BAB 12

Fantasy Series 14988

"Inilah apartment Ery." Asha membukakan pintu apartment milik Hairi. Syaza masuk ke dalam. Bulu romanya serta-merta meremang. Perasaan je agaknya. Dia cuba menyedapkan hati.

Apartment itu tidaklah sebesar rumah keluarga Hairi namun tetap kelihatan mewah. Dia tidak kisah. Dapat rumah biasa ataupun bilik sahaja pun, dia sudah cukup bersyukur. Ada juga tempat tinggal.

Tadi Rico menelefon Natasha. Mereka berjumpa di satu restoran. Syaza ceritakan semuanya kepada Natasha dan dia dibawa ke sini.

"Ery tak tinggal dekat sini ke? Biasa lelaki sukakan privacy."

"Ery malas tinggal dekat sini. Dia cakap macam tu je. Akak tak adalah tanya kenapa."

Mata Syaza tertancap pada gumpalan rambut di bawah meja. Air liur diteguk laju.

"Ish! Ni semua Tia punya pasal! Saya dah suruh dia kemas rumah ni. Dia pemalas. Nak tinggal free je." Muncul Hairi di situ.

"Tia?"

"Awak ni slow betul. Pontianak lah. Tapi saya panggil dia dengan nama Tia. Baru sedap sikit. Kalau panggil pontianak kan seram."

"Hah?" Wajah Syaza sudah cuak.

"Alah. Awak jangan takutlah. Tia tu tak kacau orang pun. Dia okay je. Cuma kalau tengah malam awak dengar bunyi tv terpasang, tak perlu takut. Tia lah tu. Haih! Siang-siang tak nak tengok tv. Malam-malam bila kita nak tidur sibuk nak tengok. Lepas tu mengilai seorang diri. Geram betul. Ganggu orang nak tidur je."

"Awak ni gila ke Ery?"

"Gila apa pula? Kalau awak boleh terima Anis takkanlah tak boleh terima Tia? Tia tu dah lama ada dekat sini. Sejak saya beli apartment ni lagi. Tapi saya tak sampai hati nak halau dia sebab dia tak ada tempat tinggal."

"Kepala hotak kau!"

"Eh Syaza. Awak okay?" Natasha mendekati Syaza. Pelik bila Syaza kelihatan memandang ke arah satu sudut. Sepertinya sedang berbual-bual dengan seseorang. Nampak pelik kerana tiada orang di situ.

"Saya tak nak tinggal dekat sini kak." Syaza segera memeluk tubuh Natasha. Menggigil sedikit tubuhnya. Memanglah dia sixth sense tapi tak pernah terlintas dalam fikiran nak tinggal dengan hantu. Anis tu kes lain. Dia hanya muncul bila dipanggil. Anis tak berwajah buruk.

"Habis awak nak tinggal dekat mana? Awak ada ke rumah lain? Rumah saudara mara?"

Laju Syaza menggeleng.

"Akak tak ada rumah ke? Please akak. Saya sanggup bayar. Tapi kena tunggu saya dapat kerja."

"Akak ada rumah. Cuma dah disewa orang. Takkan nak halau orang tu keluar pula."

"Rumah keluarga akak? Saya nak tinggal dekat situ boleh? Saya janji saya bayar. Serius kak. Saya tak sanggup tinggal dekat sini seorang diri. Tak nak ambil risiko."

"Tapi kenapa?"

Syaza mengeluh sebelum berbisik.

"Rumah ni ada hantu. Adik akak tu gila bagi hantu tinggal dekat sini. Akak tengoklah dekat bawah meja tu. Ada gumpalan rambut. Takkan rambut Ery kot."

Natasha mengusap tengkuk. Meremang pula bulu romanya. Dia pandang di kawasan bawah meja. Ternyata memang ada gumpalan rambut di situ.

Rico yang menyedari perubahan 2 gadis di hadapannya cuba membuka pintu bilik utama. Terperanjat dia dan terus beristigfar. Dada diusap lembut. Syaza dan Natasha bergegas pergi ke sana. Mereka terlopong. Pelik kerana kipas siling masih berputar dan berhenti seperti baru ditutup orang sedangkan tiada siapa di situ.

Keadaan bilik itu agak suram kerana langsir gelap yang menutupi tingkap. Rico beranikan diri buka langsir seluasnya. Cahaya masuk menerangi kawasan bilik itu. Syaza dan Natasha berpandangan antara satu sama lain dengan wajah sedikit pucat. Mereka melihat gumpalan rambut dan juga pasir di atas katil. Nampaknya memang ada yang menumpang di rumah itu.

Tak tunggu lama, mereka bertiga segera keluar dari apartment tersebut.

"Syaza tinggal dengan keluarga akak jelah. Akak pun tak sanggup nak biar Syaza tinggal dekat situ. Seram kot!  Tengah-tengah malam terjaga nampak benda tu baring sebelah kita dan pandang kita. Haish." Natasya buat mimik muka. Tubuhnya menggeletar.

"Ee! Memang taklah! Kak ni!"

Natasha ketawa.

"Tak apa ke saya tumpang rumah akak? Saya sanggup kerja sebagai orang gaji."

"In shaa ALLAH. Jangan risau. Akak cuba yakinkan papa dan mama akak ya."

"Awak tak boleh tinggal dekat situ Syaza. Ada budak gothic tak suka awak." Dia dengar suara Hairi di belakang.

"Budak gothic? Siapa?" Soal Syaza kepada Natasha.

"Budak gothic? Oh. Dia adik akak. Namanya Nadya. Suka pakai celak bawah mata sampai Ery gelarkan dia budak gothic. Adik akak tu memang tak ngam dengan Ery. Selalu bergaduh."

Syaza terdiam. Betul ke adik Hairi yang namanya Nadya tu tidak sukakan dia? Walaupun sebagai orang gaji? Tak. Gadis itu pasti sukakan dia. Kalau tak suka, dia tetap mahu tinggal di situ bukan di apartment Hairi tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience