BAB 8

Fantasy Series 14987

Sedar sahaja dari lena, Syaza terasa seluruh tubuhnya lemah dan tidak bermaya. Dia hanya mampu diam tak berkutik memandang siling bilik. Lama dia terdiam begitu. Apabila ada sedikit kekuatan, barulah dia bangun.

Oh dah ada di dalam bilik sendiri rupanya. Bila aku balik? Ada orang hantar aku ke? Hatinya tertanya-tanya.

Pandangannya terhenti pada beberapa buah beg kertas di lantai. Bukan satu atau dua sahaja tetapi banyak. Secara perlahan-lahan dia bangkit dari katil. Tubuhnya tidak dapat berdiri dengan stabil dan menyebabkan dia jatuh terjelepuk di lantai. Cuba merangkak mendekati beg-beg kertas itu. Satu persatu beg kertas diambil. Nak tahu sangat apa isi dalam semua beg-beg kertas itu.

Bukan sahaja pakaian, alat solek dan kasut yang ada. Coklat turut ada di dalam salah satu beg kertas tersebut. Yang paling penting semua barang-barang dari jenama yang terkenal dan tidak murah.

Telefon milik Syaza berbunyi. Beg tangan di atas meja solek dia tarik dan segera mengeluarkan telefon.

Arif my Fiance calling...

Panggilan itu diangkat.

"Hello! Kenapa susah sangat nak call atau whatsapp?? Busy macam orang bekerja padahal duduk dekat rumah goyang kaki!" Hambur Arif.

"Err..assalamualaikum b. Maaf sangat. Saya ada kerja sikit. Itu yang tak sempat call. Tak tengok sangat telefon."

"Tak payah nak menipu aku! Kerja konon. Kau keluar dengan jantan mana ha sampai tak sempat nak tengok telefon?"

"Kenapa nak marah-marah sangat ni? Boleh tak cakap lembut-lembut?"

"Esok aku nak jumpa kau! Pukul 11 tepat aku datang jemput! Sharp! Jangan lambat!"

"Urm, baiklah. Ta.."

Belum sempat Syaza menghabiskan kata-katanya, panggilan sudah dimatikan.

Syaza berbaring di atas lantai. Lengannya dijadikan bantal. Mata dipejamkan.

Kenapa dah mengapa perangai Arif tiba-tiba berubah pula? Selalunya okay sahaja. Apa yang tunangnya mahu bincangkan esok? Dari nada suara, nampak seperti marah benar pada dirinya.

Hampir menjerit Syaza ketika dia kembali membuka mata. Hairi sedang berbaring dalam keadaan yang sama menghadap dia. Lelaki itu tersenyum.

"Apa yang awak dah buat pada diri saya?"

"Mana ada buat apa-apa."

"Penipu! Awak paksa saya bantu awak. Dalam masa yang sama awak cuba ambil kesempatan!"

"Mana ada ambil kesempatan sayang. Saya pun bantu awak. Semua barang-barang dekat sana, saya dah tolong belikan. Berterima kasihlah sikit."

"Huh!"

"Duit dalam beg awak tu. Nanti awak serahkan pada Arif."

"Duit?"

"Ya. Saya letak dalam beg awak. Pergilah check."

Syaza terduduk. Beg tangan miliknya dicapai. Seluruh isi dalam beg tersebut dipunggah ke lantai. Matanya membulat melihat ada dua ikat duit not rm50 yang agak tebal.

"Duit apa ni? Awak curi dekat mana?"

Hairi ketawa.

"Bila masa pula saya curi? Semua tu duit saya. Satu awak bagi pada Arif. Satu lagi awak simpan. Dalam dompet awak, saya ada selit kad kredit. Awak boleh guna bila perlu. Kalau tak cukup, awak call je kakak saya. Dia akan uruskan semua. Saya dah save no dia dalam telefon awak."

"Kakak awak?"

"Ya."

"Dia tahu ke pasal kita? Maksud saya pasal awak?"

"Haah. Waktu saya rasuk awak sekali lagi, saya beritahu dia. Orang lain tak tahu. Dia je yang tahu. Sebelum saya keluar dari badan awak, saya ajak dia pergi shopping.Semua barang-barang tu, dia yang tolong pilihkan untuk awak. Saya mana reti pilih."

"Awak ni teruklah!" Sebiji bantal Syaza capai. Dia baling pada Hairi. Tembus. Lelaki itu ketawa lagi kuat dari tadi.

"Cuba awak fikir. Kalau saya tak rasuk tubuh awak, macam mana saya nak bagi duit? Awak ingat keluarga saya akan percaya kalau tiba-tiba awak minta duit. Saya kenal mereka. Jadi saya terpaksalah buat macam tu."

"Hurm yelah. Sekejap. Saya nak tahu kenapa saya kena bagi duit pada Arif?"

"Esok awak akan tahu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience