13

Crime Completed 2240

" Masuklah. Tunggu arahan aku. " Kata Roy sambil mengeliat. Bahunya dipicit letih sebelum masuk mengunci pintu.

Roy berlalu mengambil beberapa pasang pakaian , tuala dan kain basahan sebelum menyerahkan kepada perempuan tadi.

" Mandi cepat - cepat. Ada banyak kerja menanti. Masuklah tiga - tiga sekali. " Kata Roy sebelum menyambung kerjanya tadi.

Ketiga - tiga perempuan memandang satu sama lain sebelum tunduk takut dan akur pada arahan Roy.

Selang beberapa minit Roy keluar lagi mencari beberapa barangan yang diperlukannya lagi. Tidak lama kemudian Roy kembali dengan sebidang karpet lusuh dan beberapa bidang tilam nipis.

Roy menghempas barang yang dibawanya di sebelah perempuan yang tidak sedarkan diri tadi. Debu dari karpet berterbangan menyebabkan seorang perempuan yang terbaring di sebelahnya terbatuk - batuk.

Roy segera mengejutnya. Perempuan tersebut bangun sebelum terus menangis merayu agar Roy tidak mengapa - apakannya. Roy memegangnya cuba menenangkannya sebelum terlihat Aira bertatih - tatih keluar dari ruangannya.

" Aira sini. " Panggil Roy tiba.

Aira terkejut sebelum diam terpaku di situ.

" Kau dengar tak aku panggil ini ? " Soal Roy baran.

" De dengar. " Jawab Aira takut - takut.

" Habis itu ? Nak aku pukul kau baru nak bertindak ? " Soal Roy berang.

Aira menggelengkan kepalanya perlahan sebelum cuba bertatih ke arah Roy tanpa berpaut kepada apa - apa. Roy segera bangkit mengcengkam dagu Aira dan menolaknya ke almari. Hampir sahaja Aira terduduk dek perbuatan kasar Roy.

" Apa masalah kau hah ? " Sergah Roy geram.

" Saya nak pergi tandas sahaja. " Jawab Aira lemah. Air matanya mulai mengalir perlahan.

Perempuan yang baru masuk tadi bergegas keluar sebaik mendengar suara Roy memekik.

" Hah , mandi berejam. Kau uruskan mereka ini. Dan kau bawa dia ini ke tandas. Sekarang. " Kata Roy sambil menundingkan jarinya ke arah perempuan yang baru keluar sebelum menunjal - nunjal kepala Aira.

Roy menumbuk almari geram sebelum masuk ke ruangannya. Aira terduduk lemah akibat terlalu terkejut. Dia mulai memeluk tubuh menahan rasa. Matanya dipejam rapat.

Salah seorang dari perempuan yang baru keluar meluru memeluk tubuh lemah Aira. Air matanya berlinangan.

" Ai Aira macam mana awak boleh ada di sini ? " Soal perempuan tadi sebak.

Aira membuka matanya sebelum memeluk tubuh perempuan di hadapannya.

" Lia. Saya tak tahu. Boleh tak bawa saya ke tandas ? " Soal Aira lemah.

Lia segera membantu tubuh lemah Aira bangun. Tiba - tiba Roy keluar dengan amarah yang masih tersisa.

" Lembab , berapa kali aku nak cakap kalau aku suruh buat cepat ! " Tengking Roy berang.

Telefon Roy tiba - tiba berbunyi nyaring. Roy segera mengangkat panggilan tersebut. Lia dan Aira segera berlalu ke tandas.

Roy segera menuju ke tandas sebaik menamatkan panggilan. Pintu tandas diketuk kasar.

" Aira , aku nak keluar. Kau uruskan mereka. Aku balik tengok kucar - kacir , semua kena. Kalau rasa nak merasa buatlah. " Ugut Roy sebelum bergegas keluar.

" Lama dah ke kau duduk sini ? " Soal Lia sebaik yakin Roy telah keluar.

" Tak tahulah. Saya bukan tahu siang ke malam. Macam mana awak boleh ada di sini Lia ? " Jawab Aira lemah.

" Saya diculik selepas balik kerja. Ada orang bayar mereka untuk bunuh aku tapi lelaki tadi boleh selamatkan aku. " Terang Auliya sebak.

" Roy ? " Soal Aira pelik.

Auliya mengangguk lemah. Aira terdiam berfikir sejenak. Sejujurnya dia keliru. Tak terdaya lagi dia memikir segalanya.

" Jom keluar. Aku nak tolong mereka kalau tak habis kita kena pukul. Aku dah tak larat. " Kata Aira lemah.

Auliya mengangguk sebelum memapah tubuh lemah Aira keluar dari tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience