Bab 65

Romance Completed 13101

Keesokkan hari kami semua bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Aku angkat beg letak di depan pintu bilik.

Aku turun ke dapur kemudian aku nampak bik siti sedang mengesat air mata. Aku pon bertanya.

"Bik siti kenapa menangis?"aku bertanya sambil berjalan ke arahnya.

"Saya sedih kapan bila kita mahu ketemu lagi puan Warda? Bik Siti senang dengan Puan Warda."kata bik Siti dengan suara yang sebak.

"InsyaAllah nanti saya datang sini lagi."kata aku lagi sambil menggosok belakang bik Siti.

"Janji ya..nanti saya mesti rindukan Puan Warda."Bik Siti mengelap airmata yang mengalir.

"InsyaAllah bik. Apa yang boleh saya tolong?"laju aku ubah topik perbualan aku.

"Tak payah Puan.. puan duduk aja disana."kata bik Siti sambil mengacau sambal nasi lemak di dalam kuali.

"Tak apa la..meh saya tolong bancuhkan air. "aku mencapai jug.

"Baik lah puan. "

Setelah selesai aku letak jug dan cawan ke atas meja makan. Aku berlalu ke dapur mengambil pinggan dan sudu.

Aku naik ke bilik dan tengok Faez tak ada di atas katil. Bunyi air di dalam bilik air menandakan dia sedang mandi sambil menyanyi. Tak dinafikan memang suara Faez merdu dan sedap bila dia menyanyi.

Laju aku kemas katil dan aku ambil baju untuk Faez. Aku tak perasan yang baju dia dan aku sama warna lain corak.

Sedang ralik aku mengemas rumah telifon Faez bunyi menandakan mesej masuk. Aku berbelah bahagi untuk melihat isi kandungan mesej tersebut.

Hai...darling today u came back i miss u so much darling. can i meet u darling.. ????
-sayang-

Ya Allah masa tue tiba aku rasa sakit sangat dekat hati aku. Aku melihat nama aku didalam telifon dia hanya save nama aku sebagai 'Warda'.

Tapi perempuan tue dia save sebagai 'Sayang'. Tiba tubir mata aku terasa panas. air mata aku tak semena² mengalir cepat² aku menyekanya dan aku letak balik telifon Faez aku terus keluar dari bilik dan keluar dari rumah duduk dekat kerusi bawah pokok.

"Lah kenapa Warda duduk sini tak sejuk ke?"tegur daddy.

"Tak ada la daddy...3 hari dok sini badan Warda dah kebal dengan cuaca kat sini."kata aku sambil tersenyum.

"Hahahaa....Warda sambung lagi cuti." kata daddy sambil senyum. mana nak tumpah kuah kalau bukan ke nasi. Muka Faez sebiji ikut muka daddy hansem dengan lesung pipit di kedua belah pipi.

"Tak apa la daddy kerja kat pejabat dah menimbun dah tue."kata aku.

"Untung Faez dapat secetary macam Warda."kata daddy lagi. Cantik,pandai,berbudi bahasa.

"Hihihi..tak ada la daddy Warda buat mana yang Warda manpu aje."kata aku sambil membetulkan cara duduk.

"Terima kasih Warda sebab hadir dalam hidup Faez."kata daddy lagi.

"Kenapa daddy cakap macam tue?"soal aku pelik.

"Kalau Warda nak tahu sepanjang Faez putus cinta dengan kekasih dia dulu satu ofis dia amukkan bertukar² secetary dia. Sampai daddy sendiri tak tahu nak buat macam mana dengan diri dia lagi."daddy cerita kisah Faez sebelum aku mula kerja dengannya.

"Daddy dengan mummy syukur sangat bila Warda terima pinangan kami dulu. Kami tahu Warda boleh ubah Faez dari naga yang garang hingga jadi naga yang baik. "kata daddy lagi.
'Aiiikkk...daddy tahu ke yang aku panggil ank dia naga? mampus la aku. 'aku berkata dalam hati.

"Tak apa daddy Warda akan jaga Faez sebaik mungkin. "

Kami berbual lama kat luar rumah. Aku ketawa bila daddy cerita perangai Faez dari kecil hingga besar. Mummy datang dan menegur daddy dan aku.

"Amboi kemain seronoknya cerita pasal apa nie."mummy berkata sambil berjalan menuju ke arah aku dan pegang kedua bahu aku.

"Selamat pagi mummy."kata aku sambil memegang tangan mummy.

"Selamat pagi sayang."kata mummy sambil duduk di atas kerusi sebelah daddy.

"Tak nie bie cerita pasal anak kesayangan u tue la..manja sangat dengan u."daddy kata sambil menjuih mulut ke arah aku.

"Ooooo...Haah Warda kalau nak tahu Faez seorang anak yang manja. Dulu masa kecik luka sikit pon dah menangis macam luka besar sangat."mummy pulak buka cerita pasal Faez masa kecil.

"Ohh...ye ke kelakar la mummy."aku ketawa bila dengar cerita tentang Faez. sikit² aku tahu pasal diri Faez.

"Dah la jom kita sarapan semua dah tunggu kat meja tue."kata mummy sambil bangub dari kerusi.

Kami bertiga jalan masuk ke dalam rumah dan duduk di kerusi makan. Semua dah berkumpul di meja makan Faez aje yang tak ada lagi.

"Mummy Warda naik atas panggil Faez dulu yek."aku pon bangun dan terus naik ke atas.

Sampai di depan pintu bilik aku dengar Faez sedang bergelak ketawa sambil bercakap dalam telifon. Aku dengar Faez panggil si pemanggil dengan gelaran sayang.

'Ye sayang tunggu i ok nanti i sampai saja KL i jumpa u. I miss u to much ok la sayang i nak turun makan nie. 'kata Faez kepada pemanggil tue aku tahu siap yang dia panggil sayang tue. tak semena air mata aku mengalir lagi.

'Ahhh...ko dah kenapa Warda nak sedih² dia bukan suka dekat ko pon. Ko aje yang suka kat dia.'hati aku berkata begitu.

Cepat² aku seka air mata dan ketuk pintu bilik.
"Abang jom turun makan."sambil membetulkan suara aku.

"Okay kejap lagi saya turun. "

"okay." sambil turun aku berfikir kenapa aku nie yakin sangat yang Faez boleh cinta dan sukakan aku. Aku sendiri tahu dia masih lagi berhubung dan bercinta dengan Dahlia.

Sampai kat meja aku hanya berdiam dan termenung mengenang nasib berkahwin dengan orang yang kita tak cinta.

..........................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience