20

Crime Completed 2240

Perut Aira ketara bengkak dan lebam - lebam. Haq secara spontan menyelak baju Aira hingga ke leher sambil memerhati lebam yang sebegitu banyak di dada dan perut Aira.

" Lepas. " Kata Aira lemah tercungap - cungap keletihan.

" Tunggu sini. " Kata Haq sambil melorotkan semula baju Aira..

Langkah Haq diatur laju menuju ke meja makan sebelum bergegas ke dapur. Setelah yakin Haq kembali mendekati Aira. Kepala Aira ditinggikan untuk memudahkannya bernafas.

" Saya tengok awak banyak kecederaan tapi saya akan cuba bantu setakat mampu. Tapi jangan beritahu sesiapa. " Bisik Haq di telinga Aira.

Aira mengangguk lemah sebelum tidak sedarkan diri. Haq segera merawat Aira semampunya. Aira agak bernasib baik kerana Haq mempunyai ilmu pertolongan cemas yang agak tinggi.

Haq menghantar pesanan ringkas kepada Roy.

~ Roy , Aira pengsan. ~ Haq

- Alah Haq dia memang macam itu. Sikit - sikit nak pengsan. Mengada. - Roy

~ Aku takut dia mati sahaja. ~ Haq

- Tak matinyalah perempuan itu. Aku bukan pukul dia teruk pun. Sikit - sikit sahaja. Sudahlah aku sibuk. ~ Roy

Haq segera bangkit menuju ke ruangan perempuan yang lain. Qaseh terkejut bukan kepalang menangis teresak - esak dengan tiba - tiba sambil berusaha untuk menyumbat dirinya ke dalam almari.

Auliya yang terlewat menyedari kehadiran Haq segera bangkit untuk masuk ke dalam almari sebelum terlanggar pintunya akibat terlalu takut.

" Berhenti dan keluar dari almari itu sekarang. " Herdik Haq yang berserabut melihat keadaan mereka.

Qaseh dan Auliya segera berpatah balik sebelum duduk bersimpuh di hadapan Haq. Kepala mereka ditundukkan dan bunyi esakan mula kedengaran.

" Kau nama apa ? " Soal Haq pada Auliya.

Auliya hanya diam dalam esakannya sebelum Haq menjentik dahi Auliya berkali - kali sambil mengulang soalannya tadi.

" Au Auliya. " Jawab Auliya tersedu - sedu.

" Kau ? " Soal Haq pada Qaseh sambil mengacah untuk menjentik dahi Qaseh pula.

" Qaseh. " Sahut Qaseh sambil menjauhkan kepalanya perlahan - lahan.

" Okey kau Qaseh bangun sekarang ikut aku. " Arah Haq tegas.

Qaseh turun dari tilam teragak - agak untuk menurut arahan Haq. Haq berpaling lalu menarik tangan Qaseh menuju ke tandas.

" Aa awak nak pergi mana ? " Soal Qaseh ketakutan.

" Masuk cepat. " Arah Haq sambil menjegilkan matanya.

" Tak nak tolonglah saya tak nak. " Rayu Qaseh.

" Kau nak aku tumbuk muka kau dulu baru nak masuk ke macam mana ? " Soal Haq bengis.

Qaseh masuk ke tandas paksa rela. Haq segera masuk dan mengunci pintu.

" Tanggalkan pakaian kau semua sekali sekarang. " Arah Haq serius.

" Awak tolonglah jangan buat saya begini. Tolonglah saya merayu. " Rayu Qaseh sambil sujud di kaki Haq.

" Kau nak aku guna kekerasan ke macam mana ? " Soal Haq berang.

Qaseh bangun perlahan - lahan sebelum menanggalkan pakaiannya. Dia menutup sebahagian dari tubuhnya dengan tangannya. Haq memusing Qaseh memerhati setiap inci tubuhnya.

" Kenapa kau tak cedera seteruk Aira ? " Soal Haq tiba - tiba.

" Haa ? " Sahut Qaseh pelik.

" Aku tanya kenapa kau tak cedera seteruk Aira ? " Ulang Haq tegas.

" Tak tahu sebab Roy yang pukul dia. Sikit - sikit Roy marah dia. Tak tahulah apa salah Aira. Tapi Aira itu baik. Semua orang dia nak bela. Semua dia kesian. " Kata Qaseh lurus.

" Pakailah baju kau dan pergi tengok Aira. Aku rasa masa dia dah tak banyak. " Kata Haq perlahan.

Qaseh terkedu sebelum menangis sambil memakai semula pakaiannya. Qaseh berlari masuk ke ruangan Aira sementara Haq kembali mencari Auliya.

" Kau ikut aku cepat. " Arah Haq kasar.

Auliya segera mengikuti langkah Haq dengan linangan air mata.

" Masuk. " Arah Haq sebaik tiba di hadapan tandas.

Auliya menggelengkan kepalanya perlahan. Haq menarik tangan Auliya masuk ke dalam tandas sebelum menguncinya.

" Tanggalkan pakaian kau semua sekali sekarang. " Arah Haq sambil menjentik dahi Auliya.

" Tak naklah. " Jawab Auliya tersedu - sedu.

" Sekarang. " Kata Haq kasar sambil menjentik lebih kuat.

" Ya. " Sahut Auliya sambil lambat - lambat membuka pakaiannya.

" Cepatlah sikit. " Marah Haq.

" Sabarlah. Sakit. " Rungut Auliya.

Haq segera memeriksa tubuh Auliya sebaik mendengar Auliya mengadu sakit. Kelihatan jelas bekas cucuhan rokok di badan Auliya.

" Berhenti. Kenapa kau dicucuh rokok ? " Soal Haq terkejut.

Auliya menundukkan kepalanya.

" Sebab aku melawan. Aku tak rela dilacurkan. Jadi mereka paksa aku dengan cara begini. Semakin aku melawan semakin banyak mereka cucuh. Dekat kawasan privasi aku pun mereka cucuh. " Adu Auliya teresak - esak.

Haq memeluk Auliya untuk menenangkannya. Malangnya ditolak mentah - mentah oleh Auliya.

" Perut saya dicakar. Sakit. " Kata Auliya sebelum mengemaskan pakaiannya dan berlalu keluar.

" Tunggu. Pergi tengok Aira. Aku takut dia tak mampu untuk bertahan lebih lama. " Kata Haq sebelum menutup pintu tandas.

Auliya terkedu sebelum berlari mencari Aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience