Roy berbaring keletihan di sisi tubuh Aira yang tidak sedarkan diri. Tangannya meraba wajah Aira memeriksa nafas Aira. Masih bernafas. Roy tersenyum puas sebelum leka memerhati tubuh kecil Aira bertemankan lampu koridor yang malap.
Kesan lebam yang masih lagi jelas terlihat semakin bertambah dek perbuatan buasnya. Roy bangkit mengambil minyak panas sebelum diusap lembut pada kesan lebam di tubuh Aira. Sebaik selesai , memakaikan semula pakaian Aira sebelum berbaring memeluknya.
Roy terus leka mencium aroma syampu Aira sebelum terlena di bahu Aira.
Selang beberapa minit , Aira tersedar semula. Deruan nafas Roy membuatkannya ketakutan. Air matanya gugur laju membasahi pipinya. Pelukan Roy cuba dilepaskan tetapi gagal.
Aira meronta perlahan menyebabkan Roy turut terjaga. Roy melepaskan pelukannya sebelum mengeliat.
" Kenapa ? " Soal Roy dengan suara serak.
Aira terdiam tanpa kata. Hanya air matanya mengalir deras.
" Bosan sangat ke sampai menangis ? " Soal Roy sebelum memeluk tubuh Aira erat.
" Awak kata kalau saya siap mengemas , saya tak perlu layan awak tapi. Tapi awak tipu. " Kata Aira tersedu - sedu.
" Dah - dah. Mulai sekarang tugas kau layan aku. Jangan membantah. Dan aku tak akan beri kau pilihan lagi. " Kata Roy sebelum telefonnya berbunyi.
" Hello. Hmm. Hmm. Okey. " Kata Roy sebelum menamatkan panggilan.
" Pergi tengok budak yang masuk semalam semua ada tak. " Arah Roy tiba - tiba.
Aira lambat - lambat bangun sebelum menurut arahan Roy. Setelah beberapa kali memeriksa , Aira kembali kepada Roy.
" Cukup. " Kata Aira yakin.
" Berapa orang ? " Soal Roy serius.
" 2 orang. " Jawab Aira pelik.
" Okey. Dua - dua dah sedar ? Pergi kejut mereka. " Arah Roy.
Aira hanya menurut arahan Roy sebelum kembali semula kepada Roy. Sebaik Aira masuk ke ruangan Roy , pintu dibuka dari luar. Roy segera bangkit menarik tubuh Aira dan menolaknya ke sofa. Roy memberi isyarat diam sebaik Aira memandangnya. Roy segera keluar.
" Ada berapa orang ? Cukup tak ? " Soal salah seorang dari lelaki yang masuk.
" Tiga. Cukup. " Jawab Roy yakin.
" Okey bawa mereka ke dewan. Ada perjumpaan tergempar sekarang. " Arah lelaki tadi.
" Seorang lagi aku bawa. Seorang cedera itu seorang lagi baru sampai. " Kata Roy.
" Okey cepat sikit. " Kata lelaki tadi.
Roy segera masuk ke ruangannya sebelum memakai baju dan mencari tali.
" Sini. " Arah Roy pada Aira sebelum dia terhegeh - hegeh mendekati Roy.
Rambut Aira segera diikat rapi oleh Roy sebelum dia menyuruh Aira memegang tali sebelum menariknya keluar dari bilik.
" Nak pergi mana ? " Soal Aira sebaik melihat Roy tergesa - gesa.
" Perjumpaan. " Jawab Roy sambil berjalan laju.
" Sabarlah. Awak pakai kasut bolehlah jalan cepat. Saya ini berkaki ayam sahaja. " Rungut Aira menahan sakit.
" Oh. " Sahut Roy sebelum memikul tubuh kecil Aira dan berlari menuju ke sebuah kawasan yang luas.
" Awak kenapa kita ke sini ? " Bisik Aira takut sebaik melihat berpuluh - puluh orang lelaki yang kelihatan ganas.
" Diam dan ikut arahan mereka. " Kata Roy perlahan sebelum meletakkan Aira di lantai.
Aira diam menurut arahan Roy.
" Pandang sini. " Pekik seorang lelaki asing di hadapan himpunan perempuan - perempuan yang diculik.
Aira diam memerhati sekelilingnya. Hanya dia dan beberapa orang perempuan yang teruk dipukul sementara yang lain dalam keadaan yang baik.
" Hoi , yang belakang itu. Kau pekak ke ? Roy kau bahasakan budak depan kau itu. " Tengking lelaki tadi.
Aira memandang Roy kosong.
" Dia rabun. Biasalah orang rabun memang pekak sikit. " Kata Roy sebelum menolak kasar kepala Aira menghadap ke lelaki tadi.
Aira hanya diam menurut perlakuan Roy.
" Dah tahu rabun , pekak. Duduklah depan. " Tengking lelaki tadi.
" Tak payahlah. Aku malas nak ke depan. Kalau dia ke depan aku pun kena ke depanlah. Malas aku. " Jawab Roy sebelum duduk di atas kotak kayu yang bersepah.
Kaki Roy sengaja diletakkan di atas bahu Aira sebelum melorot ke ribanya. Aira menahan perasaannya.
" Picit. " Arah Roy sengaja.
" Sesiapa yang ingkar , cuba lari atau buat apa - apa yang kami tak suka. Memang akan mendapat hadiah yang lumayan dari kami. " Pekik lelaki tadi sebelum menolak tubuh longlai seorang perempuan.
Terjelopok perempuan tadi dibuatnya. Aira terkejut sebelum cuba untuk bangun membantu. Roy yang lebih peka dan cekap terlebih dahulu memijak betis Aira menghalangnya bangun.
" Aaa. " Jerit Aira menahan sakit. Air matanya mengalir.
" Kau apa hal lagi ? " Soal lelaki tadi sambil mengacukan pistol.
" Woo woo. Aku yang pijak kaki dia. Sengaja suruh dia picit kuat sikit. Tak jangka pula terkuat sangat. " Jawab Roy melindungi Aira.
" Kau. " Kata lelaki tadi kehilangan kata sebelum menurunkan pistolnya.
" Kau jangan nak memandai. " Bisik Roy mengugut.
" Ya. " Jawab Aira sambil menyeka air matanya.
" Sesiapa yang cuba melawan. Inilah hasilnya. " Kata lelaki tadi sebelum menembak kepala perempuan tadi bertubi - tubi.
Darah merah memercik ke arah perempuan yang duduk di hadapan. Teriakan perempuan - perempuan yang ketakutan bergema. Beberapa orang perempuan memeluk satu sama lain sambil menangis. Pelbagai reaksi dilihat Aira yang kaku tanpa kata. Seluruh tubuhnya seakan tidak bernyawa lagi.
Roy sengaja menolak kepala Aira lembut sebaik melihat reaksi Aira yang diam kaku sedangkan dia seorang yang kuat menangis. Aira seakan tersedar dari mimpi ngerinya terus memeluk erat kaki Roy. Air matanya mengalir perlahan seakan terlalu penat mengalir.
" Ada sesiapa yang teringin menjadi orang yang seterusnya ke depan sekarang. " Kata lelaki tadi bongkak.
Tiada siapa yang berani bangkit ke hadapan. Beberapa orang lelaki membawa jasad perempuan yang telah ditembak mati sebentar tadi. Keadaan sedikit hiruk - pikuk dengan suara tangisan perempuan - perempuan.
Tiba - tiba lelaki asing yang tadinya hanya berdiri diam mendekati kumpulan perempuan sebelum menyeret perempuan yang mereka ingini ke tepi. Segala rayuan dan tangisan mereka tidak diperdulikan. Pakaian mereka dirobek sebelum mereka melakukan perbuatan terkutuk mereka.
Beberapa orang lelaki mendekati Aira sebelum dihalang oleh Roy. Roy menggelengkan kepalanya sebaik melihat mereka menghampirinya. Aira terus menangis sambil memeluk kaki Roy tanpa memperdulikan keadaan sekelilingnya.
" Roy , kau tak nak sertai ke ? Makan besar ini. Sampai bila Roy kau nak tengok sahaja ? " Tegur seorang lelaki dengan suara ghairah.
Aira menyumpah dalam hati.
" Aku dah ada satulah. Dan aku tak nak kongsi. Dia aku punya. " Jawab Roy sebelum mengusap lembut kepala Aira.
" Wau Roy wau. " Sorak lelaki tadi sebelum berlalu pergi mencari perempuan seterusnya.
Share this novel