Completed
71272
Rasa lenguh kakinya memakai kasut tumit tinggi harini.Mana tanya dari tadi asyik bergerak ke sana sini.Atas arahan Tengku Kriz tadi, dia meminta Tyara memeriksa kawasan dalam dewan selamat atau tidak.
Sambil berjalan ke belakang dewan Tyara mengurut pinggangnya yang sakit.Dahlah ada event lepas tu dengan dirinya yang mula period harini.
Dia memeriksa kertas yang diberi oleh Haziq tadi.Katanya malam ni event penting untuk Tengku Kriz.
Dia rasa sakit pada perutnya dan berjalan dengan laju ke arah tandas berdekatan dengan ballroom.
Tengku Kriz berjalan masuk bagi melihat persiapan yang sedang disiapkan oleh krew dan staf.Sambil tu matanya memerhati sekeliling tiada kelibat Tyara dalam dewan Ni.Mana pulak pergi dia n"soalnya dalam hati.
"Haziq sini kejap"panggil Tengku Kriz.Haziq yang sedang memeriksa senarai jemputan berlari anak ke arah Tengku Kriz.
"Ya Tengku Kriz ada benda yang salah ke?"soal Haziq.
"Tak ada cuma Tyara mana? Bukan saya suruh check safety ke?"soal Tengku Kriz sambil mencekak pinggang.
Haziq memandang kawasan dewan.Betul kelibat Tyara tiada dalam dewan.Mana pulak dia pergi Ni? Tengku Kriz tak suka orang curi tulang.
"Tadi ada Tengku Kriz dekat sini"kata Haziq.
"Saya masuk tadi memang tak ada.Mana dia pergi?"soal Tengku Kriz dengan nada dingin.
Haziq mengeluarkan telefonnya cuba menghubungi nombor Tyara.
********
Tyara duduk di tandas sambil memicit perutnya.Kenapa dalam keadaan penting macam ni? Kau nak sengugut pulak?.Aku dah nampak bayang bantal aku?" kata Tyara sambil menahan sakit.
Telefon pintarnya berbunyi, dia mengeluarkan daripada kocek seluarnya.Tertera nama Haziq diskrin.
"Adui....ni mesti Tengku cari aku Ni"kata Tyara mengagahkan diri bangun dan keluar dari tandas.
Dia mencuci tangannya dan cuba bertenang.Sikit aje lagi kerja kau.Dia melangkah perlahan keluar dari tandas.
Wajah Tengku Kriz sudah mula berubah bila Tyara muncul didepannya.
"Awak pergi mana?"tegur Tengku Kriz.Tyara hanya mengangkat mukanya.
"Saya dari tandas Tengku"ucap Tyara perlahan.
"Awak jangan cuba nak curi tulang ya.Saya bagi arahan mudah saja"ucap Tengku Kriz pada Tyara.
Tyara hanya mendiamkan diri.Dia tahu dia salah.
"Pergi sambung buat kerja"
Haziq memandang Tyara yang sedikit pucat.Tengku Kriz begitu tegas dengan Tyara sebab dia memang pentingkan kualiti kerja yang bagus.
***********
Majlis untuk malam itu berlangsung akhirnya.Tyara sudah mula rasa pening.Lagi-lagi bunyi bergema dalam dewan itu membingitkan telinganya.
Haziq yang berada tidak jauh dari Tyara cuba mendekati.
"Tyara awak okay tak Ni?"soal Haziq pada Tyara.
Tyara angguk perlahan.
Dia memandang arah depan.Dan ternampak Tengku Kriz memandang wajahnya dengan pandangan yang tajam.
Kenapa dengan dia harini? Yang datang bulan aku, kenapa dia yang angin semacam.
"Haziq saya nak pergi tandas kejap"kata Tyara.
Haziq hanya mengangguk.
*******
Tyara memandang cermin didalam bilik air itu.Mukanya dah macam mayat hidup.Dia mengerling jam di tangan.Sekarang pukul sepuluh malam.Relaks Tyara kejap lagi event ni habis.Kau boleh balik relakskan badan kau.
Ada seorang perempuan masuk ke dalam bilik air.Tyara memandang wanita tinggi itu dengan sekilas pandangan.
Dia mahu melangkah keluar.Lehernya dijerut dengan tali dari belakang.Dia cuba menahan sakit pada lehernya.Dia menolak kuat badan wanita itu ke dinding menyebabkan jerutan terlerai.
Tyara memegang lehernya.Wanita itu menyerangnya sekali lagi.Dia mengelak kan diri.Wanita itu membuka langkah seperti orang mahu bergusti .Dia memegang tangan wanita itu dan menghentak mukanya dengan kepalanya sekali saja sebelum wanita itu pengsan.
Tyara terbatuk-batuk sedikit.Dia mendekati wanita itu dengan sekilas pandangan dia membuka kain yang ada pada wajah itu.
Lily!!.
"Kau memang cari pasal kan, aku dah lah tengah sengugut kau cari pasal.Kau tak puas hati kau jerutlah Tengku Kriz tu"katanya.
Dia terduduk di lantai kerana keletihan satu dan bertambah sakit sengugutnya.
"Tyara"jerit Alice yang kebetulan masuk ke dalam tandas.
Dia melihat ada seorang perempuan pengsan disebelah Tyara.Manakala Tyara terlihat pucat dan terdapat kesan jerutan dileher Tyara.
"Awak okay tak Ni?" Dia serang awak ke? Saya panggil Haziq kejap"soal Alice.Tyara tak sempat mahu menghalang Alice sudah tinggalkan dia.
Haziq memerhati pelancaran event malam ini.Tangannya disentuh seseorang dan terlihat Alice disebelahnya.
Alice membisikkan sesuatu pada Haziq.Tengku Kriz yang berada di atas pentas memandang Haziq yang berlari keluar dari dewan dengan diikuti Alice.Hatinya mula tak sedap.
Dia tersenyum memandang kamera yang sedang mengambil gambarnya.Hatinya masih tertanya-tanya kemana Haziq pergi? Tyara pun tiada dalam dewan.
********
Haziq bergegas masuk ke tandas.Terlihat Tyara terduduk di lantai dengan wajah pucat lesi.
Dia memandang wajah Tyara.Terdapat kesan jerutan dileher putih Tyara.Dia memandang Lily yang terbaring dengan memegang tali.Mungkin tali itu digunakan untuk menjerut leher Tyara.
"Alice called security now!!" arah Haziq.Tyara tidak mampu bercakap kerana dia rasa sakit sangat.
"Tyara awak okay tak Ni?"soal Haziq mula risau bila Tyara tidak bercakap.
Haziq mula cemas melihat Tyara memejam mata menahan sakit.
"Sakit dekat leher ke?"soal Haziq lagi.
Takkan aku nak cakap aku sengugut pulak malulah aku.
"Saya period pain sekarang.Saya dah larat nak bangun sakit sangat"ujar Tyara akhirnya sambil memegang perutnya.
Tengku Kriz yang sudah selesai tugasnya terus mencari bayang Haziq dan Tyara.Dia ternampak sekuriti membawa seseorang keluar dari bilik air berdekatan dengannya.Lalu dia mempercepatkan langkahnya.
Dia melihat Tyara yang terduduk di lantai.Dia menolak bahu Haziq.
"Kenapa ni?"soal Tengku Kriz yang muncul di belakang Haziq.
"Tyara kena serang dengan Lily.Leher dia kena jerut"kata Haziq.
Tengku Kriz terus menunduk dan mendekati Tyara.Dia membelek leher Tyara yang sedikit kemerahan.
"Pastu kenapa dia duduk dekat lantai?"soal Tengku Kriz.
Haziq pulak segan mahu bagitahu Tengku Kriz.
"Tyara period pain teruk.Dia tak mampu nak bangun sebab sengugut dia teruk"ujar Alice yang berada dibelakang Tengku Kriz.
Tengku Kriz memandang wajah Tyara yang pucat lesi itu.Ada linangan air mata yang mengalir mungkin terlalu menahan sakit.Dia membuka sut yang dipakainya dan diletakkan pada pinggang Tyara lalu dia mengendong Tyara.
Haziq dan Alice tercengang seketika melihat tindakan Tengku Kriz pada Tyara.
Mulanya Tyara mahu menolak tapi sebab dah sakit sangat dia hanya mampu berserah sahaja.
"Haziq siapkan kereta"ucap Tengku Kriz.
Tengku Kriz mengendong Tyara menuju ke kereta.
"Saya minta maaf sebab susahkan Tengku"ucap Tyara sambil memandang wajah Tengku Kriz.
"Sekarang awak diam saja.Nanti bertambah sakit kalau awak banyak bercakap"kata Tengku Kriz.
*********
Hana menyelimutkan Tyara yang sudah lena.Mungkin rasa lega selepas makan ubat tadi.
Dia menutup pintu bilik Tyara.Lalu turun ke bawah dan memandang kedua-kedua pemuda yang berada diruang tamu rumahnya.
"Macamana dengan Tyara?"soal Tengku Kriz yang masih lagi cemas dengan situasi tadi.
"Alhamdulillah Okay.Lagipun dia makan ubat tadi.Jangan risau Tyara memang macam tu kalau datang period.Itu perkara biasa untuk seorang perempuan"jelas Hana.
"Alhamdulillah saya nak minta maaf sebab ada kejadian yang tak dapat dielakkan pada Tyara "ucap Tengku Kriz serba salah.
"Oh pasal jerutan dekat leher tu. Takpe saya rasa dia dah jalankan tugas dia dengan baik"kata Hana.
"Takpe bagi dia rehat dulu"ucap Haziq.
"Macam ni awak cakap dengan dia, kalau masih sakit lagi tak payah datang kerja dulu.Rehat je"kata Tengku Kriz.
Hana mengangguk perlahan.
"Kalau tak ada apa-apa kami minta diri dulu"ucap Haziq pada Hana kawan serumah Tyara.
Tengku Kriz turut bangun dari kerusi dan berjalan ke luar dari rumah Tyara.Dia mengeluh kecil.
Jantungnya bagai nak pecah melihat Tyara terduduk di lantai tadi.Bahaya ke kerja dia nak lindung aku Ni?.
Dia membuka pintu kereta sambil tu matanya memandang ke arah tingkap bilik Tyara yang gelap.Hana memandang pelik pada Tengku Kriz.
Dia masuk ke dalam kereta.Dia teringat kejadian tengahari tadi dia memarahi Tyara yang dia tuduh curi tulang.Dia mengeluh marah sambil meraup wajahnya.
Share this novel