BAB 14

Fantasy Series 14987

"Tak payahlah terkejut sangat. Dia cuma bagi salam perkenalan pada awak."

"Melampaulah kalau salam perkenalan macam tu. Awak fikir saya apa?"

"Relaksla Syaza. Tu baru sikit. Saya pesan awal-awal. Awak memang kena sadokan diri tinggal dekat sini."

"Kenapa pula?"

"Sebab Nadya selalu bawa balik 'kawan'. Kadang-kadang satu. Kadang-kadang lebih dari satu. Dia suka balik tengah malam atau tengah pagi. Sebelum ini, kalau saya ada saya marah dia. Jadi dia takut. Sekarang saya tengah koma. So tak ada siapa nak halang. Dia bukan takut dengan papa dan mama. Ikut kepala sendiri je. Awak pula sixth sense. Mohon bertabahlah ye. Tu saya suruh awak duduk apartment saya. Awak tak sanggup. Sekarang ni kena hadap benda-benda lain.

"Awak tak takutkan dia ke Ery?"

"Pernah. Budak tu memang penakut tapi tak serik. Sekejap lagi dia nak keluar."

"Habis macam mana??"

"Saya kan ada. Jangan risau. Saya tahu nak buat macam mana. Penakut juga awak ni."

"Hello! Walaupun saya ada kelebihan tak adalah saya suka tengok diorang. Kalau cantik tak apalah juga!"

Hairi tertawa.

"Kalau kacak macam saya, awak okay kan?"

"Menyampah!"

Natasha yang sedang baring di sebelah Syaza menggaru kepala dek kerana kebingungan. Syaza sedang berbual seorang diri.

°°°°°°°

Kelly memandang Nadya di sebelah. Dari tadi terdiam. Sesekali dia bermain dengan penyedut minuman. Asap rokok dihembus ke udara sebelum dia bersuara.

"Kenapa dengan kau ni Dya? Macam tak ada mood je. Kitaorang borak-borak pun kau tak join. Ada masalah ke? Ceritalah. Mana tahu aku dan yang lain boleh tolong kau."

"Aku okay."

"Yelah tu okay. Macamlah kami ni baru kenal kau." Sampuk Zack.

"Aku sebenarnya serabut."

"Why?"

"Family aku bawa tetamu pula dalam rumah tu. Perempuan pula. Korang tahu kan aku anti sikit."

"Lah, dia ada buat something ke pada kau?"

"Tak ada. Tapi aku tanya mama aku dia tinggal sampai bila. Mama aku kata lama. Nampak sangat ada sesuatu tak kena. Aku rasa perempuan tu ada niat jahat pada keluarga aku. Yelah, boleh pula papa dan mama aku bagi dia tinggal dekat rumah. Kalau saudara tak apalah juga. Ni bukan."

"Saudara jauh kot. Kau ni terlalu berprasangka."

"Asal kau nak menangkan dia pula? Aku ke dia kawan kau?"

Zack terdiam.

"Weh! Takkan benda remeh nak gaduh? Relaks ar." Lola cuba menenangkan Nadya. Gadis itu terlalu mudah naik angin.

"Yelah Dya. Kau ni emo terlebih."

Nadya mendengus kasar.

°°°°°

Tepat jam 2 pagi, Nadya pulang ke rumah. Dia tidak peduli suasana yang gelap dan suram. Jiwanya lagi sukakan suasana seperti itu. Kunci rumah dikeluarkan. Pasti semua orang sudah berada di alam mimpi sekarang ini.

Hairi di dalam menunggu sahaja Nadya. Lelaki itu berdiri di hadapan pintu. Apabila Nadya cuba membuka pintu menggunakan kunci, dia mengunci semula pintu.

2 3 kali Nadya cuba buka namun tidak berhasil. Apa masalah pula. Rasanya sudah betul kunci yang dia keluarkan. Sekali lagi dia mencuba dan memulas tombol pintu. Tetap berkunci.

Wajah Nadya mula dibasahi peluh. Dia pandang  belakang. Keadaan suram dan hanya diterangi cahaya bulan. Lampu di pondok pengawal juga kelihatan sedikit malap.

Tiba-tiba dia mendengar seperti pokok dilangggar sesuatu. Nadya menelan air liur. Dia cuba membuka tombol pintu. Terketar-ketar tangannya.  Apabila dipulas. Masih berkunci.

"Buka pintu ni!" Nadya mengetuk-ngetuk pintu sekuat hati.

"Takut ke tu? Hihihihi." Seseorang berbisik di telinga.

"Papa! Mama!" Nadya mula menangis.

"Nadya......." Namanya dipanggil secara mendayu-dayu secara perlahan di telinga.

Hairi yang berada di sebelah Nadya tahan ketawa. selepas itu dia panggil semula nama adiknya.

"Papa! Mama! Buka pintu ni!" Terketar-ketar seluruh badan Nadya. Air mata mengalir deras. Bukan main takut lagi dia ketika itu. Tuhan sahaja yang tahu. Dia hanya mampu mengetuk sahaja kerana di rumahnya tiada loceng.

"Saya nak berkawan dengan awak boleh? Saya suka perempuan pakai celak hitam. Pandanglah sebelah awak." Bisik Hairi.

Nadya langsung tidak berani memandang. Raungannya makin kuat.

"Kenapa ni cik Nadya?" Seorang pengawal datang menyapa. Nadya langsung tidak pandang. Takut yang menyapa itu bukan manusia.

Seseorang membuka pintu dan Nadya terus rebah tidak sedarkan diri.

°°°°°°°

"Apa yang awak buat pada adik awak Ery? Demam panas terus budak tu."

Hairi hanya ketawa. Soalan yang diajukan Syaza sejak tadi langsung tidak dijawab. Dia hanya ketawa dan ketawa. Sumpah hatinya puas mengenakan Nadya. Sebelum ini tidak timbul idea begitu. Tetapi selepas berbual dengan Syaza, tiba-tiba muncul idea. Kalau dia tahu begini awal lagi dia buat.

"Awak ni! Dari tadi asyik ketawa. Malas cakap dengan awak."

"Eh janganlah. Mana ada saya buat apa-apa. Saya main cak-cak dengan Nadya semalam. Tak sangka pula dia sampai demam. Sekejap. Saya pergi melawat dia."

Hairi menghilang. Dia muncul di bilik Nadya. Puan Dahlia mahu menyuapkan adiknya makanan namun ditolak. Pucat lesi wajah adiknya. Mata pula kelihatan sembap kerana banyak manis. Sedar dari pengsan, gadis itu asyik menangis sahaja. Teruk sangat ke apa yang dia buat. Rasanya tak. Bukannya muncul tunjukkan diri pun. Setakat usik sahaja. Terus demam.

"D..Dya takut. Perempuan tu..dia bawa hantu. Dya tak pernah kena macam ni. Bila perempuan tu datang, Dya tiba-tiba kena kacau."

"Sayang..jangan salahkan orang. Dya balik pukul berapa? 2 pagi kan. Salah Dya juga."

Hairi sengaja menolak jatuh satu botol minyak wangi di meja solek. Puan Dahlia dan Nadya memandang.

"Ha..hantu tu ada dekat dalam rumah ni!" Nadya terus berselubung di bawah selimut dan Hairi ketawa sambil pegang perut. Seronok juga mengenakan adiknya.

hai apa khabar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience