BAB 9

Fantasy Series 14987

Syaza bersiap-siap untuk menemui Arif. Dress yang dibelikan Hairi sudah siap dibasuh malam tadi untuk dipakai pada hari ini.

Mata berkalih ke arah jam di dinding. Sudah hampir pukul 11 pagi. Tidak lama lagi Arif sampai. Baik dia tunggu sahaja di luar. Syaza memeriksa rumah untuk kali terakhir sebelum bergegas keluar.

"Tak payahlah pergi."

Syaza memandang Hairi yang muncul secara tiba-tiba. Lelaki itu sedang duduk bersantai di sofa.

"Kenapa pula?"

"Nyawa awak dalam bahaya, Syaza. Arif ada niat tak baik pada awak."

"Tak baik buruk sangka Ery."

"Bukan buruk sangka tapi saya dah baca segalanya tentang dia. Dia tak cintakan awak. Dia cuma nak permainkan awak je, Syaza. Percayalah cakap saya."

"Who are you?"

"Tuan Hairi."

"Yes! Tahu pun. Awak manusia biasa atau spesis jin yang menyerupai manusia. Setahu saya jin je yang suka rasuk-rasuk manusia ni."

"Syaza, s.."

"Stop it Ery! Kira bagus saya nak bantu awak tapi setakat tu jelah. Tak perlu masuk campur urusan peribadi saya."

Langkah kaki diatur menuju ke arah pintu utama. Hairi cuba menghalang dengan mendepangkan tangan namun tubuh Syaza menembusi tubuhnya.  Syaza buka pintu dan keluar sebelum mengunci pintu. Tiada gunanya berbalah dengan Hairi. Buang masa sahaja.

Ketika Syaza menghampiri pagar rumah, dari jauh dia nampak kereta milik Arif. Syaza segera keluar dari pagar dan menanti kereta Arif berhenti di hadapannya.

Berhenti sahaja kereta, Arif keluar dan membukakan pintu kereta untuk Syaza.

Baik pula mood hari ini. Ingat tak sudi. Omel Syaza di dalam hati.

Dia tersenyum sebelum masuk ke dalam kereta.

"I miss you so much sayang. B minta maaf sebab marah sayang semalam. Sorry tau." Ucap Arif. Jari jemari Syaza digenggam dan dibawa ke bibir. Dia kucup lama.

"It's okay b."

Arif tersenyum lebar sebelum mula memandu kereta.

"Sayang tak kisah kan keluar sampai malam?"

"Malam?"

"Ya. B ingat nak bawa sayang ke satu tempat special."

"Kita pernah pergi ke tempat tu?"

"Tak pernah sayang."

"Okay."

Syaza mendengar bisikan halus di telinga yang menyuruhnya agar tidak pergi. Telinga ditekup.

"Kenapa ni sayang? Are you okay?"

"Err. Tak ada apa-apa." Tangan dialihkan. Dia tersenyum ke arah Arif.

"Betul ni?"

"Betul." Kepalanya diangguk-anggukkan.

Kereta yang sedang dipandu Arif membelok masuk ke kawasan parking sebuah mall. Syaza mula gelisah. Kedai-kedai di situ bukannya kedai-kedai biasa tetapi yang agak terkenal dan berjenama. Harga pun bukan murah. Mana dia nak cekau duit.

"B, err. Kita pergi tempat lain jelah."

"Kenapa?"

"Sini.."

"Mahal?" Arif mengangkat kening tinggi.

"Ye."

"Tak apa. Soal duit, sayang janganlah risau. B belanja sayang okay." Mata dikenyitkan sebelum kembali fokus pada hadapan. Dia mencari-cari kotak parking yang kosong. Mujur ada sebuah kereta baru nak keluar. Terus sahaja dia menunggu sebelum masuk ke kotak parking tersebut.

Syaza keluar dan sengaja melihat ke arah cermin bahagian tempat duduk belakang. Hairi ada di situ.

Menyibuk je mamat ni! Kutuk Syaza di dalam hati.

"Let's go dear."

Arif mendekati Syaza dan cuba memegang tangan gadis itu namun dia terasa terpegang sesuatu yang sejuk seperti ais. Laju tangan dialihkan. Tubuhnya menggigil sedikit. Pelik juga padahal cuaca hari tu cerah. Dia menyentuh lagi. Juga sama.

"Sejuknya tangan sayang."

"Sejuk?" Berkerut dahi Syaza. Dia mengusap kedua belah tangan. Tak sejuk langsung. Biasa je. Ni semua kerja Hairi. Lelaki itu yang cuba mengusik Arif. Biarlah. Dia pun tak ingin pegang tangan tunangnya.

"Erm. Tak apalah. Jom." Ajak Arif.

Mereka berjalan seiring diikuti Hairi. Lelaki itu sibuk bisikkan sesuatu pada telinga Syaza.

"Saya malas nak rasuk Arif. Hatinya busuk seperti bangkai."

Syaza buat tak tahu sahaja. Dia berhenti melangkah apabila Hairi menyentuh tangannya.

Sejuk sangat.

Arif sudah jauh ke depan. Hairi berdiri di hadapan Syaza. Hanya gadis itu sahaja yang boleh melihat.

"Awak tahu tak lelaki tu nak aniaya awak? Dia nak buat benda jahat pada awak malam ni. Awak tahu tak Syaza!"

"Saya tak percaya."

"Terpulanglah Syaza. Kalau dia apa-apakan awak nanti, jangan nak seru-seru nama saya!" Hairi berkata dengan nada sedikit keras sebelum dia melangkah menembusi tubuh Syaza.

Membulat mata gadis itu. Dia terkedu buat seketika sebelum kembali sedar apabila namanya dipanggil Arif.

Tangan Syaza ditarik Arif.

"Ish dia ni. Boleh pula dia berdiri tengah-tengah tu. Kita cakap seorang diri."

"Maaf."

"It's okay." Wajah dimaniskan. Dia bawa Syaza masuk ke dalam mall tersebut.

Satu persatu butik dan kedai berjenama dikunjungi mereka. Setiap kali keluar pasti membawa beg kertas yang baru sehingga penuh tangan. Syaza keletihan tetapi tidak Arif.

"Takkan dah penuh kot. Baru sikit ni."

"B beli semua ni untuk siapa?"

"Untuk sayanglah."

"Banyak duit b."

"Banyak. Malam nanti lagi banyak. Jomlah shopping lagi."

"Tak larat dah. B nak, b pergi seorang. Saya duduk dekat sini je."

"Hurm..tengok tu. Dahla susah nak jumpa. Bila jumpa macam ni pula."

Akhirnya Syaza akur dan menuruti sahaja kehendak Arif. Bertambahlah beg kertas dia di rumah. Hairi dah belikan untuk dia. Sekarang Arif pula.

°°°°

Mereka makan di sebuah restoran eksklusif. Dua beg kertas dihulurkan pada Syaza.

"Apalagi ni b?"

"B nak sayang tukar pakaian sekarang. Muka tu touch up sikit"

"Tapi kenapa?" Soal dia dengan wajah kepenatan.

"Kan b dah cakap malam ni b nak bawa satu tempat special. Kenalah pakai cantik-cantik.

"Tapi pakaian ni seksi. Saya ingat b nak saya pakai lepas kahwin nanti."

"Eh boleh tak jangan membantah!" Wajah Arif bertukar serius.

"Hurm. Baiklah." Malas nak menyoal apa-apa lagi. Syaza bangun dan ambil beg kertas itu. Dia menuju ke arah tandas dan menukar pakaian.

Syaza memandang Arif di sebelah. Perutnya masih lapar namun dia hanya mampu makan sedikit sahaja. Tidak selesa dengan pakaian yang dipakai. Arif pula yang sedang memandu asyik tersenyum sejak dia keluar dari tandas tadi lagi. Pelik melihat kelakuan lelaki itu. Hatinya masih lagi tertanya-tanya kemana lelaki itu mahu membawa dia.

Wajah Syaza berubah cuak apabila kereta milik Arif berhenti di sebuah kelab malam. Sudahlah dia mengikut lelaki itu dari pagi tadi sehingga ke malam. Sekarang nak pergi berhibur di sini pula?

"Kita nak buat apa dekat sini?"

"Sorry. Nak jumpa kawan sekejap. Terpaksa bawa sayang sekali."

Syaza menurut sahaja tanpa bersangka buruk. Tangannya digenggam erat Arif.

Bodoh betul akak ni.

Kedengaran suara Anis.

Akak ingat dia nak jumpa kawan dekat sini? Kirim salam jelah!

Syaza cuba menarik tangan namun Arif bertindak memegang lengannya. Kuat pula cengkaman lelaki itu. Selepas menunjukkan pas kepada pengawal yang menjaga di hadapan pintu, Arif memaksa Syaza masuk ke dalam.

Bunyi musik bingit serta lampu yang menyilaukan mata menyebabkan Syaza terasa hendak pitam.Sudahlah penuh dengan manusia.

Arif bercakap dengan seorang lelaki sebelum lelaki itu membawa Arif ke satu lorong. Lengan Syaza masih dicengkamnya.

Tiba di sebuah bilik, lelaki tadi membukakan pintu dan Arif membawa Syaza masuk.

Tubuh Syaza ditolak kasar ke lantai.

"Apa semua ni b?" Air matanya mengalir. Pandangannya masih lagi berpinar tetapi dia cuba menguatkan diri.

"Kau tahu tak pakcik kau yang upah aku supaya bertunang dengan kau. Sebab diorang nak kebas harta arwah mak bapak kau! Diorang bagi aku duit tau. Tapi tak cukup. Jadi malam ni aku nak jual kau dekat bapak ayam. Barulah masyuk!"

Wajah Syaza berubah.

"Berapa lu boleh bayar sama gua betina ni? Barang baik punya. Masih dara."

Seorang lelaki bersut yang sedang duduk di sofa bangun. Dia bercangkung di hadapan Syaza. Dagu gadis itu didongakkan agar memandang dia.

"Cantik ini amoi. Guna boleh bagi lu rm50k."

"Takkan rm50k je? Up la sikit. Susah payah gua bawa dia ke sini. 200 k lah! Barang baik ni! Mesti lu pun untung ma. Customer vvip mesti berebut nakkan dia."

Dia meneliti tubuh Syaza . Senyuman sinis terukir di bibir.

"Okay deal. Rm 200 k." Pipi Syaza diusap lembut. Gadis itu menepis. Syaza mengesot mendekati Arif dan memeluk Kaki Arif.

"B tak boleh buat saya macam ni. Saya cintakan b."

"Pergi mampus dengan cinta kau Syaza! Aku langsung tak cintakan kau. Selama ni aku berpura-pura je! Perempuan bodoh! Bengap!" Dia ketawa agak kuat.

Baru Syaza teringat. Memang benar kata Hairi. Arif cuma nak permainkan dia. Kini sudah terbukti. Dia yang degil.

Ery...tolong muncul dan selamatkan saya.. Syaza berdoa di dalam hati.

Syaza berfikir sejenak.

Kenapa aku perlu minta tolong Ery sedangkan aku pemilik tali pinggang hitam dalam Taekwondo?

Dia tersenyum sinis. Nampaknya malam ini ada yang masuk ICU. Dah lama dia tak belasah orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience