Bab 66

Romance Completed 13091

Hari nie genap 6 bulan kami berkahwin. Kami masih lagi tidur asing bila balik ke rumah sendiri. Kadang² aku terfikir apa gunanya aku berkahwin kalau macam nie la hubungan kami.

Aku selalu menangis bila Dahlia datang ke pejabat sambil berpelukkan keluar dari opis Faez. Kadang aku tak mampu nak tahan perasaan cemburu aku.

"Awak boleh tak hormat saya sebagai isteri awak. Tolong jangan berpeluk dengn kekasih awak depan saya."aku beranikan diri berkata kepadanya.

"Why?Are u jelous?"soal Faez kepada aku. sambil tersenyum sinis.

"Isteri mana tak cemburu awak bila suami dia berpelukkan di depan mata."aku memandang ke arah matanya.

"Hahahaha.."Faez ketawa besar bila dengar aku berkata begitu.

"Kenapa awak ketawa?"tanya aku.

"Heiii...kita kahwin bukan atas dasar cinta pon jadi buat apa awak nak cemburu bagai. Lagipon saya bukan cinta atau sayang dekat awak."kata Faez dengan selamba.

"Sampai hati awak cakap macam tue. Dah tue apa gunanya kita teruskan lagi perkahwinan nie baik awak ceraikan saya saja."

"Nope..i takkan sesekali lepaskan awak Warda."

"Awak kena buat saya sampai jatuh cinta dekat awak. Kalau tak selagi itu la hubungan kita macam nie."

Luluh hati aku bila dia berkata begitu. Air mata aku mengalir laju turun ke pipi. Setelah habis die berkata laju dia keluar dari rumah.

Aku masuk ke bilik dan melepaskan tangis aku. Lama aku menangis aku ambil keputusan pergi ke rumah ibu. Aku rindu dekat ibu, aku bangun tukar baju seluar pakai tudung dan aku keluar rumah.

Aku hantar wasap kepada Faez mengatakan yang aku mahu ke rumah ibu.

Assalam..Awak saya nak keluar pergi rumah ibu.
-Warda-

Lama aku tunggu dia balas tapi dia hanya baca dan terus offline. Sedih sangat hati aku.Aku bawa kereta sambil menangis.

Sebaik sampai dekat rumah ibu,aku lap air mata dan cuba tarik nafas kuat² dan hembus bagi hilang rasa sedih. Aku tak nak ibu tahu yang aku menangis.

"Assalamulaikum...ibu!!"

"Waalaikumusalam...la Adik kenapa datang tak bagitahu selamat ibu tak ikut along keluar beli barang hantaran dia tadi. "

"Hihihi...saja nak bagi ibu suprise. "

"Adik sorang aje ke?mana Faez?kerja ke hari minggu pon kerja ke?"

"Ye adik sorang aje..Abang Faez ada kerja yang nak dibuat."

"Ooohh..dah jom masuk makan tengahari kat sini yek. Ibu masak lauk fabret adik yek."

"Baik ibu."

Aku lepak kat rumah ibu lama sampai ke malam. Ibu jadi pelik selalu lepas makan atau petang aku dah balik ke rumah aku.

"Adik gaduh dengan Faez ke?"

"Mana ada ibu. Kenapa ibu tanya macam tue?"

"Tak ada apa. Kalau adik ada masalah dengan Faez bincang elok², janganlah gaduh²."

"Baiklah ibu. Adik cuma rindukan ibu sebab tue adik nak lepak sini lama sikit. Lagipon adik dah bagitahu Faez."aku tipu ibu.'maafkan adik ibu sebab tipu ibu.'aku berkata dalam hati.

"Tak apa lah kalau adik cakap macam tue."

Aku hanya tersenyum bila dengar ibu kata begitu. Aku baring atas riba ibu sambil ibu gosok kepala aku.

"Ibu boleh tak kalau adik nak tidur sini malam nie."aku bertanya setelah lama berdiam.

"Ibu tak kisah adik tanya Faez dia izinkan ke?"

"Jap adik call dia."

Aku bangun dari baring, aku capai telifon dan bangun berlalu ke luar rumah sambil dail nombor Faez.

Tak lama kemudian talian di angkat aku terkejut bila dengar suara perempuan angkat telifon Faez.
"Hello."dengan gaya gedik dia menjawab.
"Assalamulaikum...Faez mana?saya nak bercakap dengan Faez."

"Ohhh...Warda ye...kejap ye i panggilkan Faez."

"Darling ada panggilan untuk u nie."
"Kejap ye Faez ada dalam tandas."

"Korang berdua ada dekat mana nie."aku bertanya dengan kasar.

"We all ada kat rumah Faez nie."

"Ya Allah. "terduduk aku bila dengar Dahlia cakap dia dan Faez ada dalam satu rumah. aku terus matikan talian.

Aku bangun terus berlari masuk bilik pakai tudung dan capai kunci kemudian aku salam ibu.
"Ibu adik balik dulu."
"Ehhh....kenapa tergesa² nie kata tadi nak tidur sini."
"Tak apa la ibu Faez minta adik balik sekarang."
"Yelah.. Hati² bawak kereta."

Dalam kereta aku menjerit menangis.kalau boleh aku tak nak menangis depan ibu. Tak nak ibu risau. Aku pandu kereta balik ke kondo.

Aku nampak kereta Faez ada di parking yang selalu dia park keretanya. Hati aku jadi semakin sakit dan air mata aku mengalir dengan laju.

Nak tak nak malam nie aku kena selesai kan juga masalah antara aku dan dia. Aku dah tak nak tanggung semua perasaan nie.

Sebaik saja aku sampai di depan pintu rumah aku tekan kod rumah aku dan pulas pintu dengan pelahan.

Tv di ruang tamu terpasang, Aku menapak ke arah sofa dia tak ada di situ baru aku pusing ke belakang, dia ada berdiri di belakang aku sambil memegang cawan.

"Ingatkan tak reti nak balik dah." Faez perli aku.

"Mana betina gedik tue? Awak bawak dia masuk dalam rumah nie ke?" aku naik berang bila dia buat muka selamba

"Betina mana pulak nie"

"Jangan nak tipu saya Faez. Baik awak cakap sekarang, mana betina tue?" aku makin naik hantu aku ambil bantal sofa dan baling ke arah dia.

"Mana ada betina lain dalam rumah nie melainkan kau.!!"Faez mula guna bahasa kasar.

"aku kalau nak bawak masuk siapa dalam rumah suka hati aku la."kata Faez lagi sambil berjalan menuju ke tangga.

"Sampai hati awak buat saya macam nie. Saya nie siapa kat hati awak?siapa saya dalam rumah nie?kalau awak sayang sangat dengan betina tue pergi lah kahwin dengan dia ceraikan saya." aku menangis sambil berkata.

"Memang aku nak kahwin dengan dia tapi aku tak kan ceraikan kau INGAT tue..kau jangan nak cabar aku Warda.."merah muka Faez menahan marah.

Terduduk aku bila dengar Faez kata begitu.Tak sangka selama aku berkahwin dengan dia sedikit rasa cinta dan sayang dia kat aku tak pernah ada.

Kaki aku lemah naiki tangga kepala aku sakit dan penat aku hari nie asyik nangis. Dalam bilik aku baring dan menangis lagi sampai aku rasa kepala aku berat sangat nak diangkat.

Aku gagahkan jugak bangun untuk solat baru beberapa langkah menuju ke bilik air. aku rasakan bilik nie berpusing dan aku pengsan.

..........................................................................................................................................................................

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience