Aira mengesat air matanya sebelum bangkit mengumpulkan tali dan kain untuk dibuat langsir. Perlahan - lahan dia merawat seadanya perempuan yang teruk dibelasah sebelum duduk termenung di sofa.
Sedang Aira leka , tiba - tiba beberapa orang lelaki masuk dengan berbelas almari terpakai ke dalam bilik. Aira diam terkedu.
" Simpan almari ini di sini kerana bilik ini adalah stor. Kau kemaslah nanti ada lagi tiga sofa dan dua meja. " Kata seorang lelaki mewakili mereka yang masuk.
Aira mengangguk lemah sebelum mereka keluar meninggalkannya sendiri. Sekali lagi air matanya mengalir perlahan.
Dalam tangisan yang belum reda , Aira bangkit menolak tilam yang telah diletakkan di atas almari ke arah dinding tandas. Dua tilam yang tidak berpenghuni dicantum sekali sebelum dua almari yang baru dihantar diletakkan sebagai pembahagi ruang.
Baki satu lagi tilam ditolak menghimpit almari di tengahnya sebelum sofa ditolak untuk memenuhi ruangan yang tinggal. Aira terduduk kepenatan sebaik berjaya menolak sofa. Baki almari masih banyak.
Kucing berlari - lari mengejar tikus yang keluar dari dalam almari. Aira turut bangkit sebelum berlari kerana takutkan tikus. Roy yang tiba - tiba masuk menjadi mangsa. Tubuh sasa Roy dipeluk erat Aira.
" Rindu sangat ya dekat aku ? " Soal Roy sebaik Aira memeluknya sambil menangis. Barang yang dibelinya diletakkan di tepi pintu.
Kepala Aira digosok lembut. Aira hanya diam sambil menangis. Roy menarik Aira masuk sebelum mengunci pintu. Barang di atas sofa dibuang ke lantai sebelum Aira didudukkan di atasnya. Aira masih tetap memeluk erat tubuh Roy. Roy membiarkannya lalu memeriksa mesej di telefonnya.
Aira diam tidak berkutik. Roy memerhati Aira sebelum tersenyum nipis. Aira terlena sambil memeluknya.
" Tidur dah dia. " Bisik Roy sebelum melepaskan pelukan Aira.
Roy bangkit menyambung menyusun almari untuk membentuk ruangan kecil yang lebih privasi untuknya. Semua ruang yang disisakan Aira di antara tilam diisi dengan almari oleh Roy. Mujurlah jumlah almari tidak terlalu banyak menyebabkan almari berjaya disusun kemas. Kucing berlari membawa tikus yang berjaya ditangkap untuk anaknya.
" Datang dari mana pulalah kucing ini ? " Rungut Roy geram sambil meneruskan tugasnya.
Aira yang terlena di sofa dibiarkan sementara Roy menolak sofa tersebut ke ruangan yang mempunyai sedikit ruang kosong berbanding ruangan lain. Sisi almari dan dinding di ruangannya dipaku untuk memudahkan Aira memasang langsir.
Roy mengangkat barang yang dibelinya ke dalam ruangannya sebelum mengejutkan Aira.
" Hei , perempuan bangunlah. Aku suruh kau buat apa ? Kau buat apa ? " Kejut Roy sambil mengoncang perlahan tubuh Aira.
Aira bangun terpinga - pinga.
" Hei , aku suruh kau buat apa ? Kau buat apa ? " Soal Roy sengaja menakut - nakutkan Aira.
Aira menangis semula.
" Maaf tadi ada tikus. Saya takut. Lepas itu hmm lepas itu saya tertidur. Maaf. " Pinta Aira sambil menangis.
" Hah tak ada maaf - maaf. Kau pergi ambil tikus itu buang dalam plastik sampah. Kemudian mandi dan layan aku. Bau tengik dah. Kembang tekak aku tahu tak. Ini ada syampu , ubat ketiak dan bedak. Guna. " Marah Roy sebelum menunjuk ke arah barang yang baru dibelinya.
" Tak naklah awak. Tolonglah jangan buat saya macam perempuan pemuas nafsu awak. Tolonglah awak. Saya merayu sangat - sangat. " Kata Aira sebelum melutut di kaki Roy.
" Tak ada tak ada. Pergi buat apa aku suruh. Se ka rang ! " Arah Roy tegas.
Aira menunduk sebelum bangkit mencari bangkai tikus yang dikatakan oleh Roy. Malangnya tiada. Semuanya telah habis dimakan kucing kerana tikusnya masih kecil.
" Awak mana ada tikus. " Kata Aira sayu.
" Kau itu lembab dah habislah kucing makan. Kucing itu datang dari mana ? " Marah Roy sambil sibuk mengemas barang yang baru dibelinya.
" Saya tak tahu. Pagi tadi mereka tiba - tiba ada nak curi makanan saya. Mungkin memang mereka dah sedia ada dalam bilik ini dan mungkin mereka yang runtuhkan almari semalam. " Adu Aira lurus.
" Sudahlah kau pergi mandi sekarang. Kau sengaja melengahkan ? " Marah Roy yang sebenarnya bersetuju dengan dakwaan Aira. Dan dia telah bersalah kerana memukul Aira semalam.
Aira berlalu perlahan mengambil pakaian bersih sebelum membersihkan dirinya. Roy menarik kain alas tilam sebelum menyembur pewangi fabrik pada tilam. Kain alas dipasang semula sebelum dia memanjat tilam untuk meletakkan pewangi almari di atas almari.
Segala bau yang kurang menyenangkan kini telah semakin menghilang. Semua produk pencuci diletakkan semula ke dalam plastik sebelum Roy berlalu ke tandas. Kebetulan saat Roy sampai di hadapan tandas , Aira baru keluar darinya. Roy diam terpaku memerhati wajah Aira.
Aira menunduk bersalah tatkala Roy ralit memandangnya.
" Dah pakai ubat ketiak , syampu dan bedak ? " Soal Roy menutup perasaannya.
" Dah. " Jawab Aira perlahan.
" Apa ? " Soal Roy buat - buat tak dengar.
" Dah. " Jawab Aira lebih kuat.
" Esok aku nak kau menyapu , mengemop dan sembur semua tilam dengan pewangi fabrik. Dalam plastik ini ada semua bahan pencuci yang kau perlukan. Aku sangkut pada paku dalam tandas. Tunggu aku di sofa. " Pesan Roy sebelum masuk ke tandas.
Roy mengurut dadanya sebaik mengunci pintu. Nafas dalam ditarik Roy sebelum cermin tandas dicabutkan. Cermin yang baru dibelinya dilekatkan mengantikan yang lama. Almari kecil plastik dua tingkat dipasangnya sebelum diletakkan di bawah singki tandas. Bahan pencuci disusun di ruangan yang paling bawah. Sabun mandi dan syampu di atasnya.
Roy membasuh tangannya sebelum berlalu ke ruangannya. Tangannya direnjis ke arah Aira yang termenung. Aira berpaling memandangnya kosong.
" Kau fikir apa ? Kau fikir posisi apa yang sesuai ya ? " Soal Roy sengaja menyakat Aira.
" Kalau saya tak nak layan awak hari ini boleh ? Saya betul - betul tak larat. " Pinta Aira sayu sebelum bangkit untuk keluar dari ruangan Roy.
Tangan Aira ditarik menghalangnya keluar. Dek terlalu lemah , Aira terjatuh dalam pelukan Roy. Aira menunduk malu. Roy mendongakkan dagu Aira agar memandangnya tepat pada matanya. Wajah lesu Aira dipandang lama sebelum Aira berpaling dan berusaha menjauhkan diri.
" Aku tahu kau penat. Aku pun penat. Tapi yang aku minta kau buat sekarang ialah makan dan tidur dengan aku. Aku memang tak baik tapi tak bermakna aku tak ada perasaan. Jadi tolong ikutkan sahaja permintaan aku. " Kata Roy lembut sambil meletakkan dahinya di dahi Aira.
" Baiklah. " Jawab Aira mengalah.
" Jom. " Usik Roy nakal sambil menarik lembut tangan Aira.
" Tadi kata. " Sahut Aira cuak.
Roy tertawa perlahan sebelum menarik Aira ke tandas.
" Basuh tangan. Aku dah lapar ini. " Kata Roy sambil menarik tangan Aira ke dalam tandas.
Mereka makan bersama.
Share this novel