" Kau nak pergi mana itu ? " Soal Roy sebaik melihat Aira mula memanjat tilam.
" Tidurlah. " Jawab Aira lurus.
" Amboi - amboi , dah makan kenyang - kenyang terus nak tidur. Sini kau. " Arah Roy sambil duduk santai di sofa.
Aira turun sebelum perlahan - lahan mendekati Roy. Roy menarik Aira duduk di sisinya. Rambut Aira dibelainya lembut sebelum kepala Aira dilentokkan ke bahunya.
" Kau tak nak ke jadi perempuan aku ? " Soal Roy lembut.
" Tak naklah. Kenapa awak buat saya macam ini ya ? " Soal Aira sambil menegakkan kepalanya. Air matanya bergenang.
" Ish , duduk diam - diam boleh tak ? " Marah Roy geram. Air mata Aira mengalir ke bahu Roy.
" Kau memang suka menangis ke ? Sikit - sikit menangis. " Soal Roy geram.
" Dah awak itu. " Jawab Aira sebelum menangis teresak - esak.
" Woo. Dah - dah. Aku tak buat apa pun. " Kata Roy terkejut sambil memeluk Aira.
" Tak buat apa awak cakap ? Awak dah rosakkan saya boleh awak kata tak ada apa - apa ? Awak ingat saya ini apa ? " Marah Aira sebaik menolak dada Roy geram.
" Sebab itulah aku kata jadi perempuan aku. Kau tak nak. Aku boleh jaga kau. " Kata Roy lembut sambil menarik tubuh kecil Aira ke pelukannya.
" Ish , tolonglah jangan buat saya macam ini. Saya merayu. " Pujuk Aira lemah.
" Aku dah cakap yang aku tak akan lepaskan kau. Bahagian mana yang kau tak faham lagi hah ? " Soal Roy sedikit berang.
" Apa salah saya sampai awak sanggup buat saya macam ini ? " Soal Aira sebak.
" Aku tak tahu dan aku tak nak tahu. Sebab yang aku perlu tahu ialah aku perlu kawal selia sesiapa yang menghuni bilik ini dan kau adalah salah seorang. Dan aku dah angkat nilai kau dengan tawarkan kau menjadi perempuan aku. " Terang Roy serius.
" Tinggi sangat ke darjat perempuan awak itu ? " Soal Aira sinis.
" Lebih baik dari aku jual kau pada tak tahu siapa. " Kata Roy tegas.
" Apa istimewa sangatnya jadi perempuan awak ? " Soal Aira kecewa.
" Yang pertama kau cuma kena layan aku seorang sahaja. Yang kedua orang lain tak boleh perlakukan sesuka hati tanpa kebenaran aku. Yang ketiga kau adalah hak aku. Dan yang terakhir segala cadangan kau aku akan pertimbangkan selagi mana kau tak melampau. " Terang Roy teruja.
Aira diam seribu bahasa.
" Okeylah , aku beri kau masa untuk fikir sampai malam esok. Sekarang aku nak borak kosong sahaja dengan kau. " Kata Roy membuat keputusan.
Aira diam sebelum berpaling memandang Roy dengan pandangan yang susah difahami.
" Janganlah pandang aku macam itu. Okeylah jom berkenalan. Nama kau siapa ? " Soal Roy mesra.
" Aira. Aira Dania. " Sahut Aira letih.
" Aku tahu. Saja tanya " Jawab Roy sengaja.
" Eee lain kali jangan tanya. " Kata Aira geram.
" Suka hati akulah. " Kata Roy sebelum mencium bibir Aira.
Kelam - kabut Aira melarikan diri. Roy menarik tubuh Aira agar tetap diam di sisinya. Aira tetap melawan sebelum Roy bertindak menamparnya bertubi - tubi. Tangisan Aira tidak diperdulikan.
Longlai tubuh kecil Aira menahan sakit. Sebaik melihat Aira yang semakin lemah , Roy mengendongnya ke tilam. Lampu bilik dipadamkan sebelum Roy menanggalkan pakaian Aira. Air mata Aira dilap lembut dengan tangan sebelum Roy merogolnya.
" Awak , saya merayu jangan buat saya begini. Tolonglah. " Rayu Aira lemah.
" Syhh , jangan bazirkan tenaga dan masa kau. " Bisik Roy penuh nafsu.
Aira menutup mata menahan sakit sebelum diam terkulai tidak sedarkan diri.
Share this novel