PROLOG

Fantasy Series 14987

Syaza Rania membelek satu persatu dress di sebuah butik. Hari ini cafe tempat dia bekerja tutup. Jadi dia bersama rakan-rakan sekerja pergi ke mall untuk bershopping. Baru dapat gaji pula tu. Sakanlah mereka. Hanya dia seorang berkeliaran di dalam mall itu. Rakan-rakan yang lain menonton wayang. Dia malas nak ikut sekali.

"Eherm." Kedengaran seseorang berdehem. Syaza Rania menoleh. Ada seorang lelaki berpakaian segak sedang berdiri di sebelahnya sambil tersenyum manis.

"Dah kenapa mamat ni?" Omel Syaza Rania perlahan.

Lelaki itu mengambil satu dress.

"Memang cantik dress ni. Sesuai dengan you. Perempuan cantik pakai apa-apa pun cantik." Makin lebar senyuman lelaki itu sehingga menampakkan gigi.

"Oh, thanks." Ucap Syaza Rania. Dia ambil dress tersebut dari tangan lelaki tidak dikenali tadi kemudian membelek harga.

Matanya membulat.

Dress selekeh macam ni rm300? Gila! Baik beli dekat pasar malam! Syaza Rania membebel di dalam hati.

"Baju pasar malam tak berkualiti macam ni sebab tu murah. Pakai sekali dah koyak."

Kepala ditoleh ke arah lelaki itu. Wajahnya seakan tidak percaya. Kenapa lelaki di sebelahnya boleh tahu pula apa yang bebelkan dalam hati. Syaza Rania tak tunggu lama. Dia beredar dari butik itu. Sempat di toleh ke arah belakang. Lelaki tadi memandang dia sambil tersenyum.

"Ee, scary betul lelaki tu. Psycho!" Kutuk Syaza Rania.

Dia ambil telefon miliknya di dalam beg. No Farah didail. Malangnya tidak diangkat. Pasti masih berada dalam panggung wayang. Dia hantar mesej pada Farah.

Aku tunggu depan KFC.

Earphone dipasang di telinga. Sambil tunggu mereka, dia dengar lagu.

"Rai!" Panggil Farah sambil melambai-lambai tangan. Rakan-rakannya yang lain turut ada di situ.

Tanpa menoleh kanan dan kiri, dia berjalan laju nak menuju pada ke arah rakan-rakannya sehingga terlanggar seseorang. Mujur sahaja tidak jatuh.

"Maaf encik." Syaza Rania mendongak.

Lelaki tadi! Tapi dia tak keseorangan. Ada beberapa orang lelaki lain bersamanya. Mereka juga berpakaian segak.

"Maaf je ke?" Lelaki itu mengangkat kening.

"Err, maaf jelah. Habis tu nak apa?"

"Kiss me baby." Pipi disua pada Syaza Rania.

Pang! Satu tamparan dihadiahkan untuk dia. Dengan pantas Syaza Rania berlari ke arah Farah dan yang lain.

"Weh kau kenal ke lelaki tu?" Soal Farah.

Syaza Rania menggeleng.

"Asal kau tampar dia?"

"Dah dia suruh kiss. Aku tamparlah. Muncul dari planet mana entah, tiba-tiba suruh aku kiss. Memang tak ar! Jom pergi tempat lain! Tak payah layan lelaki psycho tu."

Bodyguard lelaki itu nak menyerang kembali, mereka dihalang.

"Tuan okay tak? Kenapa tak bagi kami serang balik je budak perempuan tu? Berani betul dia tampar Tuan."

" She's the one." Ucapnya sambil mengusap pipi. Pandangannya langsung tidak berganjak dari memandang Syaza Rania yang semakin jauh dari mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience