BAB 5

Fantasy Series 14987

Hampir setengah jam Syaza menunggu Rico di sebuah restoran, barulah lelaki itu muncul. Tidak perlu mencari kelibat Syaza, Rico menghampiri meja gadis itu.

"Awak masih ingat saya?"

Rico menganggukkan kepala. Dia duduk berhadapan Syaza.

"Apa sebenarnya yang awak nak bincangkan? Awak tahu kan yang Tuan Hairi dalam keadaan koma sekarang? Dia accident."

"Saya tahu encik Rico. Tuan Hairi awak tu ada dekat sebelah saya sekarang."

Rico memandang wajah Syaza dengan pandangan pelik. Mana ada sesiapa di sebelah gadis itu sekarang. Hanya kerusi kosong tidak berpenghuni.

Seorang pelayan mendekati meja mereka untuk mengambil pesanan.

"Fresh orange. Makan tak nak."

Selepas pelayan itu pergi, Rico kembali memandang Syaza.

"Jangan nak bergurau sekarang ni cik.." Kata-katanya terhenti.

"Syaza."

"Cik Syaza. Saya tak nak buang masa. Banyak lagi hal lain yang saya perlu uruskan. Sejak Tuan Hairi koma, semua kerja tergendala. Semuanya saya kena urus memandangkan saya pembantu dia."

"Saya tak bergurau encik Rico. Saya berkata jujur. Encik ingat saya pun ada masa nak main-main?"

"Rico. Just call me Rico."

Segelas fresh orange dihantar seorang pelayan. Rico terus menyambar gelas itu dan menyedut sehingga tinggal separuh air fresh orange yang dipesan dia. Tekaknya terasa begitu dahaga.

"Saya masih tak percaya pada awak. Apa kaitan awak dengan Tuan? Tak ada kan. Ke awak yang cuba sabotaj Tuan Hairi sebab dia pecat awak tempoh hari."

Hairi di sebelah Syaza mengetap bibir. Geram dengan perangai Rico. Dengan menggunakan jari telunjuk, dia tolak minuman milik Rico. Rico segera bangun apabila tiba-tiba air miliknya tumpah. Sepertinya ada seseorang telah menolak gelas tersebut. Berhelai-helai tisu dia ambil dari kotak tisu di atas meja. Seluarnya yang sudah dibasahi air fresh orange dikesat-kesat. Sudahlah air manis. Pasti melekit.

"Maafkan saya. Saya nak ke tandas sebentar." Rico bergegas pergi.

"Encik ni. Tak baik buat macam tu." Syaza berkata sedikit perlahan. Bimbang didengari orang lain. Nanti orang cakap dia gila pula.

"Padan muka. Siapa suruh tak percaya."

Rico kembali semula ke meja.

"Saya rasa saya nak kena balik tukar seluar. Basah seluar saya ni. Nanti orang ingat saya terkencing pula. Pelik macam mana boleh tumpah air tu." Dia masih mengesat seluarnya. Mujurlah dia memakai seluar slack berwarna hitam. Jika warna lain nampaklah kesannya.

Pantas Syaza mengangkat kedua belah tangannya.

"Sumpah bukan saya yang buat. Awak ada nampak saya tolak? Tak ada kan. Tu semua perbuatan majikan awak. Dia memang ada dekat sebelah saya sekarang ni. Percayalah."

"Awak naik apa ke sini?"

"LRT."

"Biar saya hantar awak pulang. Boleh kita berbual. Rasa tak best pula berbual macam ni."

Rico mengeluarkan sekeping not rm10 dari dalam poketnya. Dia letak di atas meja. Faham dengan maksud Rico, Syaza ambil not rm10 itu lantas bangun dan menuju ke arah kaunter.

"Saya tunggu awak dalam kereta. Kereta BMW warna hitam plat TH 01." Ujar Rico sebelum keluar.

"Baik."

Syaza keluar dari restoran selepas selesai membuat bayaran.

"Awak jangan nak duduk sebelah Rico pula. Duduk dekat belakang." Pesan Hairi.

"Kalau saya nak duduk juga sebelah Rico? Apa yang encik akan buat? Encik tak mampu buat apa-apa." Syaza tergelak kecil.

Hairi cuma tersenyum sinis dan menghilang.

"Eleh, dia tu roh. Bukannya boleh belasah orang. Tak sedar diri." Omel Syaza.

Langkahnya diatur menuju ke arah kereta yang disebut Rico tadi. Baru sahaja nak buka pintu bahagian penumpang hadapan, tangannya disambar seseorang. Syaza menoleh. Rico sedang memegang tangannya secara tiba-tiba.

"Lepaslah! Apa ni!"

"Walaupun saya cuma roh tapi saya masih mampu rasuk tubuh orang yang lemah. Rasuk tubuh awak pun saya boleh. Awak tu dahla selalu tinggal solat. Lagi mudah kerja saya." Lelaki itu tersenyum sinis sebelum melepaskan tangan Syaza.

Syaza mampu menelan air liur. Dia akur dan melangkah ke pintu kereta bahagian belakang. Pintu dibuka. Syaza masuk ke dalam.

Sejurus selepas Rico masuk ke bahagian pemandu, dia seakan baru tersedar. Dia menoleh ke belakang. Syaza sudah berada di situ. Wajah gadis itu seakan muram ditambah dengan pucat.

"Awak okay tak?" Soal Rico.

"Hah?" Soalan Rico membuatkan si gadis terperanjat dan memandang lama wajahnya.

"Awak Rico ke?"

"Yelah. Kenapa?"

"Err. Tak ada apa-apa." Apabila dia menoleh, dia mendapati Hairi sudah berada di situ. Lelaki itu sedang tersenyum ke arahnya. Senyuman yang cukup sinis dan ngeri di mata Syaza. Cepat-cepat dia memandang ke bahagian tingkap. Seram pula dengan Hairi.

Sambil memandu, Rico memerhatikan Syaza. Senyap sahaja gadis itu. Langsung tidak bercakap sejak tadi. Sudahla duduk betul-betul hampir dengan pintu padahal tempat duduk belakang masih luas. Hanya dia seorang berada di belakang. Gaya Syaza seakan sedang bersiap sedia untuk membuka pintu jika terjadi apa-apa.

"Kenapa diam je?"

Syaza dengar soalan Rico namun dia masih diam. Diam kerana Tuan Hairi berada betul-betul di sebelahnya. Lidah seakan terkunci untuk berbicara. Masih cuak dengan insiden yang berlaku tadi. Anis tidak pernah menakutkan dia seperti itu.

"Suruh Rico hantar awak ke rumah saya." Bisik Hairi.

"Hantarkan saya ke rumah Tuan Hairi." Mendatar sahaja nada suara Syaza. Patuh dan taat dengan arahan Tuan Hairi.

"Apa?" Rico kurang jelas dengan apa yang dikatakan Syaza.

"Hantar saya dekat rumah Tuan Hairi!" Kali ini Syaza berkata sedikit kuat dan keras.

"Oh ya? Okay-okay baiklah."

Pelik pula Rico melihatkan perangai Syaza. Tadi okay sahaja gadis itu. Tiba-tiba sekarang lain pula. Lebih kurang sama perangai Tuan Hairi. Sekejap okay sekejap tak.

Mereka berdua ni memang ditakdirkan bersama kot. Ucap Rico di dalam hati.

Hairi yang membaca isi hati Rico tersenyum lebar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience