BAB 16

Fantasy Series 14987

Syaza terjaga dari tidur. Tekaknya terasa dahaga. Dia jeling Natasha di sebelah. Kelihatan sedang nyenyak tidur. Secara perlahan-lahan Syaza turun dari katil dan menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas. Pintu ditutup tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Dia turun ke tingkat bawah.

Belum sempat Syaza memasuki kawasan dapur, lengannya disambar seseorang. Tubuh dibawa ke satu sudut dan ditekan ke dinding. Pipi ditampar kuat. Terasa ada cecair mengalir keluar dari celah bibir. Pisau diletakkan pada leher.

"Nadya?" Tegur Syaza.

"Weh perempuan! Aku nak kau berambus malam ni juga!"

"Ha?"

"Tak payah buat muka terperanjatlah perempuan! Aku dah muak tengok muka kau dalam rumah ni! Kau siapa ha?? Tiba-tiba muncul dalam keluarga ni. Kau bukan saudara kami! Tak ada kaitan pun! Mesti kau ni jenis mata duitan sebab tulah. Kau fikir semua orang dalam rumah ni suka dekat kaulah? Kau silap besar! Aku tak pernah sukakan kau! " Nadya ketap bibir menahan geram. Ikutkan hati nak je dia tumbuk muka Syaza.

"Bukan main rapat lagi kau dengan kakak aku ya! Nasib baiklah abang aku sedang koma. Kalau tidak pasti kau goda dia! Dasar perempuan tak sedar diri!" Kepala gadis itu ditunjal kasar Nadya.

Mata Syaza sudah berair.

"Kau fikir bila kau menangis aku kesian? Pergi mampuslah! Ikut hati aku ni memang aku libas je dengan pisau! Biar mampus! Aku benci kau tahu tak!" Nafas Nadya turun naik.

"Sekarang ni aku nak kau berambus malam ni juga! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi! Cepat!"

Syaza memandang wajah Nadya. Gadis muda itu memang bencikan dia. Bukan sedikit tapi banyak. Terpancar kebencian pada wajah gadis itu.

Nadya membawa Syaza ke pintu hadapan. Jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Pasti semua orang sudah tidur. Nadya pula seperti burung hantu. Malam dia berjaga. Pagi pula dia tidur. Sebab itulah dia bertindak waktu begini. Kebetulan ternampak pula Syaza keluar , peluang yang dia ada tidak disia-siakan. Inilah masanya untuk menghalau gadis itu pergi.

Mereka berdua keluar dari rumah tanpa sebarang bunyi. Nadya memang licik. Tubuh Syaza terasa seram sejuk. Dia nampak banyak gila makhluk berkeliaran. Waktu begini mereka memang aktif. Dia pejam mata dan biarkan Nadya membawa dia. Tak nak pandang. Terlalu takut. Bibir dikemam. Ingin menjerit tapi nanti Nadya tikam dia pula.

Ada sebuah teksi menunggu mereka di depan pagar rumah.

"Cik Nadya, apa yang cik Nadya buat ni?" Soal pengawal keselamatan.

"Kau diam! Jangan nak masuk campur urusan aku!" Balas dia dengan suara yang keras.

Nadya buka pintu teksi dan tolak masuk Syaza Rania ke dalam. Beberapa keping not rm50 dikeluarkan dari poket. Dia hulurkan pada pemandu teksi itu.

"Pakcik hantar je dia kemana dia nak pergi. Janji jauh dari sini."

"Hantar saya ke Kuantan pakcik." Ucap Syaza.

"Kuantan? Jauh sangat tu dik. Kalau nak pakcik hantar ke Kuantan kena tambah lagi rm200."

Tanpa banyak soal Nadya keluarkan 5 keping not rm50.

"Saya bagi extra rm50. Hantar dia ke Kuantan."

Pemandu teksi itu hanya mengangguk.

Nadya mengundur ke belakang dan hanya melihat teksi tersebut bergerak pergi. Hatinya terasa sedikit puas kerana berjaya menghalau Syaza.

"Kalau korang beritahu papa dan mama aku, nahas aku kerjakan!" Sempat pula Nadya berikan amaran kepada dua orang pengawal keselamatan yang menjaga rumah mereka.

Dia masuk ke dalam rumah semula lantas mengunci pintu. Ketika melintas di ruang tamu, Nadya dengar bunyi piano. Sepertinya ada yang bermain dengan piano ke pada waktu-waktu begini. Setahu dia semua orang sudah nyenyak tidur.

Nadya melangkah ke arah bahagian yang menempatkan piano. Dalam samar-samar, dia nampak seseorang sedang bermain dengan piano. Terus sahaja lampu dibuka.

Dari belakang, Nadya kenal tubuh siapa. Bila masa pula Natasha bangun. Tadi mana ada.

"Kak Asha. Kenapa main piano malam-malam macam ni?" Soal Nadya. Berani pula dia menegur. Yakin yang itu Natasha bukan makhluk lain.

Apabila Natasha berpaling, Nadya jatuh terduduk di lantai. Dia mengesot menjauhi Natasha. Dengan rambut yang menutupi wajah, Natasha ikut sama turun ke lantai. Perlahan-lahan dia merangkak menghampiri Nadya. Menangis terus gadis itu dibuatnya.

Masakan tidak, setiap kali rambut Natasha teralih, Nadya nampak mata kakaknya bukan main bulat lagi memandang dia. Sebiji macam juon tapi tak berwajah buruk.

"Kau halau Syaza ye?"

Natasha ketawa mengilai.

"Mama!!!" Pekik Nadya sekuat hati.

"Kenapa panggil mama? Akak kan ada." Balas Natasha dengan nada menyeramkan.

Semakin lama semakin dekat dengan Nadya yang sudah terperangkap di dinding.

"ALLAHUAKBAR!" Terketar-ketar suara Nadya. Wajah dibasahi air mata yang makin deras mengalir.

"Baru sekarang nak ingat Tuhan? Hihihi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience