BAB 15

Fantasy Series 14987

Buka sahaja mata, Syaza menoleh. Alangkah terkejutnya dia melihat wajah Natasha begitu dekat dengan dirinya. Sudahlah gadis itu sedang melihat dia dengan senyuman.

"Morning honeydew."

Morning honeydew? Lain macam sungguh ucapan si kakak Hairi ini. Apa Natasha sudah buat tabiat ke? Selama hampir 2 minggu dia berada di sini, tak pernah pula Natasha memberikan ucapan seperti itu.

Syaza meletakkan telapak tangan di atas dahi Natasha. Langsung tidak panas.

"Mana ada akak demam. Akak okay jelah." Natasha tergelak kecil. Lengannya diletak pada pinggang Syaza. Syaza sudah menelan air liur. Mata memandang lengan Natasha di pinggangnya. Tidak normalkah gadis itu? Takkanlah Natasha sudah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar? Patutlah beria sangat mengajak dia tidur sebilik.

"Sa..saya."

"Kenapa?" Makin erat pelukan Natasha. Siap baring di atas lengan dia lagi. Macam pasangan suami isteri.

Ada juga aku tendang minah ni karang.

"Nak tendang akak? Tak baik tau."

Wajah Syaza berubah. Takkanlah Natasha mind reader seperti adiknya pula. Tangan Natasha dialihkan. Lengan juga ditarik kembali. Syaza bangkit dari katil.

"Rajin-rajinkanlah diri solat. Sedekah Al-Fatihah dan ayat suci Al-Quran dekat keluarga tu. Takkanlah itu pun nak kena ajar. Molek dah pakai tudung tapi solat liat."

Gadis itu berpaling ke belakang. Kakak Hairi sedang elok menongkat dagu memandang dia. Hatinya sedikit tersentuh mendengar kata-kata itu. Kenapa tiba-tiba dia dinasihati? Sedangkan sebelum ini tidak pernah sesekali Natasha berbicara hal tersebut kerana itu soal peribadi.

"Orang nasihat tanda sayang. Cubalah dengar sikit. Benda baik haruslah diikut. Benda buruk ditinggalkan. Kita pun tak tahu bila ajal kita sampai. Selagi kita masih hidup, kenalah sentiasa tambah amalan supaya senang di hari kemudian."

Terkena lagi! Deep into your heart. Syaza pegang dada. Sumpah sentap. Apa jahat sangat ke dia ni?

Syaza berlalu pergi masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Hampir setengah jam dia di dalam. Keluar sahaja dari bilik air, Syaza melihat hamparan sejadah bersama telekung di atas lantai. Natasha sudah tiada di dalam bilik.

Usai menunaikan solat subuh, Syaza keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah. Dia terus melangkah ke kawasan dapur. Natasha ada bersama Puan Dahlia di situ.

"Dah solat?" Sapa gadis itu apabila melihat Syaza muncul.

"Solat? Solat apa pula Asha? Sekarang ni dah pukul 11.00 pagi."

"Solat subuh la mama. Bangun lewat."

"Oo." Malas nak soal lagi, Puan Dahlia membasuh daging yang sudah siap dipotong di singki.

Syaza melabuhkan punggung di sebelah Natasha. Gadis itu sibuk mengupas bawang. Dia turut membantu sekali.

"Tak lapar ke? Pergilah makan dulu. Dekat meja makan ada sepinggan mee goreng yang ditinggalkan untuk awak, Syaza."

"Habis kupas bawang ni, saya pergilah makan."

"Alah. Tak apa. Akak boleh buat sendiri." Ditolak-tolak bahu Syaza. Syaza bangun semula dan beredar dari bahagian dapur menuju ke ruangan meja makan. Tangannya dibasuh terlebih dahulu sebelum membuka tudung saji. Benar kata Natasha. Memang ada sepinggan mee bersama ayam goreng di atas meja. Air liur diteguk. Tiba-tiba rasa lapar. Pinggan itu dicapai dan diletak berhadapan dengannya sebelum dia duduk.

Tangan ditadah dan doa dibaca secepat yang mungkin sebelum dia menyuap ke mulut. Masakan Puan Dahlia memang sedap dan mengingatkan pada masakan arwah ibunya.

Natasha muncul dan duduk berhadapan dengan Syaza sambil menongkat dagu. Dia tersenyum melihat Syaza makan dengan penuh berselera.

"Akak nak?" Pelawa Syaza. Terasa segan pula Natasha melihat dia makan.

"Awak makanlah. Akak dah kenyang. Tapi kalau nak suap boleh juga." Natasha tertawa kecil.

Mee dalam pinggan diambil sedikit menggunakan garfu dan disuakan kepada Natasha. Laju sahaja dia menyuap ke dalam mulut.

"Thanks sayang."

Syaza tercengang. Natasha panggil dia apa tadi? Sayang? Oh biasalah. Sengaja bergurau agaknya. Dia tertawa.

"Suka sangat orang panggil dia sayang."

"Hah? Mana ada."

"Eleh. Macamlah kita tak tahu."

"Kenapa dengan akak ni? Dari tadi berperangai pelik."

"Mana ada pelik. Biasa je. Eh dahlah. Nak pergi jumpa papa sekejap." Natasha bangun meninggalkan Syaza sendirian di situ.

°°°°°°

Natasha masuk ke bilik bacaan merangkap pejabat Tuan Mikael. Kelihatan Tuan Mikael sedang sibuk menguruskan dokumen. Bersepah-sepah fail di atas meja kerja.

"Papa." Panggil Natasha.

"Yes Asha? Ada apa masuk ke sini? Papa tengah sibuk sekarang."

"Kenapa papa lantik Asyraf sebagai pengurus?"

Tuan Mikael menanggalkan cermin mata. Berkerut dahinya memandang Natasha. Kenapa pula anaknya tiba-tiba itu menyoal dia begitu? Anak perempuannya yang seorang ini mana pernah berminat untuk ambil tahu hal syarikat.

"Papa meeting dengan semua ahli lembaga pengarah. Mereka bersetuju untuk lantik Asyraf sebagai pengurus sementara bagi menggantikan Hairi. Kenapa dengan kamu ni Asha?"

Natasha tersenyum sinis.

"Kalau papa nak tahu, Asyraf tu dalang utama kemalangan Ery. Kalau bukan sebab dia, Ery takkan kemalangan dan koma! Dia upah orang untuk sabotaj kereta Ery! Papa tahu tak!"

"Apa yang kamu merepek ni? Kamu ada bukti ke?kes tu masih di bawah siasatan polis. Kamu memandai sahaja tuduh-tuduh orang."

"Papa lupa ke yang Ery ada kelebihan?"

"Ye papa tahu. Tapi sekarang ini, Ery sedang koma."

"Kalau Asha cakap yang sebenarnya dalam tubuh Asha ni Ery. Papa percaya?"

"Kamu mengigau ke Asha? Papa tahulah kamu rindukan Ery. Papa juga rindukan dia. Tapi tak perlulah nak mengaku yang kamu tu Ery."

Natasha terdiam. Nanti dia sebut satu persatu tentang hal papanya lain pula yang jadi nanti.

"Okay fine! Fine! Buat jelah apa yang papa suka asalkan papa bahagia!" Natasha keluar lantas mendaki tangga ke tingkat atas.

Pintu biliknya dikuak luas dan dia hempas. Syaza yang sedang membaca sebuah majalah terperanjat mendengar hempasan pintu dari Natasha.

Natasha berjalan ke arah Syaza lantas menarik tangan gadis itu.

"Syaza, jom keluar!"

"Pergi mana?"

"Ikut jelah! Banyak soal pula!"

"Sekejap. Saya bersiap dulu."

"Tak payah bersiap! Pakai je baju tu!"

Belum sempat Syaza membalas, dia sudah membawa Syaza keluar dari bilik dan turun ke tingkat bawah

Tanpa disedari mereka, ada yang memerhatikan dari sebalik pintu dengan pandangan benci.

Share this novel

Asidah Abdullah
2021-06-15 12:27:58 

update lagi dah lama tunggu chapter seterusnya cerita ni dah teggelam tolong jangan biar pembaca tunggu lama2


NovelPlus Premium

The best ads free experience