Lambat - lambat Aira bangkit masuk ke tandas. Pakaian ganti dibawa bersama. Longlai sahaja langkahnya.
Sedang dia leka mencuci rambutnya , beberapa orang lelaki masuk. Mereka menggeledah satu bilik mencari Aira. Tiba - tiba salah seorang dari mereka menerajang pintu.
Aira terkejut teramat sangat tertepis kaca cermin pecah. Darah merah mengalir dari lengan Aira.
" Auch. " Keluh Aira sambil membelakangkan lelaki tadi.
" Kau seorang sahaja ke ? " Soal lelaki yang masuk tadi.
" Ya. " Jawab Aira sambil menahan sakit.
" Kau buat apa itu ? " Soal lelaki tadi sebelum memalingkan tubuh Aira menghadapnya.
" Tunggu sini. Aku cari ubat. " Arah lelaki tadi.
" Saya mandi dululah. " Kata Aira menahan sakit.
" Haa , okey. " Kata lelaki tadi sebelum keluar.
Aira terus mencuci badannya sambil menangis.
Tidak lama kemudian , lelaki tadi masuk mendekati Aira yang sedang sibuk menyikat rambutnya.
" Kau nak buat sendiri atau aku tolong buatkan ? " Soal lelaki tadi.
" Tolong buatkan boleh ? " Pinta Aira yang sudah tidak berdaya lagi. Lemah seluruh badannya.
" Okey. Aku Lip. Kau ? " Soal lelaki tadi sambil mencuci luka Aira.
" Aira. " Kata Aira sambil tersandar lemah.
" Bukan ke Roy suruh kau kemas bilik ini ? " Soal Lip pelik.
" Ya , dia suruh mandi , makan dan kemas. Tapi saya dah tak larat sangat. Saya rehat kemudian kemas boleh ? " Soal Aira lemah.
" Ikut kaulah. Yang mendapat kau bukan aku. " Kata Lip sambil mencuci luka Aira.
" Dia takkan beri saya rehat ke ? " Soal Aira lemah.
" Kau tanyalah dia. Tanya aku dapat apa ? " Kata Lip sambil membalut luka Aira.
Aira mengangguk lemah.
" Yang kau lemah sangat ini kenapa ? " Soal Lip pelik.
" Sakit. " Kata Aira lemah.
" Aku keluar dulu. " Kata Lip sebelum berlalu keluar.
Aira berbaring lemah di sofa sebelum turun ke tilam. Dia terlena kepenatan.
Setengah jam kemudian , dia terjaga sebaik mendengar plastik dibuka. Aira membuka matanya perlahan memerhati sekeliling sebelum terpandang seekor ibu kucing dengan tiga ekor anaknya yang comel sedang membuka nasi Aira.
Aira duduk perlahan - lahan sambil menarik nasinya sebelum membawanya ke tandas. Kucing tadi hanya mengekornya. Aira kembali ke tilam dan duduk perlahan di lantai. Plastik bungkusan nasi dibentangkan di hadapan kucing sebelum sedikit nasi bercampur lauk diletakkan di atas plastik.
" Makanlah. " Kata Aira pada kucing sebelum menyuakan nasi ke mulutnya.
Sebaik selesai makan , Aira mengambil sehelai tuala kecil diikatkan pada wajahnya sebagai penutup mulut sebelum mula menyapu. Sampah dikumpul dalam satu plastik yang diletakkan di tepi pintu masuk bilik. Sofa ditolak perlahan ke dinding berdekatan pintu masuk sebelum dia terduduk kepenatan.
Setelah 15 minit duduk , Aira bangkit memunggah plastik pakaian dan barangan yang dibeli Roy ke atas sofa sebelum duduk berehat sebentar. Kucing datang bergesel bermanja dengannya. Aira tersenyum nipis sebelum bangkit semula menolak almari tumbang ke tepi dinding.
Aira melepek di sisi almari yang ditolaknya. Penat. Sakit. Bersatu menguasai dirinya. Walaupun payah Aira tetap bangkit menolak lagi almari tumbang ke sebelah almari yang pertama. Tilam semalam ditarik ke atas almari tumbang. Aira beberapa kali terduduk sewaktu menarik tilam yang berat. Sudahlah baunya hapak sedikit dan kelihatan usang.
Tiba - tiba beberapa orang lelaki masuk dengan beg plastik hitam. Aira yang terduduk menggelabah cuba bangun. Lip meletakkan beg plastiknya sebelum mengangkat tilam dari Aira.
" Kau orang keluarlah dulu. Dia ini aku uruskan. " Kata Lip pada rakan - rakannya.
" Lemah betul kau ini. Cepat cakap nak buat apa lagi. Aku tolong. " Kata Lip kepada Aira yang masih lagi terhegeh - hegeh bangkit.
" Tolong letak tilam atas almari rosak ini dalam enam boleh. Buat tiga sebaris. Sebaris di dinding ini sebaris di dinding tepi tandas. " Kata Aira sambil tersengih kerang busuk.
" Habis kau buat apa ? " Perli Lip.
" Saya nak tolak almari yang elok ke tepi dinding yang lain. Boleh simpan itu. " Kata Aira sebelum menunjuk ke arah longgokkan plastik hitam.
" Aku malaslah pula. " Kata Lip sebelum berlalu ke pintu.
Aira terduduk kecewa. Air matanya mengalir perlahan. Lip berpaling melihat reaksi Aira sebelum berlari patah balik.
" Kau kenapa ? " Soal Lip terkejut.
Aira mengelap air matanya sebelum memandang Lip kosong. Dia bangkit tanpa sepatah kata menolak almari yang elok ke dinding. Lip hanya diam kaku memerhati Aira.
Tilam di ruang kecil sebelah kiri tandas ditarik sebelum dibiarkan jatuh di hadapan tandas. Lip mendekati Aira sebelum memalingkan tubuh Aira menghadapnya.
" Aku main - main sahajalah. " Kata Lip.
Aira berpaling sambil menolak sedikit tubuh Lip.
" Saya sibuk. Jangan kacau boleh tak ? " Jawab Aira rimas.
" Kau ingat aku hadap sangat ke dengan kau ? Sudahlah dah ditebuk tupai. Berlagak pula dengan aku. " Jerkah Lip geram.
Aira memalingkan wajahnya menahan sabar.
" Jawablah lagi. " Jerkah Lip sebaik melihat Aira diam. Bahu Aira ditolak kasar menyebabkan Aira terjatuh. Lip berlalu keluar meninggalkan Aira tanpa perasaan.
Air mata Aira mengalir deras meratapi maruahnya yang dipijak sewenangnya.
Share this novel