17

Crime Completed 2240

Aira tersentak dari lenanya tatkala Roy mula mencium dahi dan pipinya. Aira mula membuka mulutnya sebelum Roy meletakkan telunjuknya di bibir Aira.

" Diam. Aku tak nak dengar apa - apa pun keluar dari mulut kau. Mulai hari ini kau tak dibenarkan untuk keluar dari ruangan aku tanpa keberadaan aku. " Kata Roy tegas.

" Aa awak tekan lengan saya. Sakit. " Adu Aira lemah.

" Oh , maaf. " Kata Roy sebelum duduk tegak di sisi Aira.

" Hmm , habis kalau saya nak ke tandas macam mana ? " Soal Aira dengan mata terpejam menahan sakit.

" Tunggu aku balik atau kencing dalam botol. " Kata Roy tenang.

" Apa yang awak mengarut ? Awak ingat saya sepengotor itu ke ? Apa salah saya sampaikan awak nak kurung saya begini ? Saya tak pernah cuba untuk lari. Saya cuba ikut semua arahan awak , walaupun sakit sangat. " Soal Aira kecewa sangat.

Roy cuba menyentuh jari - jemari Aira sebelum Aira bertindak menarik tangannya menjauhi Roy.

" Aku buat untuk keselamatan kau. Bukan untuk orang lain. Cuba dengar cakap aku sikit. Kau ini degil dan ego sangat. " Pujuk Roy.

" Untuk keselamatan ke untuk kongkong saya ? Pergi tandas pun kena tunggu awak. Awak nak saya buat apa dalam ruangan awak ini ? " Soal Aira tertekan dengan linangan air mata di pipi.

Roy terkedu sebelum memeluk erat tubuh lemah Aira. Aira meronta perlahan sebelum melepaskan tangisnya di bahu Roy.

" Sudahlah. Kau boleh ke tandas dengan syarat mereka bertiga jaga pintu masuk bilik. Jangan ada sesiapa masuk selama aku tak ada. " Bisik Roy sebelum melepaskan pelukannya.

" Tapi. " Kata Aira sebelum dicantas Roy.

" Tak ada tapi - tapinya. Turun dan makan dengan aku. " Arah Roy tegas sebelum turun ke lantai.

Aira bangkit menuju ke almari untuk keluar dari ruangan Roy sebelum tangkas di tahan Roy.

" Kau nak pergi mana ? Aku kata turun makan dengan aku. Kau memang tak faham bahasa ke? " Soal Roy geram.

" Sakit. " Jawab Aira dengan linangan air mata yang semakin lebat.

" Okey okey. " Kata Roy sambil mengangkat kedua tangannya tanda mengalah.

Tiba - tiba beberapa orang lelaki masuk diikuti seorang wanita yang memakai topeng muka.

" Sarah keluar sekarang. " Panggil salah seorang dari mereka.

Roy , Sarah , Auliya , Qaseh dan Aira keluar memeriksa siapa yang datang. Aira mengekor Roy sambil memegang belakang baju Roy.

" Kenapa ini ? " Soal Roy pelik.

" Sarah mana ? Roy kau ambil dia dari bilik Burn kan ? " Soal lelaki tadi.

Roy memandang Sarah sebelum memberi isyarat agar dia ke hadapan.

" Itu Sarah. Aku pinjam dari Burn. " Jawab Roy pelik.

Lelaki tadi menarik lengan Sarah sebelum melepaskannya mengejut menyebabkan dia tersungkur.

" Woo apa ini ? " Soal Roy pelik.

" Jadi ini perempuan yang menggatal dengan tunang aku ? " Soal perempuan tadi sinis sambil memusing di sekitar tubuh Sarah.

Tangan Sarah dipijak kasar dengan kasut tumit tingginya sebelum seorang lelaki lain membawa masuk pelbagai jenis peralatan. Sarah menyeringai kesakitan. Roy berpaling melihat riak Aira yang menyorok di belakangnya sebelum tersenyum nipis melihat ketakutan jelas di wajah Aira.

" Auliya , Qaseh tunggu sini. Manalah tahu nanti giliran kau berdua pula. Dan Aira kau ikut aku. " Kata Roy tegas sebelum menarik lengan Aira ke tandas.

Auliya dan Qaseh berpegang tangan antara satu sama lain ketakutan. Lelaki yang membantu wanita tadi memandang mereka sambil tersenyum sinis.

" Kenapa mesti perlakukan Sarah seperti itu ? " Soal Aira sebaik mereka masuk ke tandas.

" Perlu ke kau tahu ? Kau kalau tak dengar cakap aku , aku hantar sahaja pada mereka. Aku malas dah nak banyak cakap. Penat tahu. " Kata Roy tanpa perasaan.

Aira terdiam tergamam memandang Roy.

" Tak payah pandang aku macam itu. Kau tadi sibuk nak keluar nak pergi mana ? Mujur aku sempat halang. Kalau tak nasib kaulah. Aku malas ambil tahu. " Kata Roy sengaja mencari pasal.

" Saya nak buang air. " Jawab Aira muram.

" Buanglah cepat. " Provok Roy sengaja.

" Awak keluar boleh ? " Soal Aira takut.

" Alah setiap inci tubuh kau aku tahulah. Semua dalam poket aku. " Balas Roy tak nak mengalah.

Aira menunduk menahan perasaannya sebelum mengambil kain basahannya dan membelakangkan Roy. Bahagian tubuhnya yang terdedah ditutupi dengan kain basahan sebelum dia membuang air dalam tangisan.

Roy berpaling membelakangkan Aira sebelum membasuh mukanya. Langsung tidak dijangkanya Aira akan bertindak menurut permintaan gilanya. Roy kembali berpaling memandang Aira sebelum terkejut melihat Aira tercegat kaku di belakangnya.

" Ish , kau ini buang air punyalah busuk. Nak muntah aku. Dah basuh tangan bersih - bersih nak makan pula. " Kata Roy pura - pura marah menutup kegugupannya.

Aira hanya diam menurut arahan Roy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience