Tubuh lemah perempuan tadi dibaringkan di tilam sebelum Roy mencari kerusi pendek di ruangan sebelah tandas. Sebuah kerusi plastik pendek ditarik keluar dan diletakkan di dalam tandas. Sehelai kain batik diambil sebelum tubuh perempuan tadi dibalut.
Pakaiannya ditanggalkan sebelum Roy mengangkatnya ke tandas. Perempuan tadi dimandikan bersih oleh Roy sebelum diberikan pakaian ganti. Roy kembali membaringkan perempuan tadi di tilam sebelum mengeluarkan tubuh longlai Aira dari almari dan dibaringkan di tilam.
Roy mencium dahi Aira sebelum keluar mengunci pintu dan membawa kunci bersamanya. Kebiasaannya dia hanya mengantung kunci di tepi pintu bilik. Langkahnya diatur laju menuju keluar.
Aira terjaga setelah mendengar suara batuk seseorang. Pergerakannya tersangatlah lemah dek kekurangan tenaga. Dia cuba berkalih tetapi gagal. Nafasnya lemah. Aira menutup matanya sebelum terlena.
Selang beberapa puluh minit , Roy kembali dengan pelbagai barangan. Beberapa orang lelaki turut masuk bersama pelbagai barangan terpakai.
" Letak sahaja di lantai. " Kata Roy sebelum dia menyeret meja ke sebelah tandas.
Sebaik selesai meletakkan pelbagai barangan , lelaki - lelaki tadi keluar mengunci pintu. Roy segera menyusun semula almari yang telah disusun membentuk ruangan yang lebih privasi menjadi ruangan yang lebih umum.
Semua almari pemisah setiap ruangan ditarik ke tengah bilik sebelum ditolak sehingga betul - betul muat untuk membuka pintu. Sebuah almari ditumbangkan sebelum ditinggalkan kosong berapitan dengan almari tumbang yang diletakkan tilam. Sekelilingnya ditutup dengan almari sebelum ruangan kecil yang tinggal diolah menjadi ruangan untuk memasak.
Aira yang terjaga dek bunyi kuat Roy menumbangkan almari bergerak perlahan. Seluruh tubuhnya sakit.
Tiba - tiba beberapa orang lelaki masuk sambil memapah beberapa orang perempuan yang tidak sedarkan diri. Pakaian mereka compang - camping dek perbuatan tidak bermoral kumpulan Roy.
" Roy. Ambil ini. King suruh serah pada kau. " Kata salah seorang dari mereka.
" Baringkan di lantai dulu. Nanti aku uruskan. " Kata Roy sambil sibuk mengemas kawasan untuk memasak.
" Ini ada duit untuk kau uruskan mereka. Dalam plastik ini ada ubat sikit. Pandai - pandailah kau urus. " Kata salah seorang dari mereka sebelum meletakkan semuanya di lantai.
" Okey." Sahut Roy rimas.
Roy meninggalkan kerjanya sebelum mencari Burn di biliknya. Pintu diketuk sebelum Roy masuk ke dalam.
" Hah Roy kau nak apa? " Soal burn sambil menghembuskan asap rokoknya berkepul - kepul.
Kakinya diletakkan di atas meja sebelum memandang Roy tenang.
" Aku nak pinjam perempuan tiga orang. " Kata Roy terus - terang.
" Pinjam sahaja bukan ambil terus ? Kau ada dua orang sahaja pun. Ambillah terus. " Kata Burn mula berurusan.
" Aku jaga orang sakit. Tak boleh ambil ramai - ramai. Aku nak pakai kemaskan bilik dulu. Nanti budak aku sihat dialah yang uruskan. " Terang Roy tenang.
" Alahai. Boleh sahaja kalau kau pandai. Jom ikut aku. " Kata Burn sebelum masuk ke ruangan kecil yang dipenuhi sangkar.
" Bangun. " Pekik Burn sambil mengetuk sangkar dengan cota.
Perempuan yang terbaring lemah mulai berdiri sambil berpapah di tirai besi sangkar dengan kaki yang dirantai kemas.
" Kau pilihlah. Nanti aku ambilkan. Ambil terus pun tak apa. " Kata Burn.
Roy diam memerhati perempuan yang ada. Kesemua mereka merupakan perempuan yang diminta untuk dibalas dendam. Kesemua mereka telah dibayar untuk diculik dan dibunuh. Kesemuanya tidak diberi makan dan dibiarkan mati perlahan - lahan. Jika mereka melawan atau melakukan apa yang dilarang , mereka akan dipukul.
Roy leka memerhati sebelum memilih tiga orang yang dikira beruntung. Burn membuka pintu sangkar sebelum memaksa mereka keluar darinya. Longlai atau tidak langsung tidak diperdulikan Burn.
" Ambil mereka dan tunggu aku di depan meja aku. " Arah Burn sambil sibuk membuka sangkar yang lain.
Burn kembali duduk di mejanya sebelum mengeluarkan sebuah buku.
" Nama kau ? " Soal Burn tegas.
" Auliya Qaisara. " Jawab seorang perempuan yang bertubuh genit.
" Sebelah ? " Soal Burn sambil mencatatkan sesuatu di bukunya.
" Sarah. " Jawab perempuan di sebelah Auliya Qaisara.
" Lagi. " Soal Burn. Roy hanya diam memerhati.
" Qaseh Qairina. " Jawab perempuan hujung sekali.
" Okey dah. Kau boleh bawa balik. " Kata Burn sambil bangkit menepuk bahu Roy.
Roy tersenyum sebelum menarik perempuan tadi ke biliknya.
Share this novel