BAB 7

Fantasy Series 14987

"Macam mana dengan keadaan Syaza, doktor?"

"Tekanan darahnya berada di tahap normal. Jantung juga masih dalam keadaan stabil. Dia cuma pengsan. Sekejap lagi pasti dia sedar. Tuan jangan risau." Balas doktor Shahril selepas memeriksa keadaan Syaza.

Syaza dijumpai tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu. Ingatkan tertidur. Puas mereka cuba mengejutkan namun gadis itu tidak juga bangun.

Perlahan-lahan Syaza membuka mata dan memandang sekeliling. Ada beberapa Tuan Mikael, Puan Dahlia, Rico dan juga seorang lelaki asing berada di situ. Malu tak terkata. Lagi-lagi bila terpandang wajah Tuan Mikael. Terasa gerun dala hati  Dia menoleh ke arah lain. Lagilah terkejut melihat Hairi menongkat dagu sambil tersenyum. Menyirap darahnya melihat wajah selamba Hairi.

"Saya nak balik. Maafkan saya." Syaza bingkas bangun dari katil.

"Eh nanti dulu. Awak baru sedar dari pengsan."

"Mana ada saya pengsan. Saya cuma.."

"Cuma apa?"

"Tak tahu. Saya nak balik!" Bergetar nada suara Syaza seakan mahu menangis.

Doktor Shahril memberi isyarat mata pada Tuan Mikael. Lelaki itu mengangguk sebelum keluar bersama Rico. Doktor Shahril turut keluar. Hanya Puan Dahlia ditinggalkan dalam bilik.

"Kenapa ni Syaza? Kamu okay?"

"Saya okay je auntie. Tak sakit pun."

"Kami jumpa kamu dalam keadaan tidak sedarkan diri dekat ruang tamu. Itu yang kami panggil doktor Shahril untuk periksa keadaan kamu."

"Saya pun tak tahu apa terjadi auntie. Tiba-tiba je pandangan saya gelap. Sedar je ada dekat atas katil ni."

Syaza terbaring kembali. Entah kenapa dia terasa penat. Penatnya seperti melakukan kerja berat padahal tidak.

"Tak mengapalah. Kamu rehat dulu di sini ya. Kejap lagi auntie bawa makanan."

Sejurus selepas Puan Dahlia keluar, Syaza memandang Hairi yang masih baring di katil. Langsung tidak berganjak.

"Awak rasuk badan saya ke Ery?"

"Sorry."

Mendengarkan ayat sorry dari mulut Hairi, Syaza mula naik angin.

"Kenapa saya! Kenapa awak tak rasuk tubuh Rico?"

"Tak best. Saya nak pinjam sekali lagi. Esok-esok saya pulangkan semula."

"S.." Belum sempat Syaza bercakap apa-apa, sekali lagi pandangannya gelap.

Hairi buka mata dan tersenyum. Dia bangun dari katil dan menuju ke arah cermin. Tubuh Syaza diteliti. Mata tertancap pada beg milik Syaza. Beg itu diambil dan segala barang dipunggah. Langsung tiada alat solek di dalamnya.

Awak ni memang tak reti bersolek kan Syaza. Gumam Hairi.

Dompet dibuka. Cuma ada beberapa keping not rm10 di dalam dompet.

"Ish, ish. Kesian betul."

Puan Dahlia masuk membawa satu dulang berisi makanan.

"Yeah! Makanan dah sampai!" Hairi menepuk tangannya. Laju dia menyambar pinggan di atas dulang.

Nasi bersama lauk ayam dan sayur dipandang. Hairi meneguk air liur. Rasa seperti sudah lama tidak merasai air tangan dari Puan Dahlia.

Usai membaca bismillah, dia makan dengan sedikit rakus. Langsung tidak memandang Puan Dahlia di situ. Wanita itu agak tercengang melihat gaya si gadis makan. Caranya seperti sudah berminggu-minggu jumpa makanan.

"Nak lagi." Pinta Hairi tanpa segan silu. Dia menghulurkan pinggan yang sudah tinggal tulang kepada ibunya.

"Cepatlah! Lapar sangat ni." Tersembur beberapa butir nasi di dalam mulut kerana mulutnya penuh dengan makanan.

"Ba..baiklah." Puan Dahlia mencapai pinggan dan menghulurkan muk berisi air. Hairi menyambut muk itu sebelum meneguk dengan laju sehingga habis.

Bela saka ke budak ni? Tertanya-tanya hati wanita itu.

°°°°°°°°

Perut diusap perlahan. 3 pinggan nasi berjaya dihabiskan. Hairi bersandar di katil kelelahan. Penat kerana terlalu kenyang. Mengantuk pula yang datang.

Baru sahaja dia nak pejamkan mata, Anis muncul.

"Abang ipar, kenapa buat kakak macam ni. Kesian kakak. Janganlah ambil kesempatan."

"Mana ada abang ambil kesempatan. Abang cuma nak bantu dia sahaja. Tak lebih dari itu."

"Apa rancangan abang?"

"Adalah." Hairi tersenyum sinis sebelum bangkit dari katil. Langkahnya dituju ke arah pintu dan terus keluar. Dia memandang ke arah bahagian kanan dan kiri. Rumahnya lengang seperti selalu.

Hairi bergegas naik ke tingkat atas menuju ke bilik sendiri. Langsung tidak menyedari Natasha yang baru keluar dari bilik ternampak perbuatannya.

Apa yang perempuan tu nak buat dalam bilik adik aku? Mencuri ke? Tak boleh jadi ni! Aku kena halang dia!

Masuk sahaja ke dalam bilik, Hairi membuka pintu closet miliknya. Duit bersama satu kad kredit dia ambil dan masukkan ke dalam poket.

"Awak buat apa dalam bilik adik saya!" Jerkah Natasha dari belakang. Terperanjat Hairi dibuatnya. Lelaki itu bangun dan segera menekup mulut Natasha.

"Boleh tak diam sikit? Nanti papa dan mama dengar."

Papa dan mama? Kenapa si gadis menyebut panggilan itu? Ini rumah keluarganya dan gadis ini tiada ikatan persaudaraan dengan mereka.

Hairi mengalihkan tangan dan berlari ke arah pintu. Pintu segera dikunci. Dia kembali kepada Natasha yang kelihatan tercengang.

"Kak Asha.. ni adik akak, Ery."

"Ery?"

"Ye kak." Balas Hairi bersama anggukan kepala.

"Berani betul awak ya! Dahla mencuri lepas tu ada hati nak menyamar jadi adik saya yang sedang koma. Awak ingat saya akan percaya?"

"Nurul Natasha binti Tuan Mikael. Lahir pada 5 Jan 1987. Masih bujang dan dalam proses mengenali hati budi seorang lelaki bernama Amirul Faiz bin Dato' Zaidi. Sangat sukakan binatang terutama kucing. Sayangnya tak boleh bela sebab ada asma. Pernah belajar dekat UK  tapi tak habis. Bertemu.."

"Shut up!"

Hairi tersenyum senget.

"How did you know?"

" I know because i'm Tuan Hairi, your brother."

"Gila!"

"Fine, tak percaya sudah."  Hairi menuju ke katil. Tubuhnya dihempas atas katil.

"Rindunya katil empukku."

Natasha memerhatikan sahaja.

"Betul ke awak Ery? Habis siapa perempuan ni?"

"Nama dia Syaza. Dia sixth sense. Jadi Ery masuklah dalam badan dia. Wajah dia seiras Airish kan kak."

Kakaknya mengangguk-angguk.

"So akak percaya tak yang dalam perempuan ni sekarang Ery?"

Natasha langsung tidak menjawab pertanyaan itu.

"Percaya ke tidak? Nak Ery beritahu segalanya pasal akak baru akak percaya? Boleh je."

"Kalau awak ni betul-betul Ery, apa nasib perempuan yang awak pinjam tubuhnya?"

"Sebenarnya sebelum Ery koma, Ery dah jumpa Syaza. Ery baca segalanya pasal dia. Dia dalam bahaya sekarang ni. Tunangnya ada niat jahat."

"Syaza ada tunang?"

"Ya kak. Nanti bila Ery dah settle pasal tunang dia, Ery keluarlah."

"Habis tu kenapa Ery masih tak sedar? Sampai bila Ery nak tumpang tubuh orang lain? Syaza izinkan ke Ery guna tubuh dia?"

Hairi terdiam.

"Akak faham perasaan Ery. Tapi apa yang terjadi bukanlah satu tiket untuk Ery ambil kesempatan pada dia. Akak yakin Syaza seorang gadis yang polos sebab itulah senang-senang je Ery buat macam ni pada dia."

"Yelah-yelah. Nanti Ery keluar dari badan dia. Tapi sebelum tu..."

"Apa?"

"Jom kita pergi shopping!"

   

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience