BAB 13

Fantasy Series 14987

"Papa dan mama izinkan tak Syaza tinggal di sini bersama kita? Kesian dia. Dahla sebatang kara, rumah sewa pula terbakar. Saudara mara tak ada dekat sini. Takkanlah Asha nak biarkan dia merempat tepi jalan pula."

Puan Dahlia dan Tuan Mikael terdiam. Wajah Syaza dipandang lama. Gadis itu menundukkan kepala tanda segan. Ye, dia sedar diri dia bukan sesiapa. Langsung tak ada kaitan. Malu juga meminta dengan cara begini.

"Saya tak ada niat langsung nak ambil kesempatan. Saya cuma nak menumpang sekejap sahaja. Saya janji tak lama. Kalau uncle dan auntie rasa sangsi, saya boleh je jadi orang gaji dekat rumah ni."

"Awak janganlah risau sangat. Papa dan mama saya berhati lembut." Bisik Hairi. Lelaki itu berada di sebelahnya.

Hairi sengaja melentokkan kepala di bahu Syaza.

"Ery..." Nama lelaki itu disebut perlahan.

"Kenapa dinda? Kita ni macam sedang bincang soal perkahwinan kan. Cuma tak ada siapa yang nampak bakal pengantin lelaki. Awak, si bakal pengantin je nampak saya. Jom kita nikah secara ghaib nak tak?"

Rimas pula Syaza apabila Hairi berada di sebelahnya. Dia nampak tidak selesa. Sekejap mengalihkan kaki. Sekejap dia betulkan cara duduk. Masalahnya makin rapat pula dia dengan Hairi kerana lelaki itu mengikut sama.

Tiba-tiba Hairi bangun dan duduk melutut di hadapan Syaza.

"Awak langsung tak sedih kan walaupun dah putus dengan Arif. Waktu awak cakap awak sayang Arif dekat dia pun, awak rasa biasa je sebenarnya. Awak nak tahu kenapa?"

Syaza hanya diam. Mata memandang ke arah lain. Sikit pun dia tidak dapat fokus dengan perbualan Tuan Mikael, puan Dahlia dan Natasha kerana Hairi.

"Sebab ada perasaan lain mula bercambah dalam hati awak kepada saya."

"Mana ada." Suaranya kedengaran di celah gigi.

"Ada Syaza. Walaupun awak cuba menidakkan tapi awak tak mampu sembunyikan dari saya. Saya boleh baca isi hati awak. Luaran awak rimas dengan saya. Jauh dari sudut hati, awak selalu mahukan saya ada di sisi. Sebab saya kacak! Awak sukakan lelaki kacak. Bukan nak perasan tapi itu kenyataan."

Tanpa disedari Syaza, wajahnya sudah merona merah.

"Syaza."

"Err ya?" Dia memandang ke arah Tuan Mikael dan puan Dahlia.

"Auntie cakap dengan kamu tadi. Kamu dengar tak?"

"Sa..saya nak pergi tandas sekejap." Syaza bangun dan berjalan menuju ke kawasan dapur. Dia masih ingat di mana dapur rumah itu.

Ada sebuah tandas di kawasan dapur. Terus sahaja dia masuk dan mengunci pintu. Dia menuju ke arah singki dan memandang wajahnya di cermin. Nafas dilepas perlahan. Kepala paip dibuka. Berkali-kali dia membasahkan wajah sebelum kembali memandang ke arah cermin.

Selepas terasa sedikit lega, Syaza keluar dari tandas. Hampir menjerit dia apabila melihat Hairi di situ. Lelaki itu seringkali mengekori dia kemana sahaja.

"Bagus juga awak tinggal dekat sini. Bolehlah melawat bakal husband awak dekat atas tu dan tanya khabar dia."

"Cukuplah merepek Ery."

"Eleh, baru merepek sikit dah haru biru. Ni belum lagi saya sebut i love you. Pengsan terus."

Satu jelingan tajam dihadiahkan pada Hairi sebelum dia beredar.

°°°°°°°°°°

"Terima kasih akak."

"Tak ada apalah. Benda kecik je tu. Atleast akak ada juga peneman. Sebelum ni selalu berborak dengan Ery. Sekarang tak dapat. Akak tak rapat dengan Nadya sebab dia selalu menyisihkan diri dari kami semua."

Natasha mengeluarkan sehelai baju t-shirt lengan panjang, seluar dan juga tuala yang bersih dari dalam almari. Dia hulur pada Syaza.

"Awak pakai baju ni dulu ya. Nanti kita keluar pergi shopping."

"Tapi saya tak ada duit kak."

"Jangan risau pasal duit."

"Tak apa ke?"

"Ish. Tak apalah. Dah jangan banyak cakap."

"Terima kasih." Syaza mengambil pakaian dan tuala dari tangan Natasha. Dia harus membersihkan diri kerana badannya sudah melekit.

Usai mandi, Syaza keluar dari bilik Natasha dan masuk ke bilik yang menempatkan Hairi. Dia mendekati lelaki itu. Nampak seperti lelaki itu sedang tidur dengan lena.

"Assalamualaikum awak. Saya datang lagi melawat awak dekat sini."

"Waalaikumsalam. Terima kasih sebab sudi melawat saya." Ucapan Syaza tadi dibalas seseorang.

Syaza langsung tidak mengangkat kepala. Dia masih memandang Hairi di atas katil.

"Cuba awak kiss saya. Manalah tahu tiba-tiba lepas awak kiss saya sedar."

"Diamlah Ery. Awak fikir ini kisah fairytale?"

"Lah, awak tak tahu ke? Saya ni sleeping handsome prince."

"Perasan!"

"Awak jeles dengan saya."

"Ery, siapa sebenarnya awak? Hantu ke? Jin? Manusia supernatural?

"Saya manusia tetapi sekarang ni saya adalah roh lelaki kacak."

"Cakaplah betul-betul!"

"Jodoh awak."

Syaza sudah mengangkat kaki untuk melangkah. Kononnya mahu mengacah-ngacah menutup mesin pernafasan lelaki itu.

"Don't Syaza! Awak tak nampak ke dekat atas sana ada cctv? Jangan khianati kepercayaan papa dan mama saya. Karang elok-elok boleh tidur sini, bermalam di lokap pula." Hairi menjuih mulutnya ke arah cctv.

"Menyampahnya! Bila awak nak sedar ha?"

"Awak tahu tak? Saya rasa best juga macam ni. Senang saya berada di sisi awak. Boleh hilangkan diri dan muncul. Cuma satu jelah. Saya tak boleh selesaikan sendiri masalah saya. Saya terpaksa minta pertolongan awak."

"Awak nak saya tolong macam mana?"

"Saya nak awak bekerja di syarikat papa saya."

"Hah? Saya mana pernah bekerja dekat mana-mana syarikat. Setakat kedai makan, kedai buku bolehlah."

"Please Syaza. Benda ni melibatkan masa depan syarikat."

"Jangan nak jadi selfish sangat Ery."

"What?? Bukan selfish. Awak cakap awak nak kerja. Saya nak bagi awak kerja, awak tak nak pula."

"Saya ingat saya nak stay dekat sini untuk beberapa hari sahaja. Lepas settle kan hal awak, saya nak pulang ke Kuantan semula."

"Awak ingat hal saya tu akan settle dalam beberapa hari je ke?"

"Habis, berapa lama?"

"Saya tak pasti. Yang saya pasti, awak tak perlulah pulang ke Kuantan. Awak akan menyesal nanti."

"Kenapa pula saya nak menyesal? Kubur keluarga saya di sana. Lagi satu masih ada barang-barang peninggalan keluarga saya di rumah."

"Semua barang-barang tu dah dibuang Syaza."

"Awak suka sakitkan hati saya, Ery!"

"Saya tak sakitkan hati awak. Saya cakap benda yang betul."

"Sudahlah!"

Syaza keluar dari bilik itu bersama dengusan. Sakit hati dengan Hairi.

°°°°°°°°
"Kenapa makan sikit sangat, Syaza?" Soal Puan Dahlia.

"Err. Saya dah kenyang sebenarnya."

Syaza cepat-cepat habiskan nasi yang sudah tinggal sedikit. Sebenarnya dia masih lapar namun melihatkan pandangan Nadya yang duduk bertentangan dengannya, selera Syaza terbantut. Celak bukan main tebal lagi di bawah mata. Pakaian pula serba hitam. Nampak sangat tak berpuas hati apabila Syaza makan sekali dengan keluarganya. Sejak diperkenalkan dari tadi lagi, gadis itu memandang dia.

"Saya bangun dulu ya." Ucap Syaza sebelum bangun. Pinggan diangkat sekali dan dia melangkah masuk ke arah dapur.

"Fuhh! Tajam betul pandangan budak tu. Seram."

Sedang asyik membasuh tangan, terasa tutuhnya dipeluk dari belakang. Pisau diletakkan pada leher. Air liur diteguk perlahan

"Jangan gerak. Kalau tidak, aku kelar leher kau."

"Astagfirullahaladzim! Nadya! Apa kau buat ni? Kau nak bunuh Syaza ke? Dia tetamu kita! Bukan penjahat!" Pekik Natasha. Dia sudah terasa tidak sedap hati apabila Nadya bangun sejurus selepas Syaza meninggalkan meja makan.

Nadya berpaling ke belakang bersama Syaza. Pisau masih berada di leher Syaza. Menggigil bibir Syaza. Belum pernah dia diancam seperti itu.

"Takkan dah kecut perut kot. Belasahlah dia. Awak kan ada black belt." Kedengaran suara Hairi berbisik di telinga.

Melampau pula Hairi suruh belasah adik sendiri. Lunyai anak orang karang. Tak pasal-pasal dia masuk lokap nanti.

Puan Dahlia dan Tuan Mikael yang mendengar pekikan Natasha tadi bergegas ke arah dapur. Terperanjat mereka berdua melihat Nadya sedang memegang pisau.

"ALLAHUAKBAR! Dya! Kamu alihkan pisau tu sekarang! Kalau tidak papa panggil polis!"

Nadya mendengus sebelum mencampakkan pisau. Dia tolak kasar tubuh Syaza ke lantai sebelum beredar dengan wajah tidak puas hati.

Natasha menerpa Syaza. Dapat dirasakan yang tubuh Syaza masih lagi menggigil. Kalau dia pun sama. Tubuh Syaza dibangunkan kembali.

"Awak okay tak, Syaza. Maafkan adik akak. Dia tu memang pelik sikit. Psycho."

"Asha, bawa Syaza masuk bilik."

"Baik papa."

"Maaf pasal hal tadi. Tak pasal-pasal kamu jadi mangsa." Sempat Puan Dahlia berkata sebelum Natasha membawa Syaza pergi. Gadis itu tidak membalas kerana reaksi wajahnya masih lagi terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience