BAB 6

Fantasy Series 14987

"Kita dah sampai."

Nak tersembul mata Syaza melihat rumah agam di hadapannya. betapa besarnya rumah itu.

"Rasanya 50 orang pun cukup tinggal dalam ni. Kenapa eh orang kaya suka buat rumah besar-besar macam ni? Yang tinggal 2 orang je. Rumah besar gedabak. Tak takut hantu ke?" Soal Syaza kepada Rico.

"Entahlah. Saya pun tak tahu. Dahlah jom keluar."

"Awak ikut sekali?"

"Kebetulan saya pun nak jumpa Tuan Mikael. Dah alang-alang awak nak ke sini. Tak adalah dua tempat saya kena pergi."

"Tuan Mikael? Siapa?"

"Ayah Tuan Hairi."

Mulut dibuat "o". Tanpa banyak soal, Syaza mengekori Rico dari belakang. Hatinya sedikit berdebar-debar. Entah bagaimana penerimaan keluarga Hairi. Bukan dia yang nak jumpa sangat. Masalahnya Hairi yang tiba-tiba menyuruhnya ke sini.

"Kenalah bersiap sedia jumpa bakal mertua dari sekarang." Bisik lelaki itu.

Apa pelik benar kata-kata Hairi. Niatnya hanyalah untuk membantu bukan sampai ke tahap berkahwin. Dia sudah punya tunang dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Loceng dibunyikan. Rico memberikan salam. Seseorang membuka pintu.

"Waalaikumsalam. Oh encik Rico. Nak jumpa Tuan Mikael ya. Jemput masuk dan ini siapa?" Soal pembantu rumah tersebut.

"Dia Syaza. Pekerja Tuan Hairi."

Nak tak nak terpaksalah menipu. Kalau mengaku kawan, terasa pelik pula. Anak majikannya tidak mempunyai kawan perempuan.

Sementara menunggu Tuan Mikael turun, Syaza dan Rico menunggu di ruang tamu. Sejak tadi Syaza memerhatikan keadaan sekeliling. Mewah dan kelihatan moden susun atur perabot di rumah itu. Kalaulah dia punya duit yang banyak, pasti dia juga akan menghias rumah seperti itu.

"Rico, kenapa awak nak jumpa saya?" Muncul Tuan Mikael bersama isterinya. Kedua-duanya memandang tepat pada gadis yang sedang menunduk. Apabila Syaza mengangkat kepala, mereka berdua menunjukkan reaksi agak terkejut.

"Airish." Kedua-duanya berkata serentak.

°°°°°°°°°°

"Nama saya Syaza Rania. Saya.." Syaza menggaru kepala sambil tersengih.

"Bekas pekerja Sweety Cafe." Sambung dia lagi.

"Apa hubungan kamu dengan Ery?" Soal wanita bernama Puan Dahlia. Ibu kepada Hairi.

"Ery?"

Wajah Syaza agak blur. Tertanya-tanya di hati siapakah Ery yang disebut Puan Dahlia itu.

"Ery tu nama panggilan saya. Awak ni slow betul." Dia mendengar suara Hairi berbisik ke telinganya.

"Oh..ya.. Saya tak ada hubungan apa-apa. Cuma pekerja sahaja. Tak lebih dari itu."

"Jadi apa motif kamu ke sini?" Tuan Mikael pula menyoal dia.

Naik kecut Syaza melihat wajah lelaki itu. Serius sahaja. Nampak seperti garang.

"Saya...saya.. Tuan Hairi yang suruh saya ke sini!"

"Awak jangan nak merepek. Macam mana Ery boleh suruh awak ke sini sedangkan dia masih lagi koma dan terlantar di atas katil!" Tegas nada suara Tuan Mikael.

Syaza mengeluh perlahan

"Saya boleh nampak dia Tuan. Hijab saya terbuka. Dia ada di sini. Di sebelah saya."

Tak berkelip mata Tuan Mikael dan Puan Dahlia memandang gadis itu.

"Awak kata dekat papa dan mama saya. Awak nak tengok saya."

"Boleh tak Tuan dan Puan izinkan saya tengok Tuan Hairi? Sumpah! Saya tak ada niat jahat. Saya cuma nak tengok je.

Puan Dahlia memandang suaminya. Lelaki itu menganggukkan kepala.

"Marilah auntie tunjukkan."

Syaza mengangguk sebelum bangun dari sofa. Dia mengekori langkah Puan Dahlia dari belakang. Mereka naik ke tingkat atas sebelum masuk ke dalam salah satu bilik yang terdapat di situ. Kedengaran hanya bunyi mesin pernafasan di dalam bilik tersebut.

Dia lihat dapat dengan jelas satu susuk tubuh sedang terbaring kaku di atas katil. Banyak wayar berselirat di tubuhnya. Kaki dan tangan berbalut. Ada kesan lebam pada wajah lelaki itu. Kelihatan seperti sedang tidur. Belum pernah Syaza melihat seseorang yang sedang koma. Dahulu arwah ayah,ibu serta Anis meninggal di tempat kejadian tanpa sempat diselamatkan.

" Macam nilah keadaan Ery sekarang."

Sebenarnya Tuan Mikael tidak mengizinkan sesiapapun melihat keadaan Hairi. Sebab itulah dia sanggup membawa pulang Hairi ke rumah dan mengupah doktor serta nurse private untuk memeriksa keadaan Hairi dari semasa ke semasa.

Pandangan Syaza beralih ke satu sudut. Dia memerhatikan Hairi yang sedang berdiri di sana sambil berpeluk tubuh.

"Betul ke anak ni boleh nampak Ery?" Soal Puan Dahlia.

"Ya puan."

"Panggil auntie ni auntie Dahlia, sayang bukan puan. Ery...dia ada dekat mana sekarang?'

"Dekat sana." Syaza menuding jari ke arah sudut di mana Hairi berada.

"Kalau dia ada, kenapa dia masih tidak sedarkan diri lagi? " Puan Dahlia mengalirkan air mata.

Syaza terdiam.

"Syaza, boleh tak kalau saya nak pinjam tubuh awak sekejap? Sekejap je. Saya nak cakap dengan papa dan mama saya."

"No way!"

Terperanjat Puan Dahlia apabila mendengar suara melengking Syaza.
Wajah Syaza bertukar pucat. Pasti wanita itu menganggap dia yang bukan-bukan padahal dia tidak berniat meninggikan suara di situ. Dia cuma marah pada Tuan Hairi yang membuat permintaan yang bukan-bukan.

"Kalau saya boleh masuk dalam badan saya, dah lama saya buat. Tapi saya tak boleh Syaza. I can't!"

"Ma..maafkan saya auntie. Saya terpaksa pergi." Syaza bergegas keluar dari bilik itu. Dia terlanggar seseorang. Mereka berdua terjatuh.

"Aduh! Aw.." Natasha yang baru sahaja nak marah terus tak jadi apabila melihat wajah gadis yang melanggarnya.

"Airish?"

Syaza cepat-cepat bangun.

"Maafkan saya cik. Saya tak sengaja. Saya bukan Airish." Habis sahaja ayat terakhir Syaza, tiba-tiba pandangannya gelap.

Uh~ berjaya juga aku masuk dalam badan perempuan ni. Omel Hairi.

Hairi membuka mata dan melihat Natasha masih tercengang di situ.

"Kak Asha! I miss you so much!" Dipeluk erat tubuh kakaknya.

Natasha kaku. Masakan tidak. Tiba-tiba sahaja seorang gadis tidak dikenali memeluk dirinya.

"Okaylah setakat itu je. Nak pergi jumpa papa kejap. Bye." Hairi yang menggunakan tubuh Syaza segera bangun.

Dia melangkah agak laju menuju ke tingkat bawah. Nak dengar perbualan Tuan Mikael dan Rico. Dia yakin mereka berada di dalam bilik bacaan.

Sampai di hadapan bilik bacaan, dia cuba memulas tombol pintu.

Berkunci.

"Buka pintu ni!" Pintu diketuk berkali-kali sehingga dibuka.

Hairi menerjah masuk ke dalam. Rico yang sedang berdiri di pintu tercengang. Agak tidak sopan seorang gadis bertindak begitu. Sudahlah rumah ini bukan rumah keluarganya.

"Cik Syaza."

"Kau diam! Aku nak duduk sini!" Hairi menghenyakkan punggung di atas sofa. Kakinya disilangkan.

Tuan Mikael perhatikan tindak-tanduk gadis itu dengan riak wajah sedikit terkejut.

"Tuan Mikael, saya tahu Tuan sedang bincangkan pasal syarikat. Tuan nak gantikan tempat Hairi dengan seseorang kan buat sementara waktu. Saya tak bersetuju Asyraf ambil alih jawatan pengurus urusan sementara."

Berkerut dahi Tuan Mikael.

Hatinya tertanya-tanya. Siapa gadis ini? Macam mana dia tahu yang tentang perbincangannya dengan Rico. Ini urusan sulit antara mereka berdua memandangkan Rico pembantu anaknya.

"Syaza, saya tak pernah jumpa gadis seberani awak. Macam mana awak tahu tentang hal syarikat saya sedangkan ini kali pertama saya bertemu dengan awak?" Tuan Mikael masih berlagak tenang.

"Semua tu tak penting. Yang penting sekarang ini saya nak Tuan lantik Nasrul sebagai pengurus sementara. Dia calon yang paling sesuai. Itupun kalau Tuan tak nak syarikat Tuan lingkuplah. Dengan Asyraf, saya tak dapat jamin. Saya kenal siapa dia yang sebenarnya. Lelaki yang Tuan percayakan sangat tu sebenarnya pengkhianat!" Hairi tersenyum sinis.

Tuan Mikael memberi isyarat kepada Rico agar lelaki itu mengeluarkan Syaza dari bilik bacaan. Dia mengangguk sebelum bertindak memegang lengan gadis itu.

"Tolong keluar dari sini cik Syaza. Saya tak nak berkasar dengan cik."

Hairi mendengus kasar. Nampaknya misi dia untuk memujuk Tuan Mikael tidak berjaya.

"Tuan fikirlah baik-baik sebelum buat keputusan demi masa depan syarikat." Ucap dia sebelum keluar dari bilik bacaan itu.

Hairi menuju ke arah ruang tamu dan duduk. Dia segera keluar dari tubuh Syaza.

"Saya minta maaf Syaza. Saya terpaksa pinjam tubuh awak sekejap." Ucap dia. Gadis itu masih tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience