19

Crime Completed 2240

Aira berbaring lemah di atas tilam ruangan sebelah Roy sambil mengurut lemah bahagian badannya yang sakit. Air matanya masih memgalir perlahan.

Telefon Roy berbunyi nyaring segera diangkat.

" Hello. " Sahut Roy.

" Oh , okey. Baik - baik. " Jawab Roy sebaik menerima arahan dari si pemanggil.

Beg pakaiannya segera dikemas rapi sebelum pintu diketuk dari luar. Roy segera bangun menuju ke pintu sebelum membukanya.

" Masuklah. Kerja kau dekat sini mudah sahaja. Dalam bilik ini ada beberapa orang perempuan. Kau boleh buat apa saja. Cuma seorang perempuan ini budak aku. Kau boleh pukul dia kalau dia degil. Tapi kalau boleh aku tak nak kongsi badan dia dengan orang. " Kata Roy sambil sibuk bersiap - siap untuk keluar.

Rania yang terdengar kata - kata Roy terasa hati dan menangis sebak.

" Siapa perempuan itu ? " Soal lelaki tadi.

" Aira. Hei perempuan sundal keluar kau ! " Jerkah Roy.

Aira mengesat air matanya sebelum keluar menemui Roy. Lengannya ditarik kasar oleh Roy supaya lebih dekat. Rambut Aira yang dibiarkan lepas mengerbang menutupi wajahnya. Roy menarik rambut Aira menyebabkan Aira terdonggak menahan sakit.

" Aku dah kata rambut ikat. Aku tak suka tengok benda yang berserabut. " Marah Roy.

" Aa awak sakit. Tolonglah lepaskan. Saya minta maaf. Saya tak buat dah. " Rayu Aira.

Roy berpaling memandang sahabat baharunya.

" Perempuan ini Aira. Dengan dia memang kena kasar sebab dia ini melampau degilnya. " Kata Roy sebelum melepaskan rambut Aira.

Aira menunduk menahan sakit sebelum kepalanya ditunjal - tunjal oleh Roy kasar.

" Oh , aku Haq. Haqim. Jadi tugas aku sekarang cuma kawal budak kau sahajalah ? " Soal Haq tenang.

" Ya. Yang selain dia ini kau perlu siapkan untuk di hantar ke rumah urut. Kau perlu arahkan dia untuk uruskan budak lain. Aku gerak dulu. Dan aku nak kau tidur dengan Aira. Dia licik. Aku tak nak ada cubaan melarikan diri. " Kata Roy sebelum senyum sinis dan berlalu keluar.

Aira terduduk menangis teresak - esak sebaik Roy menutup pintu. Haq menggosok lembut kepala Aira sebelum berlalu memeriksa sekelilingnya. Aira menangis dengan badan yang dikeraskan dek kerana terlalu takut.

" Aira , kau tidur mana ? Aku nak rehat. " Soal Haq tenang.

Aira hanya menunding jarinya tanpa mengangkat kepalanya. Roy masuk membelek - belek ruangan Aira. Almari pakaian Aira dibuka dan dibelek - belek seolah - olah mencari sesuatu sebelum kembali mencari Aira.

" Aira. " Panggil Haq tenang.

Aira berpaling memandang Haq paksa rela.

" Jom , masuk dalam. Aku ada benda nak tanya. " Kata Haq ikhlas sebelum tersenyum nipis.

" Saya tak nak. Tolonglah saya merayu jangan apa - apakan saya. " Rayu Aira sebelum merangkak menjauhi Haq perlahan.

Haq segera mengejar dan memegang bahu Aira lembut.

" Jom. " Ajak Haq lembut sebelum mengendong tubuh kecil Aira masuk ke ruangannya. Aira dibaringkan di tilam sebelum Haq duduk di lantai betul - betul di sebelah Aira. Aira cuba bangkit menjauhi Haq sebelum lengannya ditangkap Haq.

" Tak payah lari. Aku cuma nak tahu aktiviti di sini. Sebab aku budak baru. Banyak yang aku kena belajar. " Terang Haq lembut.

Aira diam sebelum memandang Haq dalam.

' Dia ada rupa , segak , sasa dan nampak seperti berpendidikan. Tapi. Tapi kenapa dia buat kerja begini ? ' Fikir Aira letih sebelum mengeluh.

" Kenapa ? " Soal Haq pelik.

" Saya rasa awak perlu berhenti buat kerja begini. Tolonglah jangan bazirkan hidup awak dengan menganiaya orang. Tolonglah. Sakit sangat apa yang mereka dah lakukan. " Kata Aira sebak.

" Apa yang mereka buat ? " Soal Haq tertanya - tanya.

" Mereka lacurkan perempuan , pukul dan bunuh sesuka hati. Mereka culik perempuan untuk penuhi hasrat dendam orang lain. Sarah dah mati sebab dendam. Seorang mati ditembak bertubi - tubi di hadapan semua. Seorang lagi yang tak sempat saya tahu namanya mati akibat dipukul dan dirogol beramai - ramai. Dan awak nak teruskan kerja begini ?" Kata Aira dengan jiwa yang kosong.

Haq terdiam seribu bahasa. Matanya kaku memandang wajah Aira yang keletihan.

" Sudahlah saya nk tidur di ruang sebelah. " Putus Aira kecewa dengan reaksi Haq.

" Tunggu. Boleh tunjukkan kecederaan awak pada saya tak ? Saya tahu saya tak patut buat permintaan gila sebegitu. Cuma saya tertanya - tanya. " Kata Haq lembut.

" Saya tahu Roy panggil saya perempuan sundal. Tapi saya bukan seperti yang dia kata. Saya sendiri tak tahu kenapa saya berada di sini. " Bentak Aira sebelum bangkit untuk keluar.

Haq segera bangkit menarik lengan Aira sebelum mengunci pergerakan Aira dan menekannya ke tilam. Baju Aira segera diselak sebelum dia menangkap beberapa keping gambar kecederaan Aira.

" Lepaslah. Sakit. Tolonglah jangan sakitkan saya lagi. Cukup - cukuplah. " Rayu Aira sayu.

" Sakit ? Apa yang sakit ? " Soal Haq pelik sambil melepaskan tangan Aira.

Aira segera berpaling menarik nafas yang tercungap - cungap. Haq segera menyelak baju Aira sebelum terkedu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience