembuskan nafasnya.Dia memandang Tyara yang duduk diam dari tadi.

"Tyara...kamu setuju dengan hasrat Tengku Kriz?.Umi akan setuju kalau kamu setuju"ucap Puan Adliza.

Tyara mengangguk perlahan.

"Tyara setuju untuk terima Tengku Kriz dalam hidup Tyara.Kalau Umi restu Tyara akan teruskan"ucap Tyara.

Lama mereka menunggu jawapan Puan Adliza.

"Ingat Kriz Umi serahkan Tyara pada Kriz untuk Kriz jaga dan beri kasih sayang pada dia.Kalau seandainya cinta kamu tak ada pada dia lagi.Serahkan dia dengan cara baik pada Umi"ucap Puan Adliza.

Tyara memandang Puan Adliza.

"Jadi Umi restu hubungan kami?"soal Tyara.Puan Adliza bangun dan meluru ke arah Tyara.Dia memeluk tubuh anaknya.

"Anak Umi dah besar"ucap Puan Adliza.Tyara membalas pelukan Puan Adliza.

Tengku Kriz mengesat airmatanya.Dia tersenyum.

********

Tyara menemankan Tengku Kriz ke keretanya.

"Tak sabar rasanya nak disatukan dengan awak"ucap Tengku Kriz yang mula menunjukkan riak muka gatal.

"Eleh orang tu tadi muka macam nak tahan kencing bila depan Umi.Ini dapat green light terus hilang muka nak terkencing tu ya"ujar Tyara.

Tengku Kriz menggaru belakang kepalanya yang tak gatal.Dia mendekati Tyara.Jarak mereka terlalu dekat.

"Cause I don't want to miss you my Tun Teja.I don't want anyone to stole you from me.Awak hanya untuk saya"bisik Tengku Kriz pada Tyara.

Tyara memeluk tubuh.

"Setahu saya Tengku Kriz tak pandai memujuk tapi sekarang saya rasa mulut Tengku Kriz dah terlalu manis.Agak-agak berapa tan lori gula dalam mulut Tengku ya?"soal Tyara.

Tengku Kriz merapatkan dirinya.

"Kalau awak nak tahu manisnya tunggulah kita kahwin"bisik Tengku Kriz.

Tyara membesarkan matanya.

"Kejap...kita ni dah declare bercinta dan bakal berkahwin tapi satu aje yang tak declare lagi?"soal Tengku Kriz sambil bercekak pinggang.

"Apa dia?.Awak nak saya bagitahu semua orang yang saya bakal berkahwin dengan awak.Macam tu?"soal Tyara.

"Nope...awak tak declare nak panggil saya apa?.Macam orang lain...panggil sayang ke, baby ke.Ni awak masih panggil saya Tengku Kriz"

"Perlu ke panggilan tu? Saya rasa macam tak perlu aje"ucap Tyara.

Tengku Kriz memalingkan badannya.Tyara suka melihat Tengku Kriz merajuk.

"Tengku... Tengku..."panggil Tyara tapi Tengku Kriz mengeraskan badannya.

"Sayang...sayang merajuk ke?"soal Tyara dengan panggilan manja.Tengku Kriz berpaling mahu memeluk Tyara tapi tak jadi bila Puan Adliza muncul diluar rumah.

Tyara tergelak dengan Tengku Kriz.

"Ingat dah balik"ucap Puan Adliza.

"Nak baliklah ni.Saya gerak dulu.Asalamualaikum Umi"ucap Tengku Kriz cepat-cepat masuk ke dalam kereta.

Tyara tergelak kecil dengan perangai Tengku Kriz yang masih takut dengan Puan Adliza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience