11

Crime Completed 2240

" Tunggu sini. " Kata Roy tegas sebelum mengikat tangan Aira ke tombol pintu.

Kasut ditanggalkan kasar sebelum dia berlalu masuk mencari kain buruk untuk mengelap darah di kaki Aira.

" Nah , lap kaki itu. Jangan bawa darah dalam bilik aku. " Kata Roy sebaik melemparkan sehelai tuala usang kepada Aira.

" Baik. " Kata Aira lemah sebelum mengelap bersih kakinya.

Roy merampas tuala di tangan Aira sebelum mencampakkannya ke lantai di luar bilik. Aira terlongo diam sebelum dia ditarik masuk ke dalam bilik. Tali yang mengikat tangannya direntap putus oleh Roy.

Aira diam menahan sakit. Berbirat tangannya dek perbuatan Roy. Roy menarik tangan Aira menuju ke ruangannya sebelum menolak kasar tubuh Aira ke atas tilam. Aira terbaring menangis menahan sakit.

Seutas tali diambil Roy sebelum dia bertindak mengikat tangan Aira bersama kakinya.

" Awak , awak nak buat apa ini ? Lepaskan saya. Saya minta maaf kalau dah buat awak marah. Tolonglah awak. " Rayu Aira dengan linangan air mata.

" Diam. " Tengking Roy sebelum menampal mulut Aira dengan pita pelekat.

Aira menggelengkan kepalanya memujuk Roy sebelum Roy menamparnya sekuat hatinya. Aira terbaring tidak sedarkan diri. Roy naik ke tilam sebelum mengangkat Aira ke dalam almari. Aira didudukkan tegak sebelum sebiji bantal diletakkan di sebelahnya. Roy mengunci pintu almari sebaik selesai memasukkan Aira sebelum berlari kembali ke bilik perjumpaan.

" Roy , kau pergi mana ? " Soal seorang lelaki pelik.

" Aku pergi tandas. Lepas itu minum air. Kenapa ? " Soal Roy pelik.

" Budak kau seorang mati. Tadi King cari kau. Dia nak tahu kau nak orang ganti atau pun tak. " Terang lelaki tadi.

" Oh , kau ini Riz buat aku terkejut sahaja. Ingatkan bos cari aku sebab masalah besarlah. " Kata Roy lega.

" Sebenarnya tadi Qil mengamuk. Dia marahkan kau sebab tak pandai jaga perempuan tadi. Dia culik sebab dia suka perempuan itu. " Adu Riz serba salah.

" Oh , tapi bukan aku yang bunuh dia. Z yang. " Kata Roy sebelum dia tiba - tiba ditumbuk.

Roy terjelepok dek tumbukan kuat tadi sebelum berpaling melihat gerangan yang menumbuknya. Darah yang mengalir di bibirnya dilap kasar sebelum dia bangkit memandang geram pelakunya.

" Apa masalah kau hah ? " Soal Roy berang.

" Kau itu bermasalah. Yang kau bunuh dia kenapa ? Susah sangat ke jaga perempuan seorang ? Aku pun tak sangkalah kau sejijik ini. " Hamun Qil.

Qil menjegilkan matanya dan menggepalkan tangannya menahan amarah.

" Yang pukul dia. " Kata Roy sebelum Qil cuba menyerangnya lagi.

Roy tangkas menangkap tangan Qil sebelum memulasnya ke belakang untuk mengunci pergerakan Qil. Qil terus meronta berusaha melepaskan diri.

" Aku kata aku tak bunuh dia. Z yang pukul dia sampai lunyai dan aku tak tahu apa yang berlaku. Dia hantar budak itu nyawa - nyawa ikan dan sekarang dia dah tak ada. Kalau kau rasa kau bagus , kau sayang dia. Kau jagalah dia. Jangan cuma tahu memberontak macam singa buta. " Kata Roy sambil mengunci pergerakan Qil.

" Kau jangan nak berlagak baik berlagak bagus sangat. Kalau kau bagus sangat baik sangat kau takkan ada di sini. Dan kau takkan culik perempuan itu. " Kata Qil sinis sebelum berusaha melepaskan tangannya.

Tangan Qil dilepaskan sebelum Roy menolak kasar tubuh itu menjauhinya. Qil merengus sambil mengurut tangannya yang sengal. Qil memandang Roy geram sebelum meludah ke lantai di hadapan Roy.

Roy menumbuk pintu sekuat hatinya. Bergema bunyi pintu ditumbuknya. Nafasnya turun naik kasar menahan amarah. Riz menepuk belakang bahu Roy memintanya bertenang. Roy meraup mukanya kasar sebelum masuk mencari seorang lagi budaknya yang tinggal.

Mata Roy meliar mencari perempuan miliknya. Dadanya terus berombak menahan amarah yang membara. Tangannya dikepal geram sebaik melihat sekumpulan lelaki mengerumuni seorang perempuan yang terbaring lemah di lantai. Di lengannya tertera nama Roy menandakan dia milik Roy.

Langkah diatur deras oleh Roy menuju ke perempuan tadi sebelum mencelah dan menggandar perempuan itu. Bahu Roy ditolak kasar.

" Wooo , kau dah kenapa ? " Marah salah seorang lelaki yang ingin memuaskan nafsu binatangnya.

" Dia budak aku. Suka hati akulah nak buat apa. " Jawab Roy geram.

" Oh , budak kau. Aku nak beli dia. Atau tukar dia dengan tiga perempuan lain. Macam mana kau setuju ? " Soal lelaki tadi cuba berunding.

Roy berpaling memandang lelaki tadi sebelum terdiam terkedu. Lelaki tadi tersenyum sinis.

" Setuju sahajalah , bukannya dia itu sesiapa untuk kau. Kau pun tak terliur tengok dia. Kau kan hati sasa. Tak tergugat langsung. " Kata lelaki tadi sebelum mereka tertawa terbahak - bahak.

Roy terus diam.

" Tolonglah lepaskan saya. Selamatkan saya. " Bisik perempuan tadi lemah.

Roy menelan air liurnya kelat.

" Aku takkan serahkan dia kepada kau untuk perempuan lain. " Putus Roy sebelum berlalu pergi.

" Berlagak betul. " Rengus lelaki tadi sebelum meludah ke lantai.

Belakang Roy dipandang geram sebelum dia berlalu mencari perempuan lain. Roy segera menuju ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience