BAB 2

Fantasy Series 14987

Dari tadi Hairi perhatikan Syaza dari dalam kereta. Gadis itu sedang berbual dengan Arif, tunangnya. ulang alik keluar dari rumah. Rahang lelaki itu bergerak-gerak. Pelipisnya juga diusap perlahan.

"Siapa lelaki yang ikut bersama dia tu?"

"Tunang dia."

"Tunang dia? Habis tu kenapa Tuan perlu ikut dia sedangkan dia dah ada tunang."

"Lelaki tu tak sesuai dengan dia."

"Jadi Tuan ingat Tuan seorang je yang sesuai? Sebab wajah dia seiras arwah Airish? Tak baik hancurkan hubungan orang lain. Jangan terlalu ikutkan nafsu."

" Kau diamlah! Aku dekati dia bersebab okay. Bukan sebab tu je! Ada yang lagi penting dari tu! Kau ada keistimewaan macam aku ke Rico? Tak ada kan. So shut up!" Hairi mula naik angin.

"Saya sedar saya tak ada keistimewaan macam Tuan. Tapi sebagai manusia biasa yang ada hati dan perasaan, saya tak tergamak perlakukan perempuan seperti itu. Mungkin dia betul-betul perlukan kerja untuk bantu keluarga ataupun diri sendiri. Kesian saya tengok dia. Macam baru lepas menangis. Tuan kejam sebab berhentikan dia tanpa sebab yang munasabah

"Ikut kaulah Rico. Malas aku nak jelaskan. Dah, jalan!"

"Jalan?"

"Sejak bila kau jadi pekak ni? Perlu bagi arahan berkali-kali?"

Rico tidak berkata-kata apa-apa lagi. Dia terus memandu kereta meninggalkan kawasan itu.

°°°°°°°

Syaza mundar-mandir di dalam bilik sebelum berhenti di hadapan katil. Dia memandang Anis yang sedang baring mengiring sambil menongkat dagu memerhatikan gerak-geri kakaknya sejak tadi.

"Anis, apa yang patut akak buat? Akak nak cari kerja dekat mana lagi? Lelaki tak guna tu dah pecat akak dan blacklist nama akak. Macam mana akak nak survive dekat sini?"

"Bunuh diri jelah."

"What! Kau gila ke Anis? Akak tak nak mati lagi!"

Anis ketawa mengilai. Sengaja memberi cadangan seperti itu untuk menyakat Syaza. Dia suka melihat reaksi Syaza ketika marah.

"Mentang-mentang kau dah jadi roh, kau ajak aku buat kerja bodoh macam tu. Bercakap dengan kau pun dah buat aku jadi macam orang gila tahu tak! Semua orang ingat aku tak siuman sebab cakap sorang-sorang padahal dengan kau!"

Lagi kuat tawa Anis. Syaza yang dikenalinya seorang yang suka membebel apabila dia cuba menyakat. Kalau dahulu pasti tubuh badannya menjadi mangsa sekali. Sekarang Syaza tidak mampu memukulnya kerana dia bukan lagi manusia.

"Sudahlah! Menyakitkan hati je. Sekarang ni kita kena fikirkan cara untuk akak dapatkan kerja lain secepat yang mungkin. Sewa rumah nak kena bayar bulan depan. Kalau tidak mahunya akak kena tendang dari rumah ni. Akak tak naklah pindah. Penat sangat. Takkan nak duduk dekat kaki lima."

"Abang Arif kan ada."

"Ye memang dia akan bantu. Dia usaha cara dia. Kita usaha cara kita. Tolonglah Anis. Kau jelah harapan akak. Tolong usha mana-mana tempat yang ada kerja kosong. Please." Rayu Syaza dengan sepenuh hati.

"Alright." Anis menghilangkan diri sekelip mata.

Lega hati Syaza apabila Anis sudi membantu dia.

°°°°°°°°°°°°°°

"Ini bakinya. Saya jual ya. Terima kasih. Datang lagi." Ucap Luqman sambil menghulurkan baki duit kepada seorang pelanggan.

"Syukur Alhamdulillah ramai juga pelanggan hari ini. Pasti mak gembira."

Luqman tersenyum lebar. Dia bangun memeriksa barang-barang yang sudah habis untuk dipenuhkan semula.

Satu bungkus mee segera berjenama maggi jatuh di lantai. Luqman mengutip kembali dan diletakkan pada tempat asal. Belum sempat dia berpaling, bungkusan yang sama jatuh sekali lagi. Luqman sudah menggaru kepala. Rasanya dia letak elok sahaja tadi. Macam mana boleh jatuh. Malas nak fikir negatif, dia letak semula.

Luqman melangkah ke arah rak lain dan memeriksa barang-barang. Sekembalinya dia di rak yang menempatkan makanan segera tadi, dia terperanjat apabila melihat 3 bungkus mee segera berada di lantai. Hatinya mula terasa tidak sedap. Bulu roma turut meremang. Takkanlah ada makhluk lain yang menemaninya di sini? Sudahlah hanya dia seorang berada di dalam kedai runcit itu.

Mulutnya terkumat-kamit membaca doa-doa yang terlintas dalam fikiran. Pandangannya beralih pada jam di dinding. Baru pukul 7.00 petang. Belum pukul 9.00 malam. Takkanlah nak kena tutup kedai awal disebabkan gangguan tadi. Rugilah dia.

"Siapapun kau, tolong jangan kacau aku. Aku ada ALLAH! Aku tak takutkan kau!" Dengan lantang Luqman berbicara. Langkahnya diatur menuju ke arah kawasan tadi. Laju tangannya mengutip bungkusan-bungkusan mee segera.

Bang, saya nak minta 2 bungkus maggi boleh? Suara seorang perempuan berbisik di telinga.

"ALLAHUAKBAR!"

Dek kerana terkejut bungkusan mee segera yang dipegangnya tercampak jauh. Jantung berdegup laju. Dia memandang sekeliling. Langsung tiada sesiapa di situ.

Dengan perasaan cuak yang masih tersisa, dia kembali ke arah kaunter dan terduduk. Wajahnya yang sudah berpeluh dikesat menggunakan baju. Sumpah! Belum pernah dia terkena gangguan seperti tadi. Ini kali pertama. Kedua belah tangan diletak atas meja. Matanya tertancap pada satu kertas kecil di situ. Ada pesanan berserta alamat di situ. Sekali lagi Luqman melilaukan pandangannya. Manalah tahu ada pelanggan masuk tanpa disedarinya. Langsung tak ada. Nampak terpaksalah dia tutup awal hari ini.

°°°°°°°°°°

Pintu rumah diketuk seseorang bersama ucapan salam. Syaza yang baru selesai mandi bergegas keluar dari bilik.

"Siapa pula yang datang maghrib-maghrib macam ni?" Omel Syaza.

"Waalaikumsalam. Ya?"

Pintu rumah dibuka. Seorang lelaki sedang berdiri di hadapan pintu. Ada bungkusan plastik ditangannya.

"Erk..maaf menganggu. Cik ada pesan maggi ke?"

Berkerut dahi Syaza. Bila masa pula dia kirim maggi."

"Tak adalah."

"Tapi tadi dekat kedai, saya jumpa pesanan beserta alamat cik."

"Oh ye ke? Ada kot." Terpaksalah Syaza mengaku.

"Sekejap ya. Saya ambil duit di atas." Pintu ditutup kembali. Dia berlari masuk ke dalam bilik dan mencari dompetnya. Not rm10 dikeluarkan.

Syaza kembali semula ke pintu utama. Dia buka dan hulurkan duit tersebut.

"Terima kasih. Keep the change. Saya beli ya. Buat susah-susah je hantar." Ucap Syaza sebelum menutup pintu dan mengunci. Dia berpaling ke belakang dengan wajah garang.

Anis sedang duduk bersantai di sofa memandang dia dengan wajah yang selamba.

"What have you done?"

"Ala. Orang saja bergurau. Abang tu kacaklah. Akak tak tengok dia terkejut tadi. Sumpah comel."

"Tak pasal-pasal terbang duit akak rm10! Ni semua Anis punya pasal!"

"Rm10 je pun."

"Rm10 je pun kau kata? Dalam keadaan akak yang macam ni, rm10 sangat berharga tahu tak!"

"Yelah. Anis faham. Sebab tu Anis suruh abang kacak tu hantar maggi. Supaya akak boleh teruskan hidup."

"Akak suruh carikan kerja bukan maggi!"

"Carilah sendiri! Dasar pemalas!" Anis menjelirkan lidahnya sebelum menghilangkan diri.

"Kurang ajar!"

Hanya tawa Anis yang Syaza dengar. Sakit pula hatinya. Kalaulah Anis itu manusia, sudah lama dia kerjakan. Tak boleh diharap langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience