" Sekarang kau fahamkan kenapa kau perlu jadi perempuan aku ? " Soal Roy sambil mengusap lembut kepala Aira.
Aira mengangguk lemah.
" Dah , jom cari perempuan dua orang lagi tadi. Aku nak tanda mereka. Senang tak hilang. " Kata Roy perlahan.
" Ingat kerbau lembu ke nak tanda - tanda ? " Gumam Aira.
" Apa kau cakap ? " Soal Roy tiba - tiba.
" Tak ada apalah. " Kata Aira cuak.
" Okey , jom. " Kata Roy yang telah mengagak Aira mengutuknya.
Aira hanya diam mengekor Roy sebelum tiba - tiba dia diraba lelaki asing. Roy hanya diam seolah - olah tiada apa yang berlaku.
" Roy. " Panggil Aira menggelabah.
" Ya. " Sahut Roy sebelum berpaling melihat Aira.
" Hei - hei. Dia aku punyalah. Jangan buat yang bukan - bukan. " Halau Roy sebelum menarik tubuh Aira ke pelukannya dan berlalu mencari perempuan dibawah jagaan Roy.
Aira terpandang seorang perempuan yang terbaring lemah dengan pakaian yang koyak - rabak. Aira mencuit lengan Roy.
" Awak itu. " Kata Aira sayu sebelum Roy menariknya mendekati perempuan itu.
" Bagi tali tadi. " Pinta Roy sambil mencari pen di dalam koceknya.
Dia menulis namanya di kedua lengan perempuan itu sebelum membuat gelang dengan tali yang dibawa Aira. Rambut perempuan tadi dikemaskan sebelum diikat rapi. Aira hanya diam kaku memerhati.
Roy bangkit sambil menarik tangan Aira untuk mencari seorang lagi perempuan miliknya. Aira terpandang seorang perempuan yang diperlakukan seperti binatang oleh tiga orang lelaki.
" Awak. " Panggil Aira sambil memerhati keadaan perempuan itu.
Roy seakan memahami terus menarik tangan Aira mendekati perempuan itu.
" Aku nak tanda dia sebentar. " Kata Roy sambil mencari ruang untuknya.
Sama seperti perempuan sebelumnya Roy menulis namanya , memberikan gelang dan mengikat rambut. Sedang Roy leka menguruskan perempuan di hadapannya , Aira ditarik ke tepi sebelum digomol kasar.
" Roy. " Panggil Aira cemas.
Roy bergegas menyiapkan kerjanya sebelum mendekati Aira. Pakaian Aira telah dikoyakkan sebelum Roy menariknya pergi. Baju Roy ditanggalkan sebelum diserahkan kepada Aira. Bahu ditepuk sebelum ditarik ke belakang. Roy menahan sabar.
" Roy kalau kau rasa tak sabar sangat pun tunggulah giliran. Aku dah pilih dulukan. Jadi sabarlah sebentar. " Kata lelaki tadi penuh nafsu.
Tangan Aira ditarik sebelum mukanya dibelai manja. Aira tergeliat kegelian. Roy menarik kembali Aira.
" Dia milik aku. Perempuan aku. Jadi tak ada maknanya aku nak tunggu atau kongsi dengan kau. " Kata Roy tegas.
" Hahaha. Perempuan kotor macam dia kau nak simpan ? Nak jadikan perempuan kau. Aduhlah Roy. Ada kelaslah sikit kau ini. " Kata lelaki tadi sinis.
Roy menumbuk pipi lelaki tadi.
" Dia jadi kotor sebab lelaki macam kaulah. " Kata Roy berang.
" Apa bezanya kau dengan aku ? Jangan berlagak suci sangatlah. " Kata lelaki tadi sambil mengelap darah yang mengalir di pipinya sebelum berlalu pergi.
Roy terdiam kaku tersentap. Aira menyentuh lembut tangan Roy.
" Jom balik. " Kata Aira perit.
Roy berlalu keluar sambil menarik tangan Aira. Menonong sahaja langkahnya. Aira berhenti tiba - tiba sebaik melihat darah membanjiri lorong dari sebuah bilik. Roy menarik tangan Aira tapi Aira tetap kaku.
" Ish , kau ini. " Jerkah Roy sambil mengangkat tangannya bersedia untuk menampar.
Aira terus menangis teresak - esak. Roy merengus sebelum merentap Aira menuju ke bilik mereka. Aira berusaha mengawal gelodak perasaannya sebaik kakinya memijak aliran darah yang dilihatnya tadi. Hanyir. Melekit. Jijik. Takut. Semuanya bersatu menghentam emosi Aira.
Share this novel