BAB 4

Fantasy Series 14987

"Hei nasi goreng! Hei sungguh lazat. Sungguh sedap. Sungguh enak. Digoreng dengan perencah adabi." Beria Syaza menyanyi. Tangannya tangkas bermain dengan sudip. Menggaul nasi putih di dalam kuali supaya sebati dengan rencah.

"Sedapnya."

"Mestilah sedap! Chef Syaza Rania yang masak ni!" Bangga dengan diri sendiri kerana berjaya memasak nasi goreng.

"Eh?" Pantas Syaza menoleh. Tiada siapa di situ melainkan dia seorang. Siapakah yang menegurnya tadi. Macam suara garau lelaki je.

Laju tangannya bekerja. Tak sanggup berlama-lama di dapur. Cukuplah Anis sahaja yang menemani. Takkan ada gangguan lain. Selesai masak, nasi goreng tadi diletak ke dalam pinggan. Dia beredar menuju ke ruangan hadapan. Pinggan diletak atas meja berhadapan tv yang sudah sedia dibuka. Sudah tersedia sebotol air mineral bersama gelas di atas meja. Dia tuang air dalam gelas dan minum sedikit.

Bau aroma nasi goreng yang dimasak cukup membuatkan perutnya berkeroncong. Pinggan berisi nasi goreng diangkat. Dia duduk dalam keadaan bersila di sofa.

"Bismillah." Ucap Syaza sebelum menyuapkan sesudu nasi ke dalam mulut.

Dengan mimik wajah, dia menikmati nasi goreng itu. matanya turut dipejamkan. Nikmat tidak terkata

"Wow! Amazing. Pandai betul kau masak nasi goreng, Syaza. Good job." Pujian dilemparkan kepada diri sendiri.

"Yeke?"

Matanya serta-merta dibuka. Siapa pula yang mengacau dia. Tengah makan kot. Hampir tercampak pinggan ditangan apabila melihat seorang lelaki sedang duduk di hadapan meja sambil menongkat dagu. Mujur dia berjaya mengawal perasaan.

"Aw..awak?"

"Yeah! It's me darl. Good morning." Ucap lelaki itu ceria.

"Awak buat apa dekat sini hah!"

"Saje datang jenguk. Tak boleh ke?"

"Aa..Anis!" Syaza menjerit sedikit kuat.

Seketika kemudian Anis muncul.

"Apa jerit-jerit ni? Tak boleh ke panggil orang elok-elok?" Marah gadis itu. Dia memandang ke arah lelaki yang sedang duduk.

"Oh hai, bakal abang ipar. Awal pula datang jenguk bakal isteri ya. Rindulah tu."

Membulat mata Syaza melihat Anis yang sedang tersengih-sengih.

"Hensemnya bakal abang ipar Anis. Sesuai dengan akak."

"He is not my future husband!"

Hairi tersenyum sahaja melihat dua beradik bertelingkah. Dalam masa yang sama, hatinya terasa sedikit sebak. Dia rindukan keluarganya. Namun mereka tidak punya keistimewaan untuk melihat dia. Puas dia menjerit dan cuba berbuat sesuatu agar kehadirannya disedari mereka. Malangnya dia tidak mampu.

Tragedi yang berlaku kepadanya minggu lepas masih segar di ingatan. Kereta yang dipandu Hairi tiba-tiba hilang kawalan dan terjunam masuk ke dalam gaung. Ada seseorang yang telah mensabotaj dia. Semua ini berlaku gara-gara satu rahsia besar yang diketahuinya. Kerana tidak mahu dikantoikan, si pelaku sanggup melakukan perbuatan khianat kepada anak majikan sendiri.

"So tell me, Tuan Hairi. Why do you need a help from me?" Soal Syaza apabila melihatkan Hairi seakan sedang mengelamun. Dia memandang tepat pada lelaki itu dalam keadaan kaki yang disilangkan. Lagaknya seperti bos bertanya kepada pekerja.

"Only you can help me."

"Sebab saya boleh nampak encik?"

Hairi menganggukkan kepala.

"Encik dah pecat saya dan blacklist nama saya dari bekerja di mana-mana syarikat! Lepas tu ada hati nak minta tolong orang. Tak malu ke?" Syaza berpeluk tubuh. Kepala ditoleh ke arah lain. Kononnya sebagai tanda jual mahal.

"Saya tak malu untuk minta tolong awak sebab saya dianiaya orang."

"Habis tu, encik aniaya saya tak apa pula?"

"I'm so sorry."

"Sorry naik lorilah. Saya tak nak tolong."

"Syaza, saya sanggup berikan apa sahaja yang awak nak asalkan awak bantu saya."

"Apa sahaja?"

"Ya."

"Duit 10 juta boleh?" Matanya menjeling Adiknya. Anis sudah menjegilkan mata.

Tamak sungguh kakaknya.

"Boleh."

Syaza kembali memandang ke arah Hairi.

"Boleh? Seriusly boleh?"

"Tak payah nak tamak sangat! Akak nak buat apa dengan duit 10 juta? Merepek je perempuan ni. Demand gila."

"Alah. Boleh pergi melancong lepas tu bina syarikat sendiri.

"Jangan nak beranganlah kak! Silap-silap haribulan tak sampai setahun syarikat tu wujud dah lingkup! Akak tu bukannya pandai selok-belok syarikat!"

"Yelah-yelah. Huh! Bagi jelah seikhlas hati encik."

"Seikhlas hati?"

"Ya dan jangan lupa bersihkan nama saya semula. Saya perlukan kerja untuk teruskan hidup."

"Kalau saya bagi hati saya boleh?"

"Hati encik nak buat apa?"

"Cinta dan sayangkan awak dengan sepenuh hati."

"Yeah! Good job bakal abang ipar! Itulah yang diperlukan kakak saya!" Anis menepuk tangan.

Syaza memandang adiknya dengan pandangan sedikit meluat. Suka sangat menyakat dia.

°°°°°°°

"Tolong call no seseorang." Pinta Hairi.

"Siapa? Keluarga ke?"

"Bukan keluarga. Pembantu."

"Yang hari tu?"

"Ya."

"Okay. Siapa namanya?"

"Rico."

"Rico? Nama sebenar ke? Muka nampak macam orang melayu tulen."

Hairi mengeluh. Banyak cakap pula gadis di sebelahnya. Kalau marah nanti risau tidak mahu dibantu pula.

"Nama sebenar dia Roslan." Balas Hairi acuh tak acuh.

"Laa yeke? Nama sebenar Roslan. Nama panggilan Rico. Bukan main lagi. Ish,ish,ish." Kepala digeleng-gelengkan.

Melihatkan Hairi seakan tiada mood, Syaza menyoal kembali

"Berapa no telefon dia? Saya nak call."

"."

"Okay baik." No itu segera didail. Panggilan diangkat.

"Assalamualaikum. Siapa ni?"

"Waalaikumsalam. Err, hai boleh berkenalan?"

"Jangan nak main-mainlah!"

Belum sempat Rico mematikan panggilan, cepat-cepat Syaza menghalang.

"Eh nanti dulu! Saya gurau je tadi. Saya nak jumpa encik! Penting! Ada hal yang perlu saya bincangkan. Semua ini berkaitan dengan Tuan Hairi. Boleh kita jumpa?" Syaza memandang ke arah Hairi. Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience