BAB 17

Fantasy Series 14987

Syaza selamat sampai di Kuantan. Pemandu teksi untuk menghantar dia ke rumah arwah kedua orang tuanya.

"Aku berjaya juga jejakkan kaki ke sini." Ujarnya sendirian sambil tersenyum.

Cuma dia pelik. Rumah itu seakan berubah. Dicat baru pula. Sebelum ini berwarna biru laut sekarang ungu. Ada sebuah kereta honda ditempat letak kereta. Kelihatan baru. Kereta siapa pula di situ. Setahunya mana ada sesiapa tinggal di sana.

Dia berjalan menuju pintu. Cuba ketuk. Manalah tahu ada orang.

"Assalamualaikum." Syaza berikan salam.

"Waalaikumsalam." Kedengaran suara orang lain menjawab salamnya dari dalam.

Pintu dibuka. Terjengul kepala seorang wanita. Mungkin sebaya arwah ibunya.

"Ye cari siapa?"

"Maafkan saya kerana mengganggu. Makcik siapa ye? Ini rumah arwah mak dan abah saya. Makcik tinggal di sini ke?"

"Ooo, rumah ni dah dijual. Jadi kami pemilik baru. Dah lama dah kami duduk sini dik. Hampir setahun. Tak pernah pun nampak adik datang."

Berubah riak wajah Syaza.

"Saya kerja kl makcik sebab tulah saya tak datang sini. Tak tahu pula rumah ni dah dijual. Kalau macam tu boleh tak saya ambil barang-barang milik arwah keluarga saya kat dalam." Syaza mahu masuk ke dalam namun dihalang.

"Eh, masa mula-mula makcik tengok rumah ni, memang dah kosong. Mana ada barang-barang."

"Kosong?"

"Ea dik. Kosong."

Pada pandangan dia mungkin, Encik Umar yang simpan barang-barang peninggalan keluarganya. Jadi dia bercadang nak pergi ke sana. Bukan jauh pun.

"Tak apalah ye mak cik. Terima kasih banyak-banyak. Maaf ganggu."

"Sama-sama."

Dia segera melangkah pergi ke rumah Encik Umar.

Apabila sampai di hadapan rumah pakciknya, Syaza terkedu. Betul ke apa yang dilihat di depan mata. Besar dan mewah sekali rumah Encik Umar. Daripada mana lelaki itu dapat duit sampai boleh renovate rumah macam tu sekali. Bayangkan rumah di sekeliling semuanya biasa, tiba-tiba ada sebuah rumah mewah di sini. Begitu gah sekali. Tak ke pelik? Ke dia silap rumah? Setahu dia memang inilah rumah Encik Umar. Ada beberapa biji kereta terparkir elok di situ. Bukan buatan Malaysia. Semua dari luar negara.

Kebetulan ada seorang makcik lalu. Syaza segera bertanya.

"Makcik, ni rumah encik Umar kan?"

Wanita itu memandang lama wajah Syaza sebelum bersuara.

"Haah. Eh kejap. Wajah kamu ni macam familiar je. Bukan ke kamu Nia, anak arwah Faridah dengan Othman?"

"Ea makcik saya anak dia." Dia bersalam dengan makcik itu. Senyuman terukir dibibir walaupun dia tidak cam siapa wanita di hadapannya.

" Lamanya kamu tak balik sini. Makin cantik ye kamu."

"Saya sibuk sikit makcik. Eh, takdelah. Biasa je. Makcik ni siapa ye?"

"Makcik Yatie. Kawan mak kamu. Rumah ni memang rumah Umar. Makcik pelik sangat dengan pakcik kamu tu, tiba-tiba dia dapat duit sedebuk dan boleh buat rumah sebesar ni. Entah-entah hasil daripada rezeki haram. Yelah, dia jual rumah arwah mak abah kamu. Duit tu dia ada bagi kamu ke?"

Syaza menggeleng.

"Ha!! Makcik dah agak. Mesti dia kebas semua harta mak abah kamu." Makcik itu mula nak membawang.

"Bila paklong siapkan rumah ni?"

"Baru beberapa bulan. Banyak lagi yang tak siap. Tengoklah pagar rumah pun belum sempurna lagi."

"Oh tak apalah ye. Terima kasih."

"Sama-sama." Bahu Syaza ditepuk perlahan sebelum mereka berpisah.

Syaza berpaling semula ke arah rumah Encik Umar. Sampai di hadapan pintu utama, dia tekan loceng.

Pintu dibuka. Seorang pembantu rumah membuka pintu

"Ya neng, cari apa?"

"Assalamualaikum bik. Encik Umar ada di dalam?"

"Waalaikumsalam. Ea ada. Neng ini siapa?"

"Saya anak saudara dia."

"Oh. Sebentar. Saya panggilkan tuan."

Pembantu rumah itu langsung tidak memberi dia masuk. Hanya tunggu di luar sahaja.

Beberapa minit kemudian Encik Umar muncul. Dia tidak keseorang tapi bersama isteri serta anaknya, Mimi. Wajah lelaki itu kelihatan bengis.

"Paklong." Tangan dihulurkan hendak bersalam namun Encik Umar langsung tidak menyambut. Yang lain juga sama. Kerek sungguh wajah mereka.

"Kau buat apa dekat sini! Aku ingat kau dah mampus!" Jerkah encik Umar.

"Apa paklong cakapkan ni? Nia tak faham."

"Ee tak malu betul. Masih ada hati nak jejakkan kaki ke sini. Mana tunang kau Arif? " sindir Mimi.

"Saya datang cara baik bukan nak bergaduh. Kenapa paklong jual rumah arwah mak abah saya?"

"Suka hati akulah! Aku nak duit!" Matanya dijegilkan pada Syaza.

"Tapi kenapa? Paklong kata paklong nak jaga rumah tu. Tapi paklong jual pula. Lagi satu, mana barang-barang dalam rumah? Saya nak semua barang."

"Tak payah nak kurang ajar dekat sini. Kira baiklah aku jual daripada mereput macam tu je. Kalau kau nak tahu, barang-barang dalam rumah tu semuanya aku dah buang! Tak guna dah nak simpan. Daripada menyemak baik aku buang!"

"Sampai hati paklong. Semua barang-barang tu ada kenangan saya dengan arwah keluarga saya."

"Buat apa simpan barang kenangan? Bukan boleh buat apa pun. Keluarga kau semuanya dah mampus. Tak boleh kembali semula. Asal kau tak mampus sekali? Ni nak kena upah Arif. Mana budak tak guna tu? Aku bayar dia mahal-mahal suruh dia hancurkan kau. Eh, boleh pula kau muncul dekat sini."

"Paklong memang kejam! Arif nak jual saya dekat kelab malam!"

Semua orang di situ ketawa mengejek. Langsung tak ada belas kasihan.

"Sebab kau tu bodoh! Bendul! Senang dipergunakan!"

"Apahal kecoh-kecoh ni?" Kedengaran satu suara lain. Seorang lelaki muncul. Lelaki itu merupakan abang sepupunya, Iskandar. Dia pandang Syaza dari atas ke bawah. Senyuman jahat terukir di bibir.

"Tak baik buat Nia macam ni tau. Bawalah dia masuk ke dalam. Boleh borak-borak minum air." Iskandar mendekati Syaza.

Tangan Syaza cuba dipegang Iskandar. Namun gadis itu menepis.

Iskandar ada niat jahat pada dia.

"Ala sayang. Kenapa garang sangat ni? Jom abang bawa pergi jalan-jalan nak tak. Nia kan suka jalan-jalan dengan abang." Dia cuba sentuh lagi Syaza.

"Jangan sentuh akulah bodoh!" Syaza menolak tubuh sasa lelaki itu kemudian berlari sekuat hatim

Air matanya mengalir.

Mak..abah...kenapa semua orang jahat pada kakak? Apa salah kakak?

Cuaca pada pagi itu kelihatan mendung. Pasti tidak lama lagi hujan akan turun. Syaza berjalan kaki. Satu sahaja tempat dalam fikirannya sekarang.

Kubur.

Sudahlah agak jauh tapi dia sanggup redah semuanya.

Selepas hampir 1 jam berjalan, dia sampai di hadapan perkuburan islam.

Masuk sahaja dia ke dalam kawasan itu. Hujan turun selebat-lebatnya. Syaza tidak sempat berteduh. Dia tetap berjalan sehingga sampai di kubur keluarganya.

Syaza jatuh terduduk di situ. Batu nisan milik arwah emaknya dipeluk.

"Mak, abah, Anis...kembalilah. Kakak dah tak ada sesiapa lagi. Kakak nak mak, abah dan Anis. Tolonglah kembali. Nia tak kuat hidup sendiri." Raung Syaza. Tubuhnya basah kuyup namun dia tak peduli. Tangisannya makin menggila bersama hujan.

Ada satu tangan menyentuh pipinya.

sejuk..

Matanya dibuka. Dia angkat kepala dan nampak keluarganya. Mereka hanya tersenyum.

"Mak..abah..Anis. kakak rindu. Bawalah kakak sekali. Kenapa tinggalkan kakak terkontang-kanting dekat sini?" Dia menangis lagi.

"Nak, kenapa duduk dekat sini?"

Syaza mendongak.

Seorang pakcik tua sedang berdiri tidak jauh darinya sambil memegang payung.

"Sa..saya...melawat kubur keluarga." Bibirnya terketar-ketar tanda kesejukan.

"Sekarang kan tengah hujan. Nanti demam pula. Ada seseorang sedang menunggu kamu di tempat letak kereta. Mari pakcik bawakan kamu ke sana."

Ikutkan hati Syaza tidak mahu pergi lagi namun melihatkan wajah lelaki tua itu, dia akur dan mengikut sahaja. Sampai di luar pagar kawasan kubur, dia lihat ada sebuah kereta berwarna hitam di sana. Seseorang berdiri di tepi kereta itu. Kepalanya ditutupi dengan payung. Jadi sukar untuk melihat siapa. Nampak seperti seorang wanita. Apabila payung dialihkan, Syaza tercengang.

"Kak Asha?"

°°°°°°°

Natasha memandang Syaza di sebelah. Gadis itu berselubung dengan selimut kerana kesejukan. Mata gadis itu terpejam. Mungkin penat. Natasha mengusap pipi Syaza.

"Kesian awak, Syaza."

Tiba-tiba mata yang sedang dipejamkan itu terbuka. Dia memandang ke arah Nastasha.

"Ery, sampai bila awak nak pinjam tubuh kak Asha?"

Natasha menghela nafas.

"Kalau bukan saya, awak fikir kak Asha akan datang sini cari awak ke? Tahun depan belum tentu dia akan muncul kecuali awak sendiri yang kembali ke rumah tu dan saya yakin awak takkan kembali semula."

"Kenapa?"

"Awak tanya kenapa? Manalah dia tahu awak tinggal dekat mana."

"Nadya tak sukakan saya."

"Awak fikir pasal dia seorang je. Habis orang lain yang sukakan awak, awak tak fikir. Papa dan mama saya senang dengan kehadiran awak dekat situ. Tak payah nak fikir pasal budak hingusan tu. Saya dah uruskan dia."

"Macam mana awak tahu saya ada dekat kubur?"

"I know lah sebab i Tuan Hairi. Selain rumah sendiri, mana lagi yang akan you tuju. Pastilah kubur. Melawat keluarga sendiri."

"Pak long dah jual rumah keluarga saya." Ada getaran pada nada suaranya.

Natasha menggenggam tangan Syaza.

"Tak payah pegang tangan saya, Ery. Nanti orang kata kita lesbian."

Natasha tertawa.

"Mana ada sesiapa dalam kereta ni. Kita berdua je." Ujar dia sebelum memandang cermin pandang belakang.

"Oh ada tetamu tak diundang rupanya. Hai nek aya, bukan main lagi ya menumpang kereta orang. Baliklah nek. Kereta saya bukan teksi."

"Nek aya?"

Syaza mahu melihat tetapi Natasha menghalang.

"Tak payah tengoklah. Awak tu dalam keadaan lemah."

"Siapa nek aya?"

"Ish. Nenek kebayanlah. Itu pun sibuk nak tahu."

Share this novel

norsafiah wan mustafa
2021-10-24 18:49:35 

sis bila nk update chapter baru?


NovelPlus Premium

The best ads free experience