BAB 10

Fantasy Series 14987

Maaf kalau ada typo. Merepek pa tak tahu.

°°°°°°°°

Syaza menyapu kedua belah tapak tangan sambil memandang lelaki-lelaki yang sudah terbaring di lantai. Arif pula pengsan akibat penangannya.

Secara tiba-tiba pintu ditendang seseorang. Kedua belah tangan mengepal penumbuk. Bersiap sedia jika diserang lagi.

Rico muncul bersama beberapa orang lelaki yang lain. Lelaki itu terpinga-pinga melihat ada beberapa orang lelaki sedang terbaring. Dia segera menerpa Syaza.

"Syaza, awak okay? Ada cedera tak?"

"Saya okay. Jangan risau. Macam mana awak boleh ada dekat sini?"

"Dalam kereta saya cerita. Sekarang saya kena bawa awak keluar dari sini terlebih dahulu."

Rico segera membawa Syaza keluar dari kelab malam itu diikuti dengan yang lain.

"Siapa yang belasah mereka semua?" Soalan pertama yang diajukan Rico selepas mereka masuk ke dalam kereta.

"Saya."

"What?" Membulat mata Rico.

"Saya ada black belt."

"Gila! Awak tahu tak, apa yang awak buat ni akan membahayakan diri awak."

"Kenapa pula?"

"Awak fikir mereka akan berdiam diri selepas dibelasah seorang perempuan? Takkan!"

"Tak apalah. Kalau diorang attack saya, saya lawan semula."

"Jangan cakap besar Syaza. Awak tak akan tahu apa yang awak bakal hadapi nanti."

"Hurm. yelah." Mulut dicebikkan. Pandangan beralih pada tingkap.

"Sebenarnya saya tak tahu pun awak dekat sini. Tapi saya terima satu panggilan telefon. Seorang lelaki. Dia cakap awak dalam bahaya. Bila saya tanya siapa langsung tak dijawab. Suaranya agak tidak jelas. No telefon pun tak boleh detect."

Tanpa disedari Rico, Syaza menunduk lantas tersenyum. Hairi marahkan dia. Dalam masa yang sama masih lagi peduli tentang dirinya.

"Memang saya peduli pasal awak tapi awak tu degil sangat!"

Dia dengar agak jelas suara Hairi. Terus menoleh di bahagian tepi. Ada Hairi di situ. Wajah lelaki itu serius sahaja.

"Saya bukan tak tahu awak ada black belt. Tahu sangat. Dah agak dah pun awak akan belasah mereka sebab tu saya malas tolong awak. Tapi saya panggil Rico dan orang-orang saya. Apa yang Rico cakap tu betul. Nyawa awak dalam bahaya sekarang. Salah seorang lelaki yang awak belasah tu pemilik kelab malam tu. Dia ank Dato'. Awak fikir setakat ini je?  Mereka takkan berdiam diri. Arif akan berdendam dengan awak. Saya dah baca dari awal hati dia Syaza."

"Habis tu macam mana?? Apa yang perlu saya lakukan." Cuak pula Syaza apabila Hairi berkata seperti itu. Dia cuma seorang. Kalau lawan 3 4 orang, dia mampu lagi. Kalau ramai-ramai siap bawa senjata habislah dia.

"Rico dan orang-orang saya akan lindungi awak."

"Tapi saya bukan sesiapa."

"Awak cakap dengan siapa?" Tersentak Syaza apabila suara Rico menyapa dia.

Syaza terdiam.

"Dari tadi saya perhati awak macam bercakap dengan seseorang tapi dekat sebelah awak tak ada orang pun."

"Boss awak ada dekat sebelah saya sekarang ni."

"Tuan Hairi." Sebut lelaki itu.

"Yes? Kenapa? Rindu ke? Aku tak rindu pun dekat kau. Kau buat kerja elok-elok ya. Kalau kau curi tulang aku potong gaji kau."

"Tuan Hairi cakap dia tak rindu pada awak. Dia suruh awak buat kerja elok-elok kalau tidak dia potong gaji awak."

"Tak payah nak merepek Syaza. Kata-kata itu daripada awak kan. Awak sengaja reka cerita."

"Roslan bin Hamzah. Berusia 35 tahun. Bekas gangster. Terhutang budi dengan Tuan Hairi selepas diselamatkan dia. Sudah bekerja hampir 5tahun dengan Tuan Hairi. Pernah minat dekat kak Asha tetapi perasaan itu terpaksa dipendam kerana bimbang dibuang kerja. Lagipun sedar diri muka tak berapa kacak." Syaza mengulangi semula apa yang diucapkan Hairi.

"Hei! Melampau! Takkan awak macam Tuan juga!"

"Bukan saya. Saya tak tahu apa-apa. Tuan awak yang beritahu. Saya cuma sebut supaya awak percaya kewujudan dia."

Rico mengetap bibir.

"Rico, awak jangan kutuk-kutuk Tuan Hairi dalam hati. Dia boleh tahu. Dia kutuk awak tak apa."

"Damn!" Stereng dihentak.

Syaza menunduk. Takut dimarahi.Hairi kutuk Rico. Dia yang jadi mangsa.

"Jangan marah-marah. Saya okay je. Saya boleh simpan rahsia dan tak akan beritahu kak Asha."

"Huh!" Rico mendengus.

Sakit hati dia apabila rahsianya diketahui orang.

°°°°°°°

Rico mahu menghantar Syaza. Dari kejauhan mereka ternampak api sedang naik menjulang tinggi.

"Ada kebakaranlah dekat kawasan perumahan awak."

Syaza cuma diam kerana hatinya terasa tidak sedap. Dia memandang Hairi di sebelah. Berharap lelaki itu bersuara namun Hairi cuma diam seperti dia.

"Rumah sewa saya ke yang terbakar tu awak?"

Hairi tetap duduk statik seperti tadi.

"Awak tanya saya? Manalah saya tahu."

"Bukan awak tapi Ery." Balas Syaza sebelum memandang Hairi kembali.

Bahu diangkat tanda tidak tahu.

"Jawablah Ery! Jawablah!"

Kereta yang dipandu Rico tidak dapat mendekati kawasan rumah Syaza kerana agak sesak  dengan orang ramai yang melihat dan juga bomba yang sedang memadamkan kebakaran. Dia terpaksa berhentikan kereta sedikit jauh. Syaza segera keluar dari kereta mendekati kawasan itu.

Hampir sahaja dia apabila melihat keadaan rumah yang sudah rentung dijilat api. Bukan rumah sewa Syaza sahaja, ada beberapa buah rumah yang terkena tempias. Bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran. Syaza tidak peduli dengan rumah tersebut namun ada barang-barang berharga kepunyaannya di dalam rumah itu terutama barang-barang peninggalan keluarga yang masih disimpan dan juga potret keluarga.

Cuba untuk masuk menyelamatkan barang-barang namun dihalang. Syaza meraung sekuat hati. Langsung tidak pedulikan orang ramai.

Menyesal sangat kerana mengikut Arif. Sudahlah hampir dijual. Rumah sewa pula terbakar.

"Awak tengoklah sekarang. Disebabkan sikap awak, orang lain kehilangan tempat tinggal. Semua berpunca dari awak."

Sayup-sayup dia dengar suara Hairi berkata kepadanya sebelum mata tertutup dengan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience