epilog

Crime Completed 2240

Roy dan kumpulannya telah ditahan atas kesalahan menculik , memperdagangkan dan membunuh. Mereka sebahagiannya dihukum gantung sampai mati dan dipenjara seumur hidup dengan sebatan.

Roy telah meninggal dunia selepas menderita kerana telah kehilangan anggota badannya akibat ditembak oleh Auliya.

Aira mengalami tekanan jiwa yang teruk sehingga ditempatkan di hospital mental sebelum pulih sepenuhnya. Tekanan mental dan kecederaan yang dialami Aira banyak mengubah dirinya terutama selepas dia keguguran anak dari tindakan keji Roy.

Haq atau nama sebenarnya Muhammad Azka Syazwan telah selamat diijab kabulkan dengan Aira Dania setelah tertawan dengan keikhlasan hatinya. Segala kekurangan Aira diterimanya dan dia tidak mengizinkan Aira untuk bekerja kerana terlalu cinta. Haq sedaya upaya berusaha untuk membahagiakan hidup Aira yang telah dirundum duka.

Auliya dan Qaseh meneruskan kehidupan mereka dengan belajar seni mempertahankan diri dan menjadi tenaga pengajar seni mempertahankan diri sepenuh masa. Segala suka suka mereka lalui bersama tanpa hasad dengki sehinggakan mereka merancang untuk bermadu bersama - sama.

Kawasan yang menjadi lubuk persembunyian kumpulan Roy disita dan dirobohkan sepenuhnya.

Persahabatan Aira , Auliya dan Qaseh semakin erat tatkala mereka bersama - sama menghibur anak kecil di rumah anak - anak yatim pada hujung minggu. Pelbagai aktiviti dan hiburan yang mereka lakukan bersama untuk menghapus parut duka yang kekal di jiwa mereka.


{ TAMAT }

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience