1

Crime Completed 2240

Aira tersentak dari lenanya sebaik merasakan pakaian dan tubuhnya basah. Bergegas dia berusaha bangun tapi gagal. Kaki dan tangannya diikat kemas.

" Alahai , puteri baru bangun ya ? " Sindir seorang lelaki berpakaian serba hitam dengan wajah yang ditutup separuh sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sofa daif.

" Kau siapa ? Lepaskan akulah. Kau nak apa dari aku ? " Soal Aira cemas. Dia meronta - ronta untuk melepaskan diri.

" Hmm. Kalau aku tak nak ? " Soal lelaki tadi sinis. Besen kecil yang digunakan untuk menjirus tubuh Aira dicampakkan ke arah Aira.

Aira terdiam kaku ketakutan.

Lelaki tadi bangun sebelum perlahan - lahan mendekati Aira.

" Kalau aku kata aku nak kau macam mana ? " Soal lelaki tadi sebelum mengelus pipi Aira yang basah dengan jarinya.

" Maksud kau ? Lepaskan akulah. " Kata Aira geram sambil meronta.

Lambat - lambat lelaki tadi membuka ikatan tangan Aira sebelum menarik Aira duduk.

" Aku nak kau. " Kata lelaki tadi tanpa nada sebelum bersila di lantai menghadap Aira.

" Maksud kau ? " Soal Aira cuak.

" Maksudnya. " Kata lelaki tadi sebelum memandang dalam wajah Aira.

" Apa ? " Soal Aira takut.

" Aku takkan lepaskan kau dan kau akan selamanya duduk di sini. " Kata lelaki tadi sebelum memerhati sekeliling.

" Kenapa pula ? Aku tak naklah. Tolonglah lepaskan akulah. " Kata Aira sebak.

" Tak nak. " Kata lelaki tadi tanpa perasaan sebelum bangkit.

Aira segera memeluk kaki lelaki tadi.

" Awak tolonglah lepaskan saya. Saya merayu. " Rayu Aira sebak.

" Ish , kau ini memang tak faham bahasa. Aku kata tak bermakna taklah. " Tengking lelaki tadi sebelum menyentak kakinya.

Tumit kasut lelaki tadi terkena bibir Aira menyebabkan bibirnya pecah. Lelaki tadi menanggalkan tali pinggangnya sebelum melibas tubuh kecil Aira tanpa ihsan. Segala rayuan Aira tidak diperdulikan bagaikan angin lalu di telinganya sehinggalah telefonnya berbunyi nyaring.

" Diam. " Tengking lelaki tadi sebelum menjawab panggilan telefon. Tali pinggang dicampakkan ke lantai.

Aira menutup mulut mengawal tangisnya. Seluruh badannya terasa sakit teramat sangat.

Sebaik menamatkan panggilan , lelaki tadi segera menghidupkan lampu di sebelah Aira. Langkah kakinya kembali diatur mendekati Aira. Dagu Aira didongakkan lembut. Air mata Aira dilap perlahan

" Aku Roy , tuan kau. Kau nampakkan semua sampah ini ? Aku nak kau kemas semua. " Arah lelaki tadi. Perkataan sampah sengaja ditekankannya.

" Kenapa kau buat aku begini ? " Soal Aira lirih.

" Tak ada sebab. " Balas Roy tenang sebelum menghilangkan diri di balik himpunan almari rosak.

Aira terus menangis meratapi nasibnya sebelum tiba - tiba seorang lelaki masuk dengan beberapa bungkusan besar ditangannya.

" Roy mana ? " Soal lelaki itu pada Aira.

Aira menggelengkan kepalanya.

" Awal - awal lagi kau dah kena pukul ya. Apa - apa pun ini barang Roy. Nanti bagi dialah. "
Kata lelaki itu.

Aira menjeling geram.

" Takutnya. Aaaa tolong. " Kata lelaki tadi sebelum berlalu keluar.

Roy keluar dari balik almari sambil membawa beg sandang Aira.

" Ambil ini jam dan barang peribadi kau. Kad pengenalan dan kad bank aku pegang. Beg ini nanti aku bakar. " Kata Roy sambil menyerahkan plastik berisi barang Aira.

" Haa , ini. " Kata Aira sayu.

" Aku tahu. Guna barang ini untuk kemas bilik ini. Aku nak tidur dulu. Dah pukul satu pagi ini. Esok aku kerja. Aku tahu aku balik ada perubahan ketara. Kalau tak siap kau aku kerjakan. " Sampuk Roy sebelum berbaring di sofa.

" Sekarang ke ? " Soal Aira bingung sebelum kedengaran dengkuran Roy.

Aira menarik nafas panjang sebelum mencari plastik sampah. Sampah dipungut lambat - lambat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience