BAB 11

Fantasy Series 14987

Dari jauh Hairi cuba melihat keadaan Syaza bersama senyuman. Gadis itu sudah sedar. Nampak seperti terkejut kerana berada di hospital. Gadis istimewa seperti Syaza manalah suka pergi ke hospital. Dia boleh nampak-nampak macam-macam benda dekat sini.

Tak sia-sia dia masuk ke dalam mayat seorang lelaki kacak yang mahu dibedah siasat.

Hairi mengusap dada.Tubuh lelaki ini nampak sempurna. Tak sanggup nak biarkan dibedah siasat. Dia tahu lelaki itu mati akibat serangan jantung. Terkejut kerana mengetahui satu berita sadis. Tetapi wajah doktor serta pembantunya tadi yang lagi nampak terkejut apabila melihat dia bangun. Harap-harap mereka tidak terkena serangan jantung sama seperti lelaki yang dia pinjam tubuhnya ini.

Syaza bertindak mencabut tiub air dan beredar pergi menuju ke arah tandas. Di dalam hatinya dia berdoa agar tidak berjumpa entiti-entiti yang menakutkan.

Hairi sengaja menunggu di hadapan tandas. Tangan dimasukkan ke dalam poket kot. Dia memakai topeng muka agar tidak dikenali sesiapa. Jari jemari mengira sesuatu.

Tiba-tiba seseorang menepuk belakang bahunya. Terus sahaja dia menoleh.

Rico..

"Doktor tunggu siapa?"

"Err..aa.."

Belakang tubuhnya dilanggar seseorang.

"Ma..maaf." ucap Syaza yang tergesa-gesa berlari menuju ke arah katil semula lantas berselubung. Rico mendekati Syaza diikuti Hairi.

"Kenapa dengan awak, Syaza?"

Gadis itu terdiam. Dia betul-betul dalam keadaan ketakutan dan tidak mampu berkata apa-apa.

Hairi mengambil fail laporan di atas meja. Dia memeriksa laporan itu

Topeng muka dibuka.

"Saya rasa sekejap lagi awak dah boleh keluar."

"Betul ke doktor?" Soal Rico.

"Betul."

Syaza terus menyelak selimut apabila mendengar doktor itu berkata. Dia terpana buat seketika melihat wajah lelaki yang disangkanya doktor.

"Ehem." Hairi berdehem.

Amboi! Pantang nampak lelaki kacak terus terpana. Nilah dia perempuan. Kutuk Hairi di dalam hati. Dia mengenakan kembali topeng muka sebelum beredar.

Ketika dia melalui di satu lorong, ada dua orang nurse lalu di lorong yang sama.

"Kau tahu tak pasal apa yang terjadi tadi."

"Tahu. Mayat tu bangun kan. Lepas tu apa jadi? Mana mayat tu sekarang?"

"Entah. Diorang tak dapat cari lagi."

Mereka berdua menunduk hormat apabila berjalan di sebelah Hairi.

Hairi pura-pura selamba. Dalam hati dia sedikit cuak. Dia kena cepat-cepat keluar dari hospital ini. Lebih baik dia tunggu Syaza dekat luar.

°°°°°°
"Nak, kenapa tidur di sini?" Seorang wanita berusia mengejutkan Hairi dari lena. Perlahan-lahan lelaki itu membuka mata.

Dia tertidur kerana penat menunggu Syaza dan Rico keluar.

"Pukul berapa dah sekarang makcik?"

"Pukul 6.00 pagi."

"What!"

Terkejut wanita itu apabila mendengar suara kuat Hairi.

"Maaf makcik. Urm..boleh tak saya nak pinjam rm50. Nanti saya ganti semula."

"Makcik tiada duit sebanyak itu, nak."

Melalui lampu yang agak sedikit malap, Hairi memerhatikan wanita itu. Pakaian yang dipakai agak lusuh. Bahagian kaki pula dipandang. Mujur ada kaki. Ingat hantu tadi.

"Makcik dari mana ni? Melawat anak makcik ke?"

"Tak adalah. Makcik dari bilik mayat tadi. Mereka letak makcik dalam peti. Sejuk sangat. Anak boleh tak keluarkan makcik dari situ tak?"

Ah sudah mampus! Hairi beredar pergi tanpa menoleh ke arah wanita tadi. Sempat juga dia mendengar tawa yang agak menyeramkan. Langsung tidak dihiraukan. Nak masuk ke dalam hospital semula? Memang taklah! Lebih baik dia cari kereta yang dibawa Rico.

Masalahnya Syaza dan Rico masih ada ke? Rasa masih ada kerana hari sudah lewat malam. Takkanlah doktor izinkan dia pulang pula. Tadi dia sengaja bercakap yang kononnya Syaza boleh keluar untuk menyedapkan hati gadis itu. Tentang Rico, dia boleh tidur di mana-mana. Pasti Rico menyamar sebagai abang Syaza.

°°°°°°°
Syaza terasa lega apabila dia dibenarkan keluar dari hospital pagi itu. Tak sanggup berlama-lama di sana. Kalau boleh jika dia sakit pun, dia sanggup dirawat di rumah bukan hospital ataupun klinik.

"Awak nak kemana selepas ini Syaza?" Soal Rico selepas masuk di dalam kereta.

"Saya pun tak pasti. Saya dah tak ada tempat tinggal sekarang. Saudara pun urm..mereka dekat kuantan." Dia melihat di dalam beg tangan. Duit yang diberikan Hairi sudah tiada kerana dia sudah campak pada Arif selepas dia membelasah lelaki itu semalam. Kini apa je yang tinggal?

Tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam kereta tanpa dipelawa. Wajahnya kelihatan cuak serta pucat.

"Doktor?" Syaza dan Rico berkata serentak.

"Err..saya..saya nak ikut korang."

Syaza tersenyum sinis.

"Tubuh siapa pula yang awak rembat ni Ery? Mayat eh? Saya tak rasa dia ni doktor. Sebab awak menipu kami malam tadi."

Lelaki itu memandang.

"Saya bukan Ery. Saya Farid."

"Farid? Kepala hotak kau! Sejak bila nama kau berubah jadi Farid? Kau ingat aku tak kenal kau ke? " Bahasa Syaza bertukar kasar. Rico di bahagian pemandu pula terpinga-pinga. Kenapa Syaza sebut nama Ery, majikannya?

"Tak. Saya memang Farid." Beria Hairi meyakinkan Syaza. Roti pada tangan Syaza dirampas. Dia buka plastik dan makan dengan lahap sekali. Penuh mulut dengan roti.

"Encik, doktor, sila keluar dari kereta ni. Kami tak kenal encik siapa. Saya tak nak memaksa. Saya minta dengan cara baik."

"Ery, kau pulangkan tubuh ni sekarang juga! Semalam aku terdengar perbualan nurse. Dia kata ada mayat seorang lelaki kacak tiba-tiba terbangun. Aku tahu kau yang buat kerja tu. Sebab kau je yang suka rasuk-rasuk orang ni! Kau cakap aku degil tapi kau tu selfish!!! Kau ni jenis tak sabar!! Kau suruh aku tolong kau, dalam masa sama kau bertindak sesuka hati kau! Kenapa eh kau boleh muncul macam ni? Menyusahkan! Elok kau koma tak payah bangun dah! Kalau kau tahu kau boleh buat sendiri, apahal babitkan aku pula. Bodoh!"

Hairi terdiam. Rico pula terlopong sekejap. Marah benar Syaza.

"Okay fine. Rico, kau telefon kak Asha. Terangkan apa dia apa yang berlaku. Kak Asha akan bantu korang." Ujar Hairi sebelum keluar dari kereta.

Syaza mengeluh perlahan selepas lelaki itu pergi. Dahinya dipicit perlahan. Pening memikirkan semua ini.

"Betul ke yang tadi tu Tuan Hairi?"

Wajah Rico dipandang.

"Ye. Dia memang Tuan Hairi. Saya sendiri tak tahu macam mana dia boleh muncul dan menjelma dalam bentuk roh. Tiba-tiba je. Lepas tu minta tolong saya. Kalau awak nak tahu, yang telefon awak dan minta awak selamatkan saya tu, dialah."

"Awak ada kelebihan boleh nampak sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar macam Tuan Hairi?"

"Tak tahu." Balas Syaza. Dia malas nak nak mengaku.

"Jadi awak mind reader macam Tuan Hairi lah?"

"Mind reader? Saya tak faham."

"Maksud saya. Awak boleh baca fikiran dan kata hati seseorang? Baca masa silam orang?"

"Merepek! Mana ada saya macam tu. Tuan Hairi macam tu ke?"

"Ya."

"Nonsense! Awak percaya ke dengan Tuan Hairi? Entah-entah dia sebenarnya ada sakit mental."

"Mula-mula saya pun tak percaya. Anggap Tuan Hairi macam yang awak sangka. Tapi banyak benda berlaku dan buatkan saya percaya."

"Contoh?"

"Saya pernah ada kawan baik dulu. Kami sama-sama gangster. Satu hari saya terserempak dengan Tuan Hairi. Dia tiba-tiba tegur saya."

"Tegur pasal apa?"

"Dia pesan hati-hati dengan Shamsul, kawan baik saya. Saya akan ditikam belakang. Shamsul tu jenis bermuka-muka dan ada penyakit hasad dengki yang terlalu kronik. Dah lama dia dendam dan cemburu pada saya. Dia nak jatuhkan saya. Saya marah Tuan Hairi dan hampir-hampir nak tumbuk muka dia. Tapi Tuan Hairi siap cakap tak percaya sudah. Jangan sampai nyawa dah melayang baru nak percaya. Itu ayat terakhir dia sebelum blah. Saya memang tak  percaya sampailah satu hari. Kawan baik saya tu hampir-hampir nak bunuh saya. Tuan Hairi muncul dan selamatkan saya. Masa tu saya dah nyawa-nyawa ikan. Ada dua butir peluru dalam badan."

"Yeke?"

"Haah. Sebenarnya banyak lagi yang berlaku. Benda yang Tuan Hairi halang, bila saya buat mesti betul-betul terjadi. Dia dianugerahkan kelebihan yang tak ada pada orang biasa dan dia gunakan untuk bantu orang lain. Tuan Hairi tu..dia bukan malaikat sebab dia pun sempurna. Ada lakukan kesilapan. Macam yang awak cakap tadi. Suka bertindak ikut hati sendiri. Disebabkan sikap dia tu, dia kemalangan dan koma."

"Membawang!"

Syaza menoleh. Hairi ada di situ. Memandang mereka sambil berpeluk tubuh. Lelaki itu sudah kembali dalam bentuk asal.

"Saya cuma nak awak tahu yang Tuan Hairi tu memang baik. Walaupun kadang-kadang saya tertekan dan rasa annoying dengan Tuan Hairi tapi dia majikan yang paling baik. Tak pernah abaikan pekerja. Selalu bantu orang dan ambil tahu pasal orang. Saya ni lepas SPM terus kerja. Macam-macam orang yang saya dah jumpa. Tapi Tuan Hairi ni lain sangat walaupun dia lagi muda dari saya. Saya harap dapat kekal berkhidmat untuk Tuan Hairi. Tak sabar nak tunggu dia bangun dari koma."

Senyuman terukir di bibir. Syaza menjeling ke sebelah. Pastinya Hairi terasa bangga diri apabila dipuji Rico. Memang benar. Tersenyum lebar lekaki itu sambil mendabik dada. Menyampah pula Syaza melihatnya.

"Terima kasih dinda, tolong sedarkan kanda tadi. Rasa terharu sangat. Kanda yakin yang kita memang berjodoh."

"Gila!"

"Siapa yang gila Syaza? Saya tak gila. Saya masih waras. Semua yang saya cerita pada awak tu memang betul-betul berlaku."

Syaza tepuk dahi. Rico pula yang perasan padahal dia cakap dekat Hairi.

"Tapi kan saya terkejut sikit bila awak berani marah dia tadi. Selama saya kerja dengan Tuan Hairi, tak pernah lagi ada perempuan yang berani tinggikan suara pada dia. Family dia pun tak pernah tau. Airish, arwah tunang Tuan apatah lagi. Awak seorang je yang berani. Mungkin awak dan dia berjodoh agaknya. Harap-harap begitulah."

"Mengarut! Tak ada maknanya saya nak berjodoh dengan lelaki macam dia. Eh dahla awak. Kita pergi dari sini. Dah lama sangat duduk dalam kereta tanpa buat apa-apa."

Rico tersenyum sebelum mula memandu.

"Dengar tu dinda. Rico doakan kita. Kanda tolong aminkan aje doanya."

Syaza memandang ke arah tingkap. Malas nak layan lelaki itu.

"Marah ke? Janganlah marah kanda. Kanda dah pesan pada dinda kan. Tapi dinda tak dengar. Jangan salahkan kanda."

"Stop it Ery! You are so annoying!" Marah Syaza.

Terperanjat Rico di hadapan.

"Maaf Rico. Tuan awak ni kacau saya. Saya dahlah tak ada mood sekarang. Huh!"

Rico memandang cermin pandang belakang sekejap sebelum tersenyum. Wajah Syaza bukan main masam lagi. Mungkinlah Hairi benar-benar ada di situ cuma dia je yang tak nampak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience