21

Crime Completed 2240

~ SEKARANG. ~

Haq segera menghantar pesanan ringkas kepada rakannya sebelum masuk ke ruangan Aira dan duduk di sofa memerhati ratapan Auliya dan Qaseh.

" Ehem. " Haq berdehem kuat untuk menyedarkan mereka bahawa dia wujud di situ.

" Awak. Tolonglah selamatkan Aira. Tolonglah saya merayu. " Rayu Auliya sambil melutut di kaki Haq.

" Ambil beg aku di luar. " Arah Haq serius.

Qaseh segera berlari mendapatkan beg Haq sebelum menyerahkannya. Haq membuka begnya sebelum mengeluarkan beberapa pucuk pistol dan jaket kalis peluru. Auliya mula berundur.

" Ambil seorang satu. Dan gunakan untuk pertahankan diri. Lindungi Aira. Aku pegawai yang menyamar. Jadi ikut arahan aku. " Kata Haq perlahan tapi tegas.

Auliya dan Qaseh lambat - lambat menurut arahan Haq sebelum kedengaran kekecohan di luar.

" Cepat. " Tengking Haq sebelum dia berlalu keluar dari bilik sambil membawa beberapa pucuk pistol dan pisau.

Qaseh segera berlari mengunci pintu sebelum berusaha menolak almari menahan pintu. Auliya yang terkedu melihat tingkah Qaseh segera membantunya.

" Cepat pakaikan Aira jaket tadi dan ambil sahaja apa - apa yang boleh dijadikan senjata. " Arah Qaseh sebelum berlari masuk ke ruangan mereka tercari - cari sesuatu.

Auliya tidak mahu masuk campur segera mengikuti arahan Qaseh. Tiba - tiba ' walkie talkie ' milik Haq berbunyi.

" Auliya Auliya sila jawab. " Seru Haq.

Auliya menggelabah kerana tidak tahu cara menggunakannya.

" Qaseh Qaseh tolong. " Panggil Auliya kelam - kabut mencari Qaseh.

" Ya ? " Sahut Qaseh tiba - tiba.

" Haq. " Kata Auliya sambil menyerahkan ' walkie talkie '.

" Oh. " Sahut Qaseh sebelum menekan butang untuk bercakap.

" Ya Haq. Kami dengar. " Kata Qaseh.

' Walkie talkie ' berdesir kuat sebelum bunyi tembakan bertubi - tubi kedengaran darinya.

" Haq. " Panggil Auliya cemas.

" Ya. Lindungi Aira jangan beri Roy ruang untuk menculiknya lagi. Hati - hati. Pihak polis sudah mengepung kawasan ini. Jangan leka. " Sahut Haq tegas.

Tiba - tiba pintu diketuk kasar. Berdentum - dentum bunyi pintu besi itu diketuk.

" Aira buka pintu ini cepat. " Pekik Roy kuat.

Auliya menggelabah ketakutan. Qaseh mengesat air matanya sebelum menolak lebih banyak almari ke arah pintu. Auliya yang melihat tingkah Qaseh segera membantu sebelum Qaseh melorot lemah pada pintu almari.

" Qaseh. " Panggil Auliya cemas melihat keadaan Qaseh.

Air mata Qaseh berlinangan laju.

" Aku tak mampu Liya untuk terus berjuang. Aku takut. Apa ini pengakhiran hidup kita ? " Soal Qaseh sayu.

" A aku tak tahu. Tapi Haq janji nak tolong kita. Mungkin kita ada peluang lagi walau tipis. " Kata Auliya dengan linangan air mata.

" Jangan bergerak. " Pekik satu suara sebelum bunyi tembakan bergema di hadapan pintu.

Auliya dan Qaseh memeluk tubuh satu sama lain sambil berharap semua akan berakhir.

" Sial kau. Aku bunuh kau. " Pekik Roy dalam kesakitan.

Pistol segera Roy acukan ke arah lelaki yang menembak kakinya tadi sebelum satu lagi tembakan kedengaran.

" Arghhh. " Pelik Roy menahan rasa sakit dek kerana pistolnya ditembak oleh penembak tadi.

" Siapa kau sial ? Kalau kau jantan bukalah topeng kau. " Provok Roy berang.

Lelaki tadi menanggalkan topengnya menyebabkan Roy terkedu.

" Haq sial kau pengkhianat. " Pekik Roy berang.

" Maaf tapi aku bukan Haq. Itu cuma identiti palsu aku. Sudahlah Roy , kau tak penat ke seksa perempuan - perempuan itu ? Aira dah nyawa - nyawa ikan dikerjakan kau. " Nasihat Haq tegas.

" Ah pergi matilah kau. Aku sayang dan cintakan Aira sepenuh hati aku. Sial. " Bentak Roy.

" Tuan. " Tegur seorang anggota polis.

" Tahan dia. Panggil pasukan ' medic '. " Arah Haq tegas.

" Auliya kau boleh bukan pintu sekarang. Semua dah selesai. " Arah Haq dari luar.

Auliya dan Qaseh segera bangkit menolak almari yang menghalang pintu. Berdentum - dengan bunyi almari terhempas.

Aira yang tersedar bertatih - tatih keluar dari ruangannya menuju ke arah rakannya. Sementara itu ,Roy meronta - ronta melepaskan diri.

" Aira. " Panggil Qaseh terkejut sebelum memapahnya untuk keluar.

Auliya segera membuka pintu sebelum terpandang Roy yang sudah siap digari. Dengan amarah yang membuak - buak , dia berlari ke arah Roy sebelum menendang kemaluannya.

Terduduk Roy dek tindakan luar jangkaannya. Haq terlongo melihat tingkah Auliya. Roy terguling menahan sakit.

" Dasar jantan tak guna. Kau dah rosakkan hidup kawan baik aku. Kau rogol dia kau hina dia kau dera mental fizikal dia. Kau memang nak kena dengan aku. " Pekik Auliya sambil menangis. Air matanya dikesat kasar.

" Aku buat sebab aku sayang dia. Aku cinta dia. " Marah Roy.

" Saya tak nampak bahagian mana yang dipanggil cinta. Dengan menyeksa saya itu yang kau kata cinta. Kau memang tak layak untuk mencintai kerana kau tak kenal cinta. " Kata Aira lemah di belakang Auliya.

" Tipu. Kau sengajakan cakap begitu sebab kau sebenarnya dah menggatal dengan jantan itukan ? Dasar perempuan sundal ! Aku dah jaga kau elok - elok ini yang kau balas. Perangai macam anjing ! " Marah Roy sebelum bangkit menuju ke arah Aira.

Pistol yang diberikan Haq dikeluarkan Auliya sebaik melihat Roy bangkit dan meluru ke arahnya. Auliya duduk mengcangkung dek rasa takut sebelum secara tak sengaja melepaskan tembakan tempat mengenai bahagian yang ditendangnya tadi.

Auliya segera mencampakkan pistol sebaik menyedari kekhilafannya. Roy menjerit kesakitan sebelum rebah pengsan.

Pasukan ' medic ' yang kebetulan sampai segera membawa Roy pergi. Auliya terkedu kaku melutut di hadapan semua.

" Ambik pistol dan bawa mereka keluar. Hantar Aira ke hospital untuk rawatan lanjut. " Arah Haq segera sebelum menggeledah kawasan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience