BAB 1

Fantasy Series 14987

Maaf andai broken english. Bm fail.

??????

Hari ini seperti biasa Syaza bekerja di Sweety Cafe. Tidak ramai pelanggan masuk ke kafe. Jadi dia banyak menghabiskan masa dengan termenung.

Kenapa hati aku rasa sedikit berdebar-debar hari ni? Soalnya pada diri sendiri.

"Rai!" Erin menepuk bahu gadis itu.

"Ye kak." Balas Syaza dalam keadaan tidak bersemangat.

"Asal tak bersemangat pulak ni? Arif datang."

Serta-merta wajah Syaza bertukar ceria apabila nama itu disebut. Arif merupakan tunang dia.

"Hai sayang." Tegur Arif sambil tersenyum.

"Hai. Duduklah. " Balasnya kembali.

"Kenapa termenung? Teringatkan b ye? Alolo so sweet."

Syaza tersengih.

"Tak pernah lupakan b pun. Sentiasa ingat b." Tangan lelaki itu dipegang.

Dia memandang ke arah pintu kaca. Ada beberapa orang lelaki masuk ke dalam cafe. Matanya dikecilkan. Wajah Syaza bertukar pucat.

"Alamak! Itu lelaki yang aku tampar tempoh hari. Asal dia boleh datang ke kafe ni? Tak ada tempat lain ke? Aduhai. Eh, ke dia nak balas dendam dekat aku sebab tampar dia dekat public? Mampus! Mana aku nak sorok muka ni!" Bebel Syaza perlahan.

Syaza menutup wajahnya dengan telapak tangan. Takut kalau-kalau lelaki itu perasan.

"Are you okay sayang?" Soal Arif.

Tiada balasan dari Syaza. Dalam keadaan ketakutan, dia sempat menelek dari sebalik tangan.Erin sedang bercakap-cakap dengan lelaki itu. Nampak seakan mengenali antara satu sama lain. Selepas itu mereka berdua memandang Syaza serentak. Menggelabah gadis itu dibuatnya.

Apalagi cover habis. Buat-buat borak dengan Arif. Tangan ditongkat pada dagu.

Erin mendekati mereka.

"Rai, boss panggil kau."

"Boss? Bukan kak Erin ke boss?"

"Akak cuma manager je. Yang tu boss besar. Sebelum ni Rai tak pernah jumpa dia kan. Dialah pemilik cafe ni. Namanya Tuan Hairi."

"Takkan kafe cikai ni dia punya?"

"Dia ada syarikat yang besar. Cafe ni cuma salah satu anak syarikat yang dia uruskan. Bukan tu je. Hotel pun dia ada tau. Dahla. Jangan banyak tanya pergilah. Bukan senang nak jumpa boss besar."

"Saya pergi dulu ye b."

"Okay sayang."

Dengan lemah longlai Syaza berjalan mendekati lelaki bernama Tuan Hairi tadi. Jantungnya berdegup laju. Apabila sampai di hadapan lelaki itu, dia berdiri tegak seakan patung.

"Ka..kalau encik nak marahkan saya sebab tampar encik tempoh hari, saya minta maaf." Syaza menunduk pada Hairi.

"Memang i marah pun."

Syaza angkat kembali kepalanya.

"So sebagai hukuman, i nak offer you bekerja di syarikat i sebagai seorang setiausaha. Bukan itu ke jurusan yang you ambil dulu?"

"Ha? Itu ke hukuman saya?"

"Yes darl." Hairi tersenyum manis.

Syaza pula buat wajah meluat.

"Tak naklah! Saya nak kerja cafe ni! Saya dah selesa kerja di sini. Jadi setiausaha tak best!"

"Betul you tak nak?" Hairi mengangkat kening. Dipandang wajah gadis yang sedang berpeluk tubuh di hadapannya. Dengan penuh yakin, gadis itu menggelengkan kepala.

"Okay then, you're fired!" Tegas nada suara Hairi.

"What? Fired?" Mata gadis itu dibulatkan.

"Yes. Don't you hear what i'm saying just right now? Ke pekak?"

Penumbuk dikepal. Apron dibuka.

"Pekak kau cakap dekat aku? Eh aku belum pekaklah! Kau ingat aku nak sangat ke kerja di sini!" Syaza mencampak apron di lantai tanda protes. Hairi langsung tidak terkejut dengan tindakan Syaza. Yang lain sudah terlopong.

"Banyak lagi kerja lainlah! Setakat gaji rm1000 buat apa! Aku boleh dapat gaji lebih tinggi dekat tempat lain! Kecoh!" Suaranya naik seoktaf.

Pandangan Hairi beralih pada lelaki yang sedang duduk berhadapan dengannya.

"Rico, tolong blacklist perempuan bernama Syaza Rania binti Othman. No kad pengenalan . Blacklist dia daripada bekerja dekat mana-mana syarikat hatta syarikat kecil sekalipun."

"Baik boss." Ucap lelaki tersebut.

Dia pandang pula Syaza yang sudah ternganga.

"Are you satisfied young lady? You kena ban dari bekerja dekat mana-mana company."

"Ada aku kisah?" Syaza berlari ke arah bilik locker. Dia jatuh terduduk. Air matanya mengalir.

"Anis!" Nama adiknya dilaungkan.

Seorang gadis berwajah pucat muncul secara tiba-tiba.

"Anis, akak dah kena pecat."

"Akak sabarlah. Mungkin rezeki akak ditempat lain."

"Tapi akak baru dua bulan kerja. Akak penat asyik bertukar kerja."

"Akak kena pergi dari sini. Kafe ni tak sesuai untuk akak."

Syaza memandang wajah adiknya.

"Lelaki tu..dia boleh nampak Anis."

"Hah?" Mata Syaza membulat. Dia lantas bangun membuka pintu locker miliknya dan mengambil beg. Air mata dikesat.

Syaza keluar dari bilik locker dengan wajah selamba. Semua orang memandang dia.

"Bye semua orang. Saya dah kena pecat. Maaf salah silap. Nanti saya minta maaf betul-betul. Selagi mangkuk ayun tu ada dekat sini. Saya takkan jejakkan kaki lagi ke sini." Jarinya dituding ke arah Hairi. Berlagak gila cara Syaza berkata. Padahal tadi menangis.

Sewaktu dia lalu di hadapan Hairi, lelaki itu menegurnya.

"Baru lepas menangis ke tu?"

"Talk to my hand." Syaza menunjukkan telapak tangannya pada Hairi. Dia keluar dari kafe.

Arif turut sama keluar dan sempat menoleh ke arah Hairi. Lelaki itu sedang menjeling tajam dia. Cepat-cepat dia pandang tempat lain kerana takut dengan pandangan Hairi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience